Bengang okey dengan ulcer ni. Aku lapaaa tau. Susahnyaaaa la hai nak makan. Huhu! Nak kata aku tak minum air, memang tipu la tak minum. Aku minum tau. Stok air banyak gila kot dalam bilik. Tapi selain kekurangan air, stress jugak boleh menjadi penyebab ulcer. Geramnye!!
Pemenda la nak stress kan. 3 tempat tau ulcer. Sob sob sob. Dengan Qery2 aku marah. Kesian Qery seminggu ni, haha! Asik kena marah je dengan aku. Nasibla.Macam-macam hal tau sekarang ni, saja cari pasal dengan aku. Cea macam gaduh besar kan. Padahal gaduh sebab dia order bubur ayam MacD lupa mintak lada hitam je. wakakaka!
Dah lama tak cerita pasal Qery *tipu sangat* haha! Marilah kite cerita pasal cikgu ni memandangkan harini dia GAJI. *joget 10 minit*
Mesti korang rindu kat Qery kan. Auww! Anje jeee nak windu windu Qery. *jeling, haha*. Mamat tu hangin je haku, dah ada broadband bukan nak update, dulu aku bising suruh update, cakap aku curi boradband, so dia tak boleh nak update, sekarang bila dah belikan yang baru, harem. Sama jugak.
Gambar2 ni aku curi dari facebook dia, Qery ada instagram hokeyh, gambar lagi banyak dari aku. Amboi..nyampah aku. Lagi hover dari mak hincik. Meh la kite berkenalan dengan abang ngengada saya ni. Gelinyeee..hihi!
Qery is penggemar kasut, ingat tak dulu rak kasut dia kena rompak. Berapa belas kasut sport dengan kasut kerja dia hilang. Seminggu bermurung. Setiap kali lalu kedai kasut je buat muka macam nak nangis, hihi! Tapi sekarang dah start kumpul balik. Aku dah lali sekarang perangai dia ni. Kalau aku tak bagi dia beli, esok lusa dia beli sorok2, tau tau je dah pakai. Grrrr
Kasut dia untuk badminton lain, kasut ajar budak bola lain, kasut bola lain, kasut futsal lain, kasut jalan lain, kasut jogging lain. Kalau dating kasut lain. Aku satu kasut je kot. Haha! Kasut dia lagi banyak dari aku. Dulu dia pelik jugak aku tak beli2 kasut. Aku bukan macam dia, aku jenis kalau pakai kasut tu, aku selesa..aku pakai yang tu je. Kecuali kalau kasut aku tetiba hilang, aku beli kasut lain. Gittew
Kasut jalan
Kasut kerja
kasut sama, stokin gegirl
Kasut kerja
Kasut basahan katanya. Macam-macam. Ada lagi kasut dia. Tapi yg ni je dia upload. Kasut dia semua cantik. Sebab aku pilih. Ceaaa bajet nak kata taste aku power. Poyo gila. Takdela, ini taste Qery, kalau aku kata OK baru dia beli. Eleh, aku paham dah taste dia. Mula2 kenal dulu iyela tak tau. Dah masuk tahun ke 5 tahun kot. Apa pun tak boleh la kan kalau tak tau.
Tahun lepas, bulan 12, dia ada beli raket badminton. baru jugak beli.
Punyala semangat main dengan raket ni, asik menang je katanya. Sekali tengah main terpukul peha sendiri. patah okey!!
Euw!! Peha ke dinding besi?!? Macam mana boleh patah. Tetiba i is rasa nak scary, kekeke! Lepas tu beli raket baru, terus kalah. Haha! Salahkan raket..padahal...
Handfon kesayangan Qery, punyalah ada spare fon touch screen canggih2, fon ni jugak jadi fon ke dua dia. Dia cakap senang nak mesej kalau dalam kereta. Huhu! Apa2 la bang.
Bola dengan Qery memang tak dapat dipisahkan.
Masa ni aku tunggu kat luar pagar dalam kereta. dia berfoya2 kat padang. Dah la kalah. Huhu!
