Raya = 8/10

Cea, 8/10 nampak macam dah lebih kurang setel je. Tapi sebenarnya..percayalah.. Aku bukannya beraya yang gila-gila siap kena ada semua BARU. Ala kadar je.

Baju Kurung = Baju yang aku tempah tak siap lagi, tapi kakak tu kata akan siap before cuti sekolah. Katakanlah kalau tak siap jugak, aku beli je baju lain. Sekarang ni malas nak fikir pasal baju kurung. Ingat nak beli yang harga below RM100. Lagipun aku jarang pakai baju kurung. Sebab dah tak kerja kan. Kalau pakai pun pergi rumah orang kawin kot. So aku tak rasa nak beli baju mahal-mahal. Before ni beli baju yang mahal (takde la mahal bona sampai 7 8 ratus tu) tapi takde la selesa mana pun. Lepas tu gantung je dalam almari. Kan rugi tu. Aku harap-harap la kakak tu sempat siapan baju kurung aku.

Kasut = Aku beli 2 kasut tahun ni. Satu Qery hadiahkan. Kasut Bata tu. hahaha! Satu lagi kasut dari STEP. Kasut tinggi yang bila aku pakai 5 minit dah sakit-sakit urat aku. Maybe sebab aku jarang pakai kasut tinggi kot. Bila pakai terus sakit. Takpe nak cantik punye pasal, tahan aje la..

Tudung = Belum beli lagi, sebab baju tak siap lagi. Dush! Aku tak pasti aku nak beli shawl atau tudung bawal tu. Atau nak beli selendang licin. Tengok la kepada mana yang selesa dan murah. Haha! Perlu la murah kan. I kan suri rumah.

Beg = Tak payah. Pakai je beg lama. Walaupun aku jual beg, tapi ketahuilah aku bukannya penggila beg, hahaha! Aku suka tapi untuk aku simpan buat koleksi banyak-banyak tu tak kot. Walaupun family aku kata aku banyak beg, Entah la, banyak yang mak aku dah rembat. So dalam bilik aku ni tinggal sikit

Duit Raya = Setel. Malas nak fikir pasal duit raya dah.

Baju nak balik kampung = 2 3 helai cukup, selalunya balik kampung sehari je. Pergi satu baju. samapai sana still pakai baju tu. petang mandi pakai baju biasa. Esok nak balik pakai baju lain. 3 baju je kan? huhu! Kalau tak cukup bajunya kita pinjam je opah punye baju kurung. *mata ke atas*

Baju Omputih = Aku cakap aku ada sepuluh helai kan, hahahaha! Ceera datang rumah aku terus tanya dengan nada menyampah

'Manaaaa bajuuu enko yaaang sepuluhhh helai sangaaaat tu'

'Tadaaaaaaaaa!!'


Semuanya aku tak pakai lagi. Jadi aku rasa baik aku tak payah beli yang baru. Ni pun dah banyak bagi aku la. Huhu!

Yang baju bunga-bunga hijau tu aku beli untuk mak aku saiz L, lepas tu dia tak muat. Hinsss.. Aku malas pulak nak gi alter kan ke apa. Jaid terperuk dalam almari aku. Tengok la mana-mana family aku saiz L, kalau aku baik hati aku bagi je.

Kuih Raya = Haritu dah beli sikit. memandangkan aku ni tak reti buat kuih raya ataupun hakikatnya PEMALAS. Jadi aku beli je kat Jusco. Sebalang baru RM13.50. Mak aku kata sedap. Nanti boleh la beli banyak-banyak.

Itu je la. Maybe sebab aku takde anak so aku tak payah kecoh sangat nak cari baju budak. Aku belikan baju mak aku je. Warna biru. Tak tekois pun lantakkan. Bukan senang nak cari baju mak aku okey. Baju abah adik beradik lain sila beli. Baju omputih pun korang beli eh. Jangan nak buat-buat tak tauuuu je.

Okey sampai sini je, aku agak 8/10 la kot eh? Tinggal sikit-sikit je. Korang mesti dah siap semua kan?
Untungla.... *cemburu*

Comments

Unknown said…
akak tak wat persiapan apa2 pun lg dik ooii.....thn nie beraya umah mak mertua balik sana dr 18hb sampai 26hb...balik jer ke umah dah keje..xde masa nak pk raya dh masa tu
Mia Kassim said…
Salam.....suka baca blog awak....kalau sudi singgah le ke http://shumie-dz.blogspot.com
Sepet said…
Tentang Kita : Lah yeke? Tak boleh cuti lama-lama la nampaknya..kena kerja, macam saya dulu. Boring...hahaha!

Mia Kassim : Time kasih! Nanti saya singgah eyhhh