Jan 16, 2013

Motif sangat tauuuu

Pernah tak korang ada kawan yang suka sangat burukkan perihal orang lain. 

Contohnya kan...

'Budak B ni perangai dia bla bla bla bla, kalau aku jadi dia, aku takkan buat macam tu'
'Budak B ni kan, dia ni teruk tau, aku tak de pun'

Motif sangat kan, mungkin kalau orang yang senang kena hasut, dia akan terpengaruh la. Macam 'iyelaaa..aku pun perasan bla bla bla bla, iye la takkan la ko nak buat macam tu, ko kan baik'

Gittew.

Tayang keburukkan orang lain, supaya orang nampak kita baik je. Mesti ada punya kan. Haha! Aku pun pernah je kot menghadapi situasi tu. Kawan aku burukkan aku kat sana sini, cakap aku itu ini, padahal, kalau aku pecahkan rahsia budak ni, nak hidup pun ko malu lepas tu. Gittew.

Ada di antara kite memang cepat terpengaruh. Tepuk dada tanya selera. Fikir adakah korang jenis cepat dengar hasutan?

Contoh lagi, kalau masa sekolah dulu..kalau geng-geng tak suka orang tu, adakah engkau pun akan tak suka orang tu tanpa sebab? Mesti ada kan. Haha! Itu adalah ciri-ciri orang cepat terpengaruh.

Aku pun cepat terpengaruh. Terpengaruh kat gambar makanan. Tak boleh tengok makanan sedap. Terus rasa nak dapatkan jugak. Haha!

Lagi... macam semua orang cakap Paris best kan, mesti aku terpengaruh jugak nak kata Paris best walaupun tak pernah pergi. Boleh bergaduh okey kalau sapa cakap Paris tak best. Huhu!  ^_^

Cuma ada benda-benda yang kite kena fikir dulu sebelum orang lain cuba mempengaruhi kita. Seperti 'kau nak tau tak, muka artis kpop dia yang perempuan tu, sebijik macam kau'

Okey, yang tu kena fikir dulu. Haha!

Kadang2 kite kena sedar, aura negative tu datang dari sikap kita sendiri. Yang suka percaya dengan benda2 buruk, percaya hasutan kawan, jadi emosi bila baca status kawan2 yang happy. Kena ubah sikap kite. Tak ada orang yang boleh ubah kite melainkan diri kita sendiri. 

Kalau ada kawan2 yang hari-hari bisik kat telinga kau pasal keburukkan orang lain, sila jauhkan okey. Bila dia menjatuhkan orang lain demi menutup keaiban sendiri. Nescaya buruk akibatnya nanti. 

Pesanan masyarakat dari Sepet yang tetiba sensitif dengan isu kawan makan kawan. Haha! Tetiba sangat.

6 comments:

sharifah rosidah said...

Aunty ada lah orang yang susah nak kena hasut oleh sesiapa pun..,,aunty tak suka dengar orang cakap bukan2 pasal kawan2 di dunia realiti mau pun di alam maya....so kalau sesiapa nak buruk2 kan kawan2 aunty sorry ya talk to my hand.

aSmiDar said...

memang pon..kalau dieboleh cite buruk pasal orang lain..
satu ari die pon duk kenen jugak citer buruk kita kt ora lain ploks..huhh..sentap disitu...

puan jari said...

suka entri sepet hari ne...manusia mmg x kan lari bab2 burukkan orang ne...kadang2 nak diam pon susah.Memang motif sgggttt!!

AkUFiZA™ said...

Nowdays, dengar bole. Caye jangan. Name pun kawan kan. Kang kalau tak layan sentap lak. Yg elok kite simpan. Yg buruk di singkirkan.

udez said...

huhu..ade sorg mmbe satu tmpt kja dlu.dia ni bdn besar sikit.pastu rupa biase je.dia ni suke kate org len mcm dia ni perfect.pastu suka condemn org,buat org len down je.kwn sy sorg lg ckp dia ni mungkin suka buat cmtu sbb dia rasa insecure.dia takot org kutuk dia,jd dia cuba "alihkan" perhatian org drpd dia.sy byk kwn yg berbdn besar ni.tp xpnah jmpa yg mcm dia.hrp sgt dia ni akn berubh satu hari nnt.

Unknown said...

ni style dpn len blkg len nih...nih yg tkut..kwn2 cmni..dpn kte baik..blkg dok kutuk kite kt org lain...smpi org lain pun tmkn kata2 dier