Sticky Post sampai hari raya nanti =)
Aku tau ramai yang ambik cuti harini kan??? (eh silap, esok...huhu) Sebab anak-anak dah cuti hari Khamis. Jadi mak pak pun kelam kabut berebut cuti. Jeles aku, mesti korang semua pun dah prepare kan.
Aku tau ramai yang ambik cuti harini kan??? (eh silap, esok...huhu) Sebab anak-anak dah cuti hari Khamis. Jadi mak pak pun kelam kabut berebut cuti. Jeles aku, mesti korang semua pun dah prepare kan.
Pesanan aku untuk korang yang nak balik kampung berhari raya
1. Bungkus baju yang perlu SAHAJA. Tak payahla bawak semua accessories korang tu. Agak-agak baju cukup pakai je. Kalau yang ada anak tu bawak lebih sikit baju. Ko tau la anak kecik ni sehari 5 pasang. Nanti tumpah makanan la. Kencing dalam seluar la. Kalau korang jenis rajin membasuh boleh la bawak sikit. Kalau jenis pemalas macam aku (nasib i takde anak) bawak la banyak. Kg panas okey jadi jangan bawak baju anak yang panas sangat. Bawak yang nipis tu lebih sikit, kecuali kampung kau ada aircond. Kampung aku takde. Kasut bawak spare. Bawak yang flat, bawak yang tinggi. Nanti ko lenguh pakai yang tinggi tu boleh la tukar dengan flat. Kalau ko tak segan nak pakai siper jamban makcik ko, tak payah la bawak kasut flat.Jangan lupa bawak charger. Hew hew hew
2. Sebelum tinggalkan rumah tu, pastikan cabut semua plug. Wayar-wayar tu tengok mana yang selirat tu betulkan. Off semua suis. Pintu bilik semua tutup dan kalau boleh kunci. Kalau ada jiran sebelah, kalau ada la. Mintak tolong dorang tengokkkan. Kalau kau balik lama, gi balai polis mintak tolong dorang buat rondaan kat rumah kau tiap-tiap malam (ini kalau kes kawasan rumah kau panas la) Panas maksud aku selalu berlaku kes kecurian ke apa. Tingkap semua tutup.
3. Kereta servis dulu sebelum memulakan perjalanan. Untuk pastikan kereta tak mati di tengah jalan. Almaklumlah kompom jem akan melanda. Takut enjin problem ke apa kan. Pomen susah nak datang kalau dah jem-jem gitu. Hati-hati drive. Jangan bawak laju sangat. Tapni aku yakin kalau ko lalu highway mana-mana pun akan slow je sebab jem. Huhu! Tapi if jalan clear, jangan laju sangat k. Biar lambat asalkan selamat. Ingatla orang tersayang.
4. Jangan makan banyak sangat. Aku ni ha memang kuat makan. Kau hadap kan je apa pun kat depan batang hidung aku, kompom benda tu akan selamat masuk mulut. Tapi beragak sikit eh. Duit dah banyak habis nak raya. Jangan lepas raya kau sakit perut la, terlebih makan la. Kang tak pasal2 duit habis kat spital. Sapa yang ada darah tinggi, kencing manis, silalah berpada-pada.
5. Jangan lupa snap gambar raya. Senang nak cite kat blog (yang ada blog la), paling-paling pun upload kat facebook ken? Kalau takde camera (macam aku, sobsss) pakai camera fon pun boleh. Kenang-kenangan ye. Nak tunjuk kat cucu cicit. 'Nanny dulu paling gojes dan hot antara adik beradik' Lalalala~~
6. Sentiasa salam dengan orang. Kat kampung jangan buat perangai. Kita kat sini dah jadi budaya malas nak salam kot. Lambai-lambai tangan je dah manis. Dush! Ko jangan sampai kampung kau lambai tangan je kat nenek ngan atok eh. Mau kena sedas. Haha! Omputih sangat lettew. Not good. Pergi salam dan cium tangah. Kalau boleh peluk tu peluk la sekali. (wah aku cakap orang pandai, kihkih) Jangan nak sombong sangat. Ko ingat ko diva?
7. Hulur duit. Kalau kau mampu la. Hulur la duit raya kat atok nenek. Bila la dorang nak merasa duit korang kan. Makan rumah dorang nak, hulur duit taknak? Acane?? Memang la raya kita tak berkira semua kan. Tapi human sense la. Memang la atok nenek ko kaya. (kalau kaya), tapi kau tu dah la tak membantu apa-apa, berjasa sangat pun tak. Jadi kiranya nak hulur sumbangan ke setahun sekali apa salahnya kan. Kata nak sedekah...sedekah kat orang yang terdekat dulu, ini kemain lagi sedekah sana sini, tapi saudara mara ada yang hidup dia sedih..kita buat tak tau..Jangan macam tu ye.
8. Balik beraya nantu sila timbang. Hahaha! Kalau naik berat, silalah puasa Enam. =)
Tu je pesanan masyarakat aku kepada korang. Aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin. Kalau korang terasa sama ada sengaja atau tak sengaja, aku mintak maaf. Aku ni memang boleh tahan jahat jugak. haha! Berhati-hati di jalan raya. Kalau nak bagi aku duit raya pun boleh, sebab aku baru 15 tahun.Percayalah..huhu!
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA! =)
7 comments:
kalau balik naik flight call tony tanya dah servis ker idok flight tu...bukan senang nk bawak mak2 n ank2 orang yang di perantauan nie....jgn pulak nanti bagi tahu flight dlay ker apa ker,orang dah tak sabar nk balik raya kuikuikui
Selamat hari raya sepet...
Jgn lupa update entri raya taw sy setia menunggu...hehe
Nanti buatlah diskaun sales masa deepavali nanti...
hehehe
selamat hari raya dik.
tips2 yg amat berguna sbb kadang2 benda kecik kita terlepas pandang kan..
Terima kaseh bagi peringatan tu,tapi nampak nya tahun ni kamitak balek JB pada hari raya pertama dan kedua, kami hanya akan pulang beraya pada hari raya ketiga.
Jangan lupa kalau nak datang rumah aunty call ya, baru lah aunty boleh masak sedap2. Aunty akan berada dirumah selepas raya keenam dan seterus nya.
suke yang no 5 dengan 8
kompem tak lupe ..
hahahaha
selamat hari raya :) maaf zahir batin ^^
Selamat Hari Raya :D
Maaf zahir dan batin ^_^
Post a Comment