Followers

nuffnang

Jan 11, 2013

Hadiah Dari Pos Laju =)

 Semalam masa nak pos barang. Macam biasa aku duduk dalam kereta. Qery yang masuk dalam untuk pos. Aku kan suka feeling bos. Haha! Lagipun Qery dia tak suka kalau aku ikut. Dia cakap iolls leceh, slow, apa pun tak boleh. Haha! Kong ajo sungguh. Bagus jugak aku tak ikut, ikut pun buat apa kan. Setakat tayang muka kat brader-brader sister-sister sana, dorang pun takde masa nak tengok muka aku. Kerja berlambak kot kat kaunter tu. Haha! Jadi kite duduk diam2 dalam kereta. Jangan buat semak kat dalam ye. 

Selalu Qery mesti diberi priority, tak tau kenapa. Mungkin dia adalah golongan warga emas. haha! Dia mesti tak payah tunggu giliran. Abang kakak pos laju akan panggil dia dulu. Tak tau la kenapa. Maybe sebab aku dah siap2 pack semua, tinggal dorang nak timbang je, sebab aku dah seperate kan borang merah biru, sabah sarawak semenanjung, prabayar semua la. Walapun parcel banyak, tapi sekejap je dah setel. Tapi kadang2 dia ikut jugak giliran, segan la kat orang yang menunggu dari tadi, macam tak fair la kan. Huhu! Ada masa tu brader tu suruh tinggal je parcel nanti dorang setel. Gittew.

Dalam tengah tunggu Qery tu, sempat la aku reply mesej/wassap customer. Sorry tau kalau lambat reply semua. Kadang2 satu hari tu rasa penat tak ingat. Pernah la balik tu ingat nak lelap sekejap sejam, nanti bangun baru sambung kerja. Sekali hamik kau. Tertido sampai pukul 2 3 pagi, kelam kabut aku reply sorang2. Tak efisyen sungguh engko ni sepet. haha!

Tengah reply mesej, sekali nampak kelibat Qery. Tadi dia mesej aku nombor giliran jauh. Sekali tak sampai 5 minit dah sudah. Tanjat gegirl. baru nak dating2 dengan customer tau. Dia masuk kereta je terus bagi aku benda ni. Katanya brader pos laju bagi hadiah.

 

Hehe! Muka eksaited perlu okey.. Tetiba dapat hadiah. Pelik sungguh.

S : Semua yang pos harini dapat hadiah ke?
Q : Tak la. Tadi abang tu bagi kite pun sorok2.
S : Kenapa dia bagi kamu?
Q : Tak tau. Hehe! Bukak la cepat.

Qery ni, dengan semua brader pos laju pun dia jadikan kawan tau. Bagus betul. Kalau aku kompom tak bercakap, sebab i is pemalu.*tolong la percaya* Siap haritu cakap brader pos laju ajak join team bola pos laju. Aku dah....erm...boleh ke Qery ni. Tetiba ko join team dorang, terus team dorang kalah berturut2, haha! Sedih..


Aku pun bukak la, koyak je. Sebab tak sabar. Nampak tak kat tangan aku macam ada kulit terkopek. Tatitttttt... Aku tergeser dengan kabinet rumah. Perghh...bertakung air mata tau. Huhu! Tapi depan Qery buat buat takde apa. I kan macho. *lap air mata*


Yeay!! Dapat kalendar Pos Laju!! Sukeeeee!! Aku kan haritu nak kumpul duit nak beli kalendar, haha! Bersungguh poyo aku ni sampai nak kena kumpul duit kennn.. Aku nak cari kalendar yang bagus. Maksud bagus tu, lebih bagus dari calendar handphone la. Kat fon takde tulis cuti umum. Aku kan selalu je orang cuti deepavali pun aku tak tau. Sangat tak 1 Malaysia, haha! Jadi bila dapat kalendar ni, aku is happy kuasa lapan ploh! Qery mintak nak letak kat meja sekolah. Sorry naik lori. Pergi la kumpul duit beli sendiri. *libas shawl*

extra best bila ada no telefon semua pusat pos laju semua negeri. Lepas ni kalau negeri mana-mana tak dapat parcel, aku boleh bagi direct line terus. Hihi!



Suka ke tidok?? Aku suka la, korang mungkin takde perasaan kan. haha! Lepas tu best bila ada waktu solat. Good.
 

Ini je la cerita harini. Daku gembira dapat hadiah kalendar dari Pos Laju.

Thanks Pos Laju. Walaupun sekarang ni ada banyak komplain. Aku harap semua tu dapat di atasi dalam masa terdekat ini. =)

Lepas ni bagilah saya hadiah lagi. Auw! haha! Kbye!

6 comments:

NinaAz said...

Bestnya dpt kalendar... hihi

Jiji-Fify said...

Uish memang jarang kot kalendar ada waktu solat. kalau ada pon mesti kalendar pusat zakat ke, bank islam ke kan? ni pos laju pon ada waktu solat?? double thumbs up aku bagi!
Jemput-jemput: Saat Aku Kau Pilih

Miss Moon said...

wahhhhhhhhh dapat adiah sebab jadi pelanggan setia pos laju aakakkakaka

tew la kan banyak dgr komplen pasal pos laju mau tak nya skrg parcel membuak2 ...tew brg2 sepet la semer tew hahahhahah .

Skrg kan bisnes online lagi laju kan ...sah sah semer pakai khidmat pos laju ....

hope pos malaysia dpt tingkat kan usaha

Pastuh vley tak POs Malaysia gantikan pej pos cyberjaya tew ..........skrg ramai org pakai khidmat pos ...kaunter 2 je kadang 1 je ...........

tetiba ngadu domba kat sepet cam la laki sepet si qery tew CEO pos malaysia kannnnnnnnnnnn hahahhahahha

Mimie Najib said...

walaupun hanya kalender, pasti semua suka..hehe..dah la letak dalam plastik.. suprise sungguh..ehehe

sharifah rosidah said...

Nampak cik Zu....kesian letak lah minyak gamat dan lagi satu aunty nampak cincin iteww.


Uncle bawak balik calendar macam ni.....ceh satu je dia bawak balik sedangkan yang suka calendar macam ni ada dua orang, aunty dan anak perempuan aunty, last2 terpaksa beralah dengan anak dara yang sorang tu...huhuhu.

tenku butang said...

he2.. dpt adiah dari poslaju.. kalendar 2013.. semangat .. =)

done singgah n follow d sini.. sudi2 lea follow mine back yea.. =) tQ.. senyum selalu.. =)

http://tengkubutang.blogspot.com/