Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jan 10, 2013

Sweet macam Beto la awak ni =)

Sejak dua menjak ni, Qery punya sweet tu melampau-lampau tau. Happy memanjang. Aku pun tak paham. Tapi okey la kan, kalau dia happy, aku 20 kali lagi happy. Haha! 

Qery ni macam Doremon tau. Apa aku nak, kalau boleh mesti dia bagi jugak. Mesti dia akan usaha. Cuma sekarang ni mintak Samsung Note II je dia buat-buat tak dengar, kekeke! Melampau permintaan mak jemah.

Contoh permintaan mengada2 aku.

1. Nak CD lagu siti nurhaliza
2. Nak beli cd Istanbul Aku Datang
3. Nak dia download cite 'aku dia dan tong sampah' (yang ni belum dapat)
4. Nak mintak dia tukar laptop dengan aku, sebab laptop dia yang aku pakai ni ada certain cd tak boleh tengok, kalau kat laptop yang dia pakai tu boleh tengok. Kahkah! Padahal dua2 laptop dia punya. Haku apa pun tak de. Sedih
5. Dah pandai beli air sebelum jemput aku.

Baru-baru ni. Lagi sweet. Belikan Maggy Asam Laksa!!

Huyoooo!! Macam Beto sebijik!! Hahaha!

Pagi semalam terus masak okeyh..masak sambil tersengih sorang2..tak boleh bla.


Aku sebenarnya tak suka tau maggy asam laksa, sebab dia kan tak pedas. Tapi takpe, kita boleh letak cili dengan lada hitam banyak-banyak. Baru terangkat. Dah la pedas. Masa makan sorang-sorang sambil tersengih2 tu, boleh pulak air dia terpercik dalam mata aku. Pedih pedas semua ada. Berlari cari sinki nak cuci mata.

Tapi lepas cuci mata sambung makan balik sambil sengih2.Tak paham kan. Aku pun sama. haha!

Bercinta kan..biasalah..terus mesej Qery, padahal masa ni tau Qery tengah kat sekolah...

S : Sedapnyeeeeeeee maggy asam laksa ni. Terima kasih Beto ku sayang!!

5 minit lepas tu...

tenet tenet. Mesej Qery masuk.

Q : Untuk Lisa Surihani ku sayang, apa saja abang sanggup
S : Iye??
Q : Iyeeeee
S : Nak banglo!!

Terus dia tak reply dah, haha!

^_^

Lisa okeyh dia panggil aku..menangis Lisa kalau tau dia dipersamakan dengan aku.

12 comments:

mrs kayrul said...

hahaa dapat asam laksa qery terus tukar jadi beto...

Rina Ellisa said...

hahaahahaha..

Lisa tu.. Classsssssssss!!~ :D

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. best ohh ada pakwe cam beto. HAHAHHAHAHa

Shima Mazlan said...

hahahaha .. mesti qery tersedak time dia bace msj ko minx banglo .. tu yg dia xbls .. hahahaha ..

saya tak tipu....nina the mummy n the boys said...

bestnyer....part sengih sorang2 tu mmg aksi spontan org tgh bercinta!sgt best perasaan itu!!!!kak nina dulu pon memanjang sengih sorang2!!!skrg sengih ramai2.

Mira Adzlia said...

wah..sweett uollss..sdap plak tgk maggi itewww..aish...mula2 baca part yg 'banglo' tu terbaca 'bangla'..haha..tkjut mak nak...rupanya slh bce..hihi

sharifah rosidah said...

Makan sambil berangan mana tak nya terpecik masuk mata...nak tau kenapa qery semakin manja sebab bunga dah dalam gengaman...dah konpem dapat lisa surirumah tak lama lagi, hihihi.

sharifah rosidah said...

Makan sambil berangan mana tak nya terpecik masuk mata...nak tau kenapa qery semakin manja sebab bunga dah dalam gengaman...dah konpem dapat lisa surirumah tak lama lagi, hihihi.

Erin-Ibu Marsya Qistina + Marissa Qaisara said...

Orang tu kan...tak bagitau pun dia dah dirisik / diminang orang....
kita tau pun kan...dari blog akak dia tau....
sampai hati tauuuu :D

Noura Qifays said...

hahaahahaah...comel je.... sepet aku dtg r kre nie..hahah

syamimihaziqah said...

Hahahaha ok sumpah comel korang ni.

Miss Lexus said...

haha.... parah dh ni.kena kawin cpt2...:)