Still, sebenarnya aku berkira-kira tak nak update pasal benda ni, tapi sebab ada beberapa orang mesej tanya, macam mana aku maju setapak. Setapak je pun. Malu nak cerita lebih-lebih. Untuk share saja-saja boleh la. Orang lain berjaya pun tak buat entry. Malampau kan kau, macam la berjaya sangat *kikis kuku sambil senyum sorang2, hihi*
Apa pun dalam dunia ni, kita akan back to reality. Kite renung balik, semua ni bukan milik kita pun. Kite ni diberi pinjam je. Dipinjamkan mak ayah, adik beradik, anak-anak, dipinjamkan pasangan, harta, semua kita pinjam Allah punya. *walaupun iolls tetiba alim, but its true kan* hehe!
Mana nak mula?
Permulaan aku berniaga. Kot siapa yang follow lamaa blog aku, korang tau aku jual handbag. Macam mana tercetusnya nak jual handbag. Padahal benda tu langsung tak terlintas dalam fikiran aku. Tak pernah terasa nak berniaga pun. Orang macam aku ni, jenis yang redha dengan apa yang aku ada. Contohnya, kalau itulah nasib aku, walaupun tak baik mana, aku okey.Aku takde rasa macam cemburu dengan orang lain, yang hidup dia ofkos lagi best kan. Aku fikir itu rezeki dia. Aku memang bukan jenis bersaing sejak sekolah lagi.
Masa sekolah rendah, since aku masuk kelas pertama setiap tahun, sendiri rasa dah puas hati. Takde la nak bersaing nak dapat no 1 ke apa. Aku belajar takat yang aku nak je. Dapat mp last dalam kelas pun okey je. haha! Masuk tingkatan (Form 1 -3) pelajaran merosot sikit, pun tak heran. Sebab aku rasa..takpe je kot. Nanti form 5 kita pulun la. Masuk form 4-5, setiap kali exam dapat nombor antara 1 sampai 3. Pun takde rasa apa. Kalau dapat no 1 alhamdulillah, kalau dapat no 3 pun, eleh berapa beza je pun peratus dengan no 1. Aku memang jenis tak de perasaan. Aku pandai ke, aku tak pandai ke. Aku pedulik apa. Haha!
Dan masa tu aku tak rasa pun family aku kisah aku dapat no berapa pun kat sekolah. Sebab masa kat asrama, result dia hantar kat rumah. Aku sendiri tak tau aku dapat no 1. Bila aku call abah nak mintak duit, sekali abah aku cakap
'Kat dalam kelas ko, memang ada ko sorang je ke?'
pftt..takde la ayat macam tahniah ke apa ke kan, haha! But masa tu aku rasa funny gila kot, then takde perasaan la macam aku cakap tadi. Adakah aku kisah aku periksa no berapa pun. Perangai aku memang terima seadanya. Apa yang aku dapat, aku dah alhamdulillah. Tak dapat pun takpe. Aku tak kisah. Gittew. Terbawak2 perangai tu sampai la aku kerja.
Dan aku cakap tiba2 aku jual handbag kan. Masa tu aku beli handbag kat sorang kakak ni. Then aku tunjuk kat blog, mana tau ada beberapa orang email suruh aku belikan handbag yang sama. Mula2 aku memang belikan je. tapi esoknya aku cakap dengan akak tu, aku nak ambik banyak, akak tu bagi la murah sikit kat aku, lepas tu aku jual dapat la untung sikit sikit. Hehe!
Start dari situ rasa minat dah ada. Tapi minat macam tu je la. Takde la terfikir untuk nak buat full time ke apa. Sebab jiwa nak berniaga takde lagi. Kalau nak diikutkan, memang hari-hari ada orang nak beli bag, tapi aku tak hari2 cek email. Kadang2 ada yang pending dah seminggu. Dulu aku oncall 5 hari berturut. Penat. Balik rumah dah longlai. Dulu pun aku jarang update blog sebab aku letih. Aku tak larat dan takde perasaan pun nak update sangat. Kecuali kalau aku tak penat sangat, aku akan slow slow tengok email, update bag, paksa diri buat. First sebab minat, second sebab nak cari duit lebih.
Senang cerita, benda yang kita tak minat buat, jangan buat. Sebab bila kita tak minat, benda tu akan bersifat sementara. Mula2 je kemain. Lepas tu bila dah bosan. Kite buat benda lain pulak. Jangan paksa diri untuk minat. Aku pun ambik masa untuk langkah setapak. Ingat tau, setapak je, korang jangan ingat aku dah bertapak2 dah, Sangat fitnah di sittew, haha!