Haritu hadiahkan dia jam. Dia kan gila jam jugak. Kitorang singgah kedai jam sebelum masuk wayang. Sekali dalam wayang dia punya gelisah teringat2 jam tadi. Siap bisik dengan aku 'nanti kite tengok balik jam tadi boleh tak' Olorh siannn..sampai habis wayang dia tak boleh focus. Keluar terus belikan. Tapi memang homei pun jam ni.
Ada parent bagi dia coklat, sebab anak dia dapat masuk asrama. Anak dia main bola Qery ajar. So saja bagi la tanda menghargai. Bagusnyeee ada lagi mak ayah kenang jasa guru ken. Bukan Qery je la dapat, sapa yang ajar anak dia semua dapat. Tapi Qery je poyo nak update kat IG. haha!
Semalam mintak aku belikan gunting. Katanya gunting dia dah habis. Boleh ke gunting habis? Kalau pemadam habis ke, pen habis boleh terima la. Gunting dia ada. Dia tu saja bagi alasan nak gunting baru. Nampak gunting comel sikit terus tak tenang. Kalau tak beli jugak memang aku yang tak tenang. Dia akan jampi takde gunting takde gunting. Adoi
Ini bukan motor dia, Sekian terima kasih. Hehe! Agaknya kawan2 dia punya kot. Qery ni bukan takde motor. Aku suruh naik motor taknak. Sejak kapel dengan iolls, tak nak naik motor dah, dia cakap bahaya naik motor. (________)
Dia punyala dah lama tak bawak motor, haritu bawak motor dah tak stabil. Mungkin jugak kerana faktor fizikal dia menyebabkan dia tak boleh balancekan diri. Hihi!
Dulu masa kenal, berat dia 70kg. Sekarang 80kg.
Aku masa kapel dengan dia berat 52kg, lepas kapel dengan dia berat 45kg.
Aku tak tau la sebenarnyaaa salah siapa sekarang ni. Hihi!
Tapi Qery lelaki yang paling baik dan penyayang tau.
*sanggup puji dia okeyh, sebab harini gaji kan, kahkahkah*
**************************************
Kot sapa nak asingkan modal nak try jadi agen Treenea boleh email sepetsshop@gmail.com
Cepat sementara stok masih ada.
sms/wassap 012-2678-134 (Sepet)
9 comments:
so funny..kalau baca blog awk ni sepet, buat orang senyum je tau.. :)harini cite pasal abang qery dia ye..hehe.. eh, tang stokin dot2 tu klkar la..hik2..
A'ah la btul ke tu stokin qery? Hehhee sweet jer sepet citer pasal qery, wlaupun arini hr gaji qery.
setiap bulan ulcer dtg jumpa akak
x suka ke suka ke dtg jugak
layan kan jelah
pdhal air wajib minum 2 liter sehari
mgkin stress kot ;0
Stoking polkadot merah tu yg akak tak tahan tu Sepet oiii....
Mmg sesuai lah Sepet ngan Qery...
sbb Sepet je memahami Qery heheheh :D
lagi satu gunting duck tu
hahah :D
ingat gegirl je minat, rupanya boboy pun sama...oh gosh haha :D
Eleh ngata qery anje anje padahal dua dua pun anje anje...saje je tau...menyampah ioll.
Untung lah abang anje anje dan adik anje anje dah nak bertunang.....suka aunty sambil clap clap tangan ni....ate kamu kan pasangan secocok....tapi kalau nak ubah fikiran anak aunty pun ada....sorry qery jangan maraaah nanti kena jual.
HEHEH sepet makin slim qery makin bambam hehehe la yerr :)
setiap kali bace blog sepet memang senyum jer memang sume best2 n klakar huhuhu
hahaha..gelak guling2 tengok stokin polkadot qery....qery nak manja2 ngan awak la tue..semua nak syomel2 punya barang
Ganaznye ...kasut keje yg first 2... B-)
Post a Comment