Takziah Untuk Keluarga Kak Fillanie

Maybe korang dah baca blog Kak Filla, kepada yang tak tau. Aku kenal Kak Filla ni beberapa bulan yang lepas. Bulan 3 macam tu la. Aku tengok Kak Filla ni memang jenis manusia happy go lucky. Berfikiran positive, ceria, pantas, details, pandai bawak diri, peramah, dan penyabar. Nak diikutkan sepanjang aku kenal Kak Filla ni, semua benda yang baik-baik je la, dan aku rasa Kak Filla memang dilahirkan dalam keluarga yang baik-baik. 

Aku tau dia ke Medan dengan family time raya sebab dia ada pos gambar kat facebook. Family Kak Filla memang suka melancong. Kalau tengok kat sidebar dia pun bukan main tersusun list ke mana dia melancong. Lepas tu setiap kali dia update entry mesti sangat detail. Bila baca blog dia mesti happy.

Tapi aku agak terkejut hari Ahad lepas, dia update status kat facebook yang adiknya.



 Aku tak kenal Busu. Aku memang tak tau sangat family Kak Filla sebab aku bukan ikut kisah dia dari dulu. Yang aku tau Abang Radi, Acih, Amaani, Tok dengan Wan. Tu je la. Lepas tu kelam kabut aku gi bukak blog Kak Filla search nama Busu. Dan keluarla entry dorang ke Korea tahun lepas (kalau tak silap)

Terus rasa sedih. Walaupun aku tak kenal arwah tapi aku tiba2 menjadi sangat sedih. Aku terus mesej Qery bagitau adik Kak Filla meninggal. Baru la aku tau yang Kak Filla ni ada 3 beradik, dia yang tengah, atas dia abang, bawah dia adik lelaki. Aku tak tau nak cakap apa dengan Kak Filla. Nak mesej dia pun aku takut mesej aku tu buat dia lagi sedih ke apa kan. Sebab aku ni bukan jenis pandai pujuk orang. Lagipun aku tau takkan ada sapa boleh pujuk time-time macam ni.

Lepas baca entry Kak Filla, tik tik tik air mata aku. Ko bayangkanlah. Sekelip mata adik beradik ko takde. Terjadi depan mata. Adik ko rebah. Dan takkan kembali sampai bila-bila. Mesti la sedih. Terus aku terfikir Kak Filla mengandung. Aku harap Kak Filla sihat dan paksa diri dia makan. Aku tau Kak Filla mesti kuat.


Sama-sama la kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Mohd Shafiq Ibrahim. Maut tak kenal usia. Aku memang terkesan sangat-sangat bila arwah meninggal. Aku bayangkan itu aku. Adakah aku dah bersedia untuk ke alam sana. Ya Allah....Kau hidupkan aku dengan Iman, kau matikanlah aku dengan Iman. Amin

Comments

Rina Ellisa said…
alfatihah..
semalam sy baca belog kak filla pon, bergelinangan airmata..
semoga kak Filla & family tabah..Amin..
nalsweet said…
betul dik..akak baca pun macam nak menangi semahu-mahunye semalm..
dah la arwah umur sama akak..
pastu akak memang ikut citer kak filla ni..memang taula gak family tree dia..walopun takpernah sua muka macam sepet ngan dia..tapi terkesan sangat apa yang dia tulis n tragedi tu..tiba-tiba rebah terus meninggal..
sebak sesangat sebab akak pun macam sepet..letak diri kalau dalam keadaan macam tu..mula rasa semacam..insaf.

*al-fatihah untuk arwah*
Anonymous said…
terkejut dan sedih baca blog kak filla semalam..

sekelip mata je kehilangan orang tersayang..semoga kak filla tabah menghadapi ujian dr Nya
illa said…
haah baca entry dia menanges sedu sedan kat opis..seriousss sedih sbb dh follow blog dia lama.. :(
R.R.Z said…
masa dia up status kat FB, terus rasa. BUSU?

even x knal, tp sis filla selalu cite psl family de. Mmg sedih sgt2..tahan air mata sampai tsangkut2 air liur kat tekak.


Al-Fatihah untuk Busu @ Mohd Shafiq bin Ibrahim
Chekgu Azrine said…
al fatihah utk busu..semoga arwah tenang di sana..
Filla said…
sepet, sorry baru sempat baca blog sepet hari nie.. sedih pulak baca.. akak pon anggap sepet dah macam adik.... setabah mana pon akak ni, tapi bila jadi macam ni rasa tersentap jantung.. hilang tiba-tiba.. dalam keadaan x de siapa pon sangka.. tapi kita milik Allah, tiba masa Dia mahu kita kembali dia akan ambil.. siapa kita mahu persoalkan.. semoga Allah tabahkan hati kami sekeluarga.. lagi2 mak akak.. tq sepet..