Pengalaman orang cakap aku menipu, memang ada. Bila barang sampai lambat, orang kata kita tipu. Ingat yeah, masa tu aku takde modal besar, ada certain barang aku pre-order. Memang aku lambat pos, aku paham, memang salah aku, orang lain sibuk berniaga, ko tu tak boleh nak fokus kat bisnes online, tapi sibuuuuk jugak nak bisnes. Aku telan je. Ada yang siap marah2 nak datang spital ugut nak maki aku depan semua orang pun ada tau. Tapi aku rilex je, sebab kita tak buat salah. Esoknya barang sampai,kelam kabut mintak maaf. Aku okey je. Memang people akan jadi a bit stupid bila marah. *cea ayat tapis kenn, macam la orang tak tau, haha* Well, human being, semua orang macam tu termasuk aku sekali.
Pengalaman kena marah dengan customer dalam alam maya apalah sangat. Lebih dari tu aku pernah kena kot. Kena marah depan2 dengan doktor, dengan patient, dengan bos, dengan colleague. Muka iolls dah tebal dah. Ko marah la macam mana pun, aku akan senyum jugak. Sampaikan bos lama aku nak letakkan aku kat customer service bahagian dalam farmasi. Muka tebal memang patut duduk situ kot. Haha!
Lepas tu, bila aku tengok kawan2 aku. Dorang ada kat situ jugak walaupun kerja 10 20 30 tahun. Still merungut, kadang2 mengadu kat aku, kerja banyak gaji sikit, itu ini, aku cermin diri aku kat rumah, 20 30 tahun lagi, aku akan buat kerja ni jugak ke? Kerja shif tak tentu masa, tinggalkan anak rumah mak atau hantar nursery, kelam kabut gi kerja, balik tengok anak dah tidur, bila gaji je boleh makan meriah sikit, pertengahan semua puasa khamis isnin, haha, Ok ni buat lawak tau. Lama aku termenung kat rumah. Aku fikir mana hala tuju aku sebenarnya. Cuma mak sorang je yang setuju aku resign. She's the one la yang happy sebab aku nak resign. Sebab aku je yang nak ikut step dia berniaga. Yang si Qery tak setuju. Sebab dia kolot sikit, haha! Qery bukan jenis berani ambik risiko. Dia bukan jenis macam tu. Hubungan jarak jauh pun dia tak boleh. *tetiba sangatkan cerita hubungan jarak jauh, haha*. Qery dia memang kolot sikit. Pemikiran dia mungkin luas, tapi terbatas. Macam tu. Huyooo macam bagus kan aku. Lempang bagi sedar diri sikit. haha!
Aku ambil masa jugak nak bukak pemikiran dia dalam bisnes ni. Pelan2 nak bagi dia yakin. Dia langsung tak yakin dengan aku. Dia tak yakin cara aku layan customer, profesional ke tak, sistematik ke tak. Seriusly aku selalu gaduh dengan dia pasal ni, sebab setiap kali aku reply msg dengan customer dalam kereta, dia nak apa yang aku taip tu aku sebut satu2 supaya dia tau apa yang aku nak cakap dengan customer. Bajet bos sangat. Sampai aku tension, aku cakap jangan sibuk hal aku dengan customer, aku tau macam mana nak kerja. Kerja kau pos je. Hahaha! Stress. Tapi Qery dia pedulik apa, kalau dia nak tau aku cakap apa, dia nakkkkk jugak tauuuu. Adoi pasrah je aku.
Tapi sekarang dia dah okey sikit, cuma ada la sikit-sikit dia cemburu kalau ada customer lelaki yang beli, haha! Yang paling klaka, dia siap cakap kat aku, kalau ada nama lelaki kat parcel dia tak nak pos. Haha!
Bila bertatih dalam bisnes jual beg.bangun jatuh bangun jatuh ni macam dah biasa..jadi aku ambik keputusan buat full time bisnes online. Masa aku dah resign, aku takde arah lagi. hari-hari aku berdoa tau. Pun paksa Qery doa sekali, haha! Mintak diberi arah, jalan, rezeki, semuanya lah. Nak meminta-minta ni baik dengan Allah je kan, haha! Dia kan Kaya. Hihi! Tapi jangan la tau mintak je. Usaha kena ada.
