Aug 18, 2012

Kasut Raya dari Ceera.. Auw!!

Rezeki budak tak kerja..kuikui! Semalam tengah lepak dengan Ceera, tetiba dia tanya aku.

Ceera : Kaki ko saiz 6 kan?
Aku : Haah
Ceera : Cuba ko try muat tak?
Aku : Kalau saiz 6 mesti la muat. *sambil sengih-sengih*

Ouh rupanya dia punya kasut, satu kasut tinggi, satu kasut tak berapa nak tinggi, tapi still ada tumit la. Hehe! Suke....! Jadi dengan ini aku mengisytiharkan bahawa aku ada 5 pasang kasut raya! Yeay!!!


Kasut dari kiri, Bata saja, yang aku pernah buat entry pasal bata tu. Itulah dia, kawan aku kata macam makcik. Memang tak menjaga hati. Huhu! Tapi Ceera pun kata test aku macam makcik. Pilih kasut mesti tak cantik. Aku pun rasa aku punya test macam makcik..kenapa?? Sebab tiap kali aku beli, mesti mak aku suka. Der? Mak aku 61 tahun kot. Aku punye test baya 61? OMG diskasting. Bukan takat makcik, ni taste opah-opah. Euw! haha!

Yang sebelah warna hijau tu. sebenarnya dah pakai, tapi sebab beli bulan puasa. Aku suka-suka nak cakap itu kasut raya. Rm20 beli kat carrefour wangsa maju.

Tengah-tengah tu beli kat Step, sebab teringin nak pakai kasut tinggi, itu wedges. First time beli wedges. Sebab aku tak minat sangat. Tapi memikirkan aku ada baju dress labuh, terpaksa beli jugak kasut tinggi. Supaya tak nampak huduh semasa memakai dress.

Yang hitam bling2 K-Pop tu,Ceera bagi, dia kata tak pernah pakai kot, ke 2 kali. Aku lupa. Tak silap aku tak pernah pakai. Sebab dia sebenarnya saiz 6, tapi ko pepaham la kasut bertutup kalau kaki jenis kembang kat depan (aku dengan Ceera lettew) kena beli besar satu saiz, sebab kalau pakai baru selesa. Aku sebenarnya kaki saiz 5, so kalau tutup ni aku pakai saiz 6. Memang ngam2 untuk aku la. Alhamdulillah. Selalu la tersalah beli eh. Hahaha!

Yanng last belah kanan sekali tu kasut tumit tinggi stok baling kat anjing masuk icu atau mati serta merta. Ceera kata dia pakai kasut tu sekali je masa kat Singapore.


Inilah ghopenya pemberian Ceera. Aku dah terfikir-fikir nak pakai dengan dress baru tu. Lalalalalala~~


Maybe bagi korang biasa je kasut tinggi ni sebab korang biasa pakai. Tapi bagi aku. Kalau aku mampu pakai dalam masa 30 minit berjalan kaki tanpa henti. Itu sudah cukup AMAZING! Sangat membanggakan! Hahaha!

Tapi pape pun, i likeeeeee!

Maybe cuti pun aku update. =)

2 comments:

Lelaki said...

aku biasa pakai highill 4 inci tu...hehe

::cik asha:: said...

runcingnye tumit kasut hitam tu..tp cantik..