Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Aug 9, 2012

Dating Part 1

Poyo habis la buat dating part 1 kan, gelis.. Sebab aku tau aku malas nak tulis pepanjang. Jadi Aku tulis part-part eh. Semalam dating dengan Qery, hampir tak jadi. Sebab tetiba dia ada meeting habis pukul 3. Lepas tu dia kelam kabut nak gi pos beg. Pejabat pos kan ramai toksah cite waktu puasa ni. Dia balik rumah mandi tukar baju lagi baru datang jemput aku. Dah dekat pukul 5 macam tu la kan. 

Ikutkan aku malas dah nak keluar. Tapi mamat ni ko tau la dia jampi kat telinga aku nak tengok wayang semua. Nak tengok Step Up 4 kali ke dua. Aku tak kuasa la nak tengok kali ke dua. Memang la best, tapi dah tengok kan. Kite tengok cite lain la. Nasib baik Step up start pukul 4.50. Kitorang sampai pukul 5.10. Itu pun gigih si Qery nak tengok jugak. Dia cakap tinggal sikit-sikit takpe la. Disebabkan aku kejam. Aku malas nak layan. Haha!

 Baju dan belt dari Pretty Chase


Sebelum beli tiket Qery nak keluar duit dulu. Ait bang belum bonus dah keluar duit.Dah tak sabar nak belanja i ke? Kihkih! Sian Qery nak makan kat Johny dari minggu lepas memanjang full. Takpe nanti kite call Johny suruh reserve tempat okey. Semalam makan kat Teppanyaki tapi tak snap gambar
 

Disebabkan aku taknak tengok cite Step Up, yang ada time tu Total Recall. Fine tak pernah dengar. Tapi itu je yang ada dan waktu cite habis ngam-ngam berbuka. Tengok je la. Dari aku tengok Step Up lagi. Ohnononono!

 Aku tak paham mamat ni. Tapi layankan aje. Gedik macam perempuan..

 Perempuan macho abad ini... *mata ke atas*


Cite Total Recall ni memng best. Tapi Qery penat sangat. Cite belum start dia dah tertido. Aku biarkan je. Lantak kau la nak tido ke hape kan. 15 minit cite dia terjga marah2 aku sebab tak gerak. Kuikuikui! Tersengguk-sengguk dia tido. Kesian okey. 

Memang banyak gila aksi. Best sangat! Lelaki ni buat aku jaatuh cinta je. Dah la gagah lepas tu romantik. Omiaumiaumiau...macam Qery je *pitam*

Semua la macam Qery annn, ko dah kenapa? eh memaang Qery romantik okey. Suka nak romantik dengan aku. Aku suka tapi saja ego cakap tak suka tak suka.. Eksekiusme.. i kan garang kena la nampak gagah sikit.. Before kawin la nak garang pun. Dah kawin apa pun tak boleh..lalalalala~~

Sapa tak tengok cite total recall boleh tengok dan sama-sama la kita jatuh cinta kat laki ni. Pfffttt

2 comments:

Siti Shuhadah said...

cantiknya dia bertudung..:)

~mi + ny~ said...

sy pun dah tengok step up ngn total recall!! best kan step up!!! macho sangat!! sape yg belum tengok memang digalakkan tuk tengok! hehee..kak sepet comey la! serius!