Macam-macam aku buat tau. Aku jual beg, jual skirt. Sebab masa tu tak tau lagi mana yang sesuai dengan apa yang aku nak. Hari-hari aku fikir, apaaa aku nak jual. Bisnes apa yang sesuai dengan aku.
Sehinggalah suatu hari........bermulalah satu langkah yang bagi aku sangat bermakna. Yang aku tak pernah fikir, yang aku tak bayangkan pun.
Malam tu, ecewah..haha! Poyo pulak. Aku tidur lambat macam biasa. Aku terdetik nak jual produk kecantikan. Aku tak fikir pun yang benda ni ok atau tak. Serius tau, selalu kalau benda aku nak buat, aku akan fikir kemain panjang. Aku tulis kebaikkan keburukkan, aku selidik sana sini. Tapi yang ni, aku tak fikir langsung, macam ada orang bisik suruh buat je, beli, dan jual. Segera tangan aku update, malam tu terang hati baca segala info pasal produk tu, apa pun aku pastikan apa yg aku jual tu selamat. Alhamdulillah aku ada basic dalam farmasi. Aku syukur sangat2, selama ni benda yang aku tak suka tu *farmasi la* akhirnya Allah tunjuk, itulah hikmahnya dan kegunaannya aku belajar walaupun aku tak minat,.
Aku tak guna modal langsung. Aku tak tau macam mana Allah dah aturkan semua ni, Esoknya pukul 10 aku bangun, pertama kali aku terkejut sangat mesej masuk sampai 30 lebih. wassap masuk dalam 20 lebih. Tak putus2 rezeki haritu. Aku menangis tau. Rasa bersyukur sangat.. Dengan rezeki tu, aku dah fikir aku taknak membazir. Rezeki ni kita tak tau sampai bila akan jadi rezeki kita.
Andai kata sebulan, dua bulan, 3 bulan, kalau banyak tu je rezeki kita, jangan lupa bersykur okey. Aku start melangkah dengan tak ada modal langsung. Ada hari yang ada ramai orang beli, ada hari yang tak ramai pun beli. Tapi tak pernah rasa nak putus semangat ke apa. Selalu pesan kat diri sendiri, jangan beli benda bukan2, memang kadang2 teringin tau nak beli itu ini, tapi beringat. Kita nak berjaya bukan semata2 nak puaskan nafsu kita. Bukan target nak berjaya sebab nak beli barang branded2 ke apa. Niat aku hanya Allah je yang tau, kenapa aku bersungguh sangat.
Aku belum berjaya pun. Sebenarnya maksud berjaya ni banyak. Tak semestinya orang kaya tu berjaya, tak semestinya orang sederhana tu tak berjaya. Jangan la email tanya macam mana aku dah berjaya tau. Aku rasa macam .... jauh lagi kot perjalanan aku untuk jadi orang berjaya kan. Hehe! Kirenya aku ni, kalau kat sekolah, kalau macam ada berapa banyak kejayaan, aku mungkin berjaya jadi tukang padam papan hitam kot. Belum sampai jadi setiausaha je, penolong ketua darjah ke, ketua pengawas ke, wakil daerah ke, wakil negeri ke, wakil negara ke, haha. baru takat tukang padam papan hitam kan. Kerlass kau. singsing tangan lompat penuh gaya masa padam tu. Haha!
First point kita adalah niat dan doa.Kalau betul niat kita, insyaallah dipermudahkan. Mak aku selalu cerita, buat kerja kena ikhlas. Tolong orang kena ikhlas. Dia pernah cerita, masa tu hidup susah. Jaga 9 orang anak. 6 orang anak yang bersekolah sekali gus. Dengan semua kecik lagi. Dengan ada nak kena jaga anak saudara, adik ipar, sedangkan bapak aku pemandu lori je masa tu. Masa tu pulak Nenek nak daftar pergi Haji, tapi takde duit. Mak kata, masa tu dia kumpul duit semata2 nak hantar Nenek (mak mertua) pergi haji, sampaikan kat dalam bank sendiri dah takde duit, tak fikir langsung ada ada 9, ada semua sekolah, yang dia fikir nak hantar nenek pergi haji. Bersungguh cari duit dengan bapak aku.
Itulah orang kata, berkat ikhlas dengan niat yang betul. Lepas nenek balik dari Haji, melimpah ruah rezeki datang kat emak. Sampaikan dapat bukak kedai perabut 2 tingkat + jual barang2 elektrik macam peti ais, mesin basuh semua. Mak aku sampai sekarang pun pesan, buat kerja kena ikhlas, niat kena betul.
