Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jan 7, 2013

Menjadi girlish secara tiba-tiba

Semalam iolls pegi Pameran Pengantin Malaysia kat Ampang Point. Sajeeeeee je pegi. Bukan sebab nak kawin pun. (________)

Tapi lupa nak snap gambar. Sejak beberapa menjak ni. Aku dengan Qery memang jarang snap muka sendiri, kecuali keadaan memerlukan aku snap gambar. Seperti kalau pakai baju baru, ofkos kena amik gambar. Nak menunjuk kat korang. Kekekeke!!

Kitorang jalan-jalan sana dengan satu misi. Hentam je la janji setel. Kahhhhhhh!!! Entah pape. Dua-dua kelam kabut punya orang. Suka buat kerja last minit. Tak kira aku mahupun Qery, dua-dua kerja last minit. Melampau. Rasa nak lempang je Qery ni. *tetiba*

Dah setel semua, marilah kite duduk diam-diam kat kedai makan. Makan pun lupa snap gambar. Disebabkan kitorang jarang sangat datang Ampang Point ni, marilah kite naik semua tingkat. Hihi! Qery ni satu je aku malas bila jalan ampang point. Sebab ada satu butik ni member kawan dia punya. Mestilaaaaaa nak singgah. Bukan nak buat apa pun. Saja nak tayang muka, nak tunjuk ko datang sini kan. Aku tak kuasa nak masuk. Aku jalan kat luar.

Sekali nampak ada stall jual payung. Payung aku kan nak kiok. Lepas tu tak beli-beli. Bila nak beli je, rasa macam...tak cantik pun. Design itu itu jugak. Kalau tak petak-petak, mesti bunga, ataupun plain. Bohsan tau. Tengok-tengok tengok tengok sekali nampak ada satu payung ni warna pink hello kitty.

Seperti mana yang korang tau, tak tau pun takpe, sila buat-buat tau sekarang. Hihi! Aku ni takde la benci warna pink. Aku okey je warna pink. Pun takde la kalau orang minat pink seperti "hello? Pink?? Euw sangat okey!!" Tak eh. Aku okey je warna pink. Tak kisah. Tapi Qery kau kan minat warna pink. Pink untuk perempuan kot. Apakah Qery ni suka warna pink. jadi sementara dia tengah berborak dengan kawan dia dalam butik tu, aku pun belek-belek la payung. Masa nak bayar. Qery tegur dari belakang.

Q : Woi!! beli payung Hello kitty!!
S : Hehe! Tanjat kite...
Q : Eii, kata tak minat pink
S : Mana ada. Okey je. Lagipun ni limited edition tau.
Q : Iyeke?
S : Entah la. Kakak tu cakap, kite percaya je. Hehe!

Aku pun takde la masukkan payung dalam beg, pegang je la payung tu.

Masa nak ke tempat parking, ko pepaham la parking kat Ampang Point ni dah macam parking setinggan dah. Semak sempit. Sebab tu aku jarang ke sini, penuh orang. Tengok langit macam mendung, tapi belum nak hujan lagi la.

S : Eh macam nak hujan kan. nasib baik kite beli payung
Q : Belum hujan kot. Tak yah aaