Semalam punye cerita. Sepatutnya pukul 4 Qery kena datang ambik aku kat rumah. Sebab dia janji sepanjang Ramadhan ni dia nak pergi Param dengan aku sama-sama. Sehari sebelum tu dia tidur lambat. aku rasa pukul 4 pagi baru dia tidur kot. Sebab nak buat assignment tak siap. Hehe! Kesian...
Aku tau pukul 2 petang tu dia kena pergi bengkel Proton sebab nak betulkan balik automatik lock (aku hentam je nama dia, kuikui) Alah, kan kalau kite tekan break, dia akan lock sendiri. Tapi bila tekan dia tak lock, ko kena lock manual. Padahal haritu baru je tukar lock semua kan. So Qery syak dorang ada salah pasang kat mana-mana. Appoinment pukul 2. Aku tau, so noted la kan. Takde la aku tanya banyak, tapi biasalah perempuan..mesti nak tanya jugak. Kahkahkah!
S : Kat tempat Proton dah ke?
Q : Haah tapi ramai orang ni
S : Agak-agak pukul berapa siap?
Q : Tak tau la bukan kita yang repair
S : !!!!!
Kuang aja. Aku kalau reply tanda seru SAHAJA maknanya aku tengah marah. Huhu! Aku tau la bukan dia yang repair. Dush!!
S : Berani jawab macam tu!
Q : Hehe! Orang ramai, tak tau bila turn kita.
Sentap punye pasal. Malas nak mesej dah. Perempuan macam tu lah...hehe! Lepas tu tengok jam dah 3.30. Ait takkan la tak siap lagi. Nak cek je kot. Aku kol sampai sepuluh ratus kali. Tak jawab. Fine! Ini mesti kes dah balik rumah tak bagitau, lepas tu tidur. Dasar dot dot dot. Tapi aku paham la dia penat. Tidur lewat semalam. lepas tu puasa, lepas tu boring kena tunggu kat workshop. Balik terus keletihan tertido. Tapi aku pedulik apa semua tu. Aku kan kejam. Aku terus mesej dia
S : Harini tak pergi param sebab kamu tertido kan?
20 minit lepas tu aku mesej lagi
S : Balik rumah tak bagitau, bagusnya perangai *ini nak cari gaduh namanya, haha*
Pukul 5 baru dia reply. Cis cis cis!
Q : Mana ada lama, pukul 4.20 baru sampai rumah.
Ha kau nampak sangat nak menipu haku, pukul 3.30 aku kol ko dah tak jawab. Lepas tu cakap pukul 4.20 sampai rumah. Qery kol aku suara baru bangun tidur. Terus aku membebel. Puas hati aku. Haha! Aku sengaja je nak membebel. Sehari tak membebel tak lengkap hidup. Bukan susah kan nak bagitau dah sampai rumah ke, nak tidur ke. Aku bukan apa. Kang aku tunggu dia nak gi param pukul 4. Nasib aku dah paham dia tertido. Kalau tak harus nangis sambil dengar lagu Spring
Q : Hehe! Kita tak perasan kita sampai rumah pukul berapa.
S : Habis kenapa nak kena cakap pukul 4.20?
Q : Sowwy sowwy
Eii nyampah betul.
S : Sengaja kan nak buat kita membebel?
Q : Kamu bebel kita rasa disayangi oh...Rasa macam kamu caring sangat kat kita ohhh
Ohh Ohh Ohhhh, pandai hengkau hamik hati haku...Good Good je Qery sekarang ni kan...
S : Pandaila nak pujuk kita kan..
Q : Mana ada baby *muntah*, kamu sayang kita kan?
S : Risau je la, mana tau apa jadi kat kamu tu je.. *ayat harus selamatkan diri, haha*
Q : Kamu tak pernah risau kat kita macam harini. Oh rasa beruntung sangat.
S : Eksekiusmi..kita risau hari-hari lah.
Q : Oh terharunyaaaaaa
S : Kamu memang tak bagi kite bebel lagi kan.
Q : Tak la, kita rasa kamu tersangat sayang kite oh...
S : Kamu nak apa ni?
Q : Nak tengok wayang, kite tengok step up lagi sekali eh eh eh
Cakaaaaaaaaaaap je la nak tengok wayang... Taaaak paaayaaaaaahhh laaaa cakap geli-geli macam tu. Aku dah agak mesti ada udang disebalik batu.
5 comments:
AKAK DAH MERASA LAMAAAAAAA DULU.ITU BELUM KAWEN..DAH KAWEN..MERASALAH KAMU KENA KEJUT DIA HARI-HARI
EH!MCM CITER KISAH DIRI SENDIRI JE.HEHE
udang di sebalik char kuey teow pun ok gak... hehe...
nasib ko la ana hahaha
Hahaha... Biasalah la tu lelaki... Kdg2 dia rasa benda tu tak penting mcm bagitau bila Dah sampai ke apa...
Post a Comment