Emak adalah orang yang paling aku sayang dalam dunia ni. Dia akan support anak-anak dia tak kira apa keadaan pun. Walaupun masa tu ko rasa lonely, dia akan teman borak sampai ko ok. Dia tau bila masa ko sedih, bia masa ko sakit, bila ko ada masalah. Semua dia tau. So jangan pernah membelakangkan emak. Dia akan bagi kata-kata semangat dalam diam tau. Contohkan, haritu aku buat kerja dalam bilik. Dia masuk duduk teman aku buat sampai habis.
Sambil-sambil tengok tu nanti dia puji la
'Pandai anak mak kerja'
'Pandai anak mak fikir'
'Kalau Ana penat balut, mak boleh tolong balut, mak bosan jugak takde buat apa dalam bilik'
Haha! Dia kesian tengok iolls hidup tak terurus.
Dulu masa aku kecik, kita orang ni hidup sederhana. Pernah je makan nasi campur air dengan kicap. Lauk tak banyakkan, adik beradik ramai. Bila mak panggil makan sorang ke sana sorang ke sini, ada yang rasa makan tapi rasa tak cukup, nak makan lagi tapi lauk dah habis, tinggal nasi je, tuang air dengan kicap pun sedap. Kenyang jugak. Pernah melalui susah semua.
Mak suri rumah. Mak amik kerja kontrak lipat kotak. Boleh bayangkan tak? Nanti korang google la kot2 ada lagi ke pekerjaan lipat kotak nim haha! Kerja takde la setiap hari, ada target la kot. Tapi mak tak ambik gaji tiap2 bulan, mak ambik gaji bila nak raya. Sebab mak ada 9 anak. 9 anak nak kena beli baju raya. Duit lipat kotak tu la untuk beli persiapan raya pun. Aku akan tolong kalau aku rajin la, kalau tak rajin memang mak buat sorang, hehe! Kakak-kakak lain pun buat jugak. Pun pernah jual goreng pisang kat tepi rumah. Kitorang adik beradik lahir memang dalam keadaan sederhana. Bukan nak kata mak tak mampu. Mak ni dia jenis menyimpan. Dia fikir masa depan anak. Anak nak sekolah,nak belajar tinggi2. Aku nak jadi macam mak aku memang tak boleh. Dia terlalu kuat hati dia cekal. Aku ni lemah. Orang kondem sikit sedih. haha!
Sebab aku tau perangai aku yang tak kuat ni, aku perlukan seseorang yang boleh angkat aku bila aku jatuh. Kalau nak dukung pun takpe je. kahkahkah! Ok takde la, this is the way we live sebenarnya...kan... Semua orang berbeza cara kehidupan. Semua orang berbeza pandangan. Berbeza mentaliti. Berbeza pendirian. Berbeza semangat dia.
Kesimpulan cerita aku harini.
Tak kisah apa sahaja jenis kerja korang buat. Asalkan betul niat tu, ikhlas. Insyaallah suatu hari nanti korang akan berjaya...bila?? Bila sampai waktunya. Allah tau sebaik-baik waktu untuk kita, tunggu dan jangan berhenti berdoa. Memang berniaga ni sunnah. Tapi kalau salah cara kita berniaga pun, takde gunanya. Biarlah gaji cukup-cukup pun takpe, asalkan halal dan berkat kan.
Walaupun ada yang tak pernah rasa susah sepanjang hayat dia, ramai jugak yang ambik iktibar dari cerita2 kat tv tu. Contoh tengok orang ni susah jadikan pengajaran. Jangan perangai macam ini macam itu kalau taknak jadi macam itu. Paham?Haha! Hidup ni, sama ada kita belajar dari kesilapan sendiri, ataupun kita belajar dari kesilapan orang lain. Sama jugak sama ada kita belajar dari kesusahan diri sendiri, atau kita belajar dari kesusahan orang lain.
Semangat kena kuat. Kalau tak de semangat, apa pun tak boleh. Hehe!
Panjang tak entry aku harini, haha! Well ayat yang di karang di malam hari memang metafora dan sedikit poyooo. Usaha tu penting, kalau tak usaha, kite akan pening. hihi! Aku terdengar2 lagi suara cikgu BM aku masa mengajar. Budak2 nakal kelas aku selalu tidur masa dia mengajar. Dia pesan kat murid yang tak tidur.
'Takpe, biarkan dia tidur, biarkan dia rehat. kamu yang tak tidur, yang tahan penat belajar ni, insyallah bila besar nanti, kamu pulak akan berehat, dan yang tidur ni, biar dia rehat sekarang, sebab nanti sampai tua dia takkan rehat dan akan penat'
Sebelum korang pulak yang tertidur baca entry aku ni, baik aku stop, haha!
Btw , sesiapa nak jadi agen atau dealer untuk seluruh kawasan Negeri Selangor *negeri lain pun boleh*, yang betul2 minat tau, email kat aku permohonan tu, tinggal 10 hari je promosi agen dengan dealer untuk harga rendah. Agent iolls tak kisah mana-mana kawasan pun boleh ja, tapi sapa nak jadi dealer, satu kawasan satu orang je jaga. Kawasan mana yang free?
Boleh LIKE PAGE TREENEA SELANGOR. Dalam tu aku ada tulis kat note. Ko tengok kat sana, kalau kawasan rumah ko tu masih kosong dan korang berminat. Boleh laju2 hantar email kat sepetsshop@gmail.com
Sapa nak kurus boleh beli Felinna Inchloss, Kulit cantik putih makan PMCVC, atau tak suka telan2 ni, boleh cuci muka guna Beauty Myracles je.
*nak tengok semua link produk ni, ada kat entry paling atas, scroll atas balik, klik kat nama2 yang aku link kan tu, jangan bila semua orang dah cantik, baru kita nak cantik2 tau, pftttt*
Semua di jamin Halal. And produk Felinna ada KKM jangan risau hokeyh!! You trust me. Ewah, haha! Ok bye!
16 comments:
betul cakap sepet..ye kita kene ikhlas n sabar dlm ape jua kita lakukan..insyaallah jika tertulis itu rezeki kita ia tetap akan jd rezeki kita..usaha n doa pd allah jgn putus!tq sepet..rase bersemangat pagi nie baca entry sepet:)
cerita sepet yg sgt memberi inspirasi n motivasi..semoga sepet terus sukses dalam berbisnes
Wahhhhhh. Kagum dgn u sepet. Resign. Do ur own work. Without bossss... bestnyaaa... sy skg pun tgh wat parttime herbalifersss. Dgn harapan satu hari nanti dpt jd fulltime herbalifersss.. nk kerja sendiri tanpa bossss!!!!! Good luck sepet. All d best.
uhuhuhuhu....tibe2 rase sayuu bce entry ko ni sepet...nk share kt kwn aku la...die nk buat biz tp xdek sokongan dr suami ngan bespren...mne tau entry ko ni leh bg die smangat kn...thanks sepet
syg sepet lebih la bila baca entry nie! :) thumbs up!
Sgt best entry ni.. ;)
suka entry ni!
serius ske entry ni sbb mmg scra tak sengaja TERinspire sendri....bl baca tu trus termotivasi sndri....gud luck on ur business n hope slalu dimurahkan rzki :)
likeeee entry ni 1000x. semoga sepet semakin maju. amin. :)
baca tengah malam td tapi baru nk komen pg nie..hehe..
suka ayat: biarlah gaji cukup-cukup pon takpe..asalkan halal dan berkat.
yup saya pon baru bertatih dlm bisnes online..memang payah tapi taknak putuss asaaa..
kena sabar sabar sabar..hope dpt buat bisnes online fulltime mcm sepet gak..=)
ieyka.dinda
respect! hati yang ikhlas Allah akan balas dengan seribu kebaikan :)
fuh(lap peluh)
penat akak baca dr baris ke tama sampai baris akhir ;)
tabik ngan kamu,muda2 dh ada otak bisnes
Sedih pulak aunty baca...tabik spring aunty kat awak memuda dah ada hala tuju hidup....tahniah sebab menjadi seorang anak yang tahu bersyukur, semoga anak2 aunty pun begitu juga. Amin.
Dan nak ucapkan selamat bertunang dengan si buah hati Qery anje anje tu.
Entry yg sgt pjg tp sgt terbaikk..boleh motivate orang gak..tima kasih ye
tabik la kat sepet...baca entri nie terus semangat untuk usaha dan ubah hidup sekarang...
Betul tu kak. kita jangan sesekali putus asa dalam hidup. ada ramhat menanti dalam setiap kesusahan
[Jemput ke blog saya untuk tips Kerja Part Time Online]
Post a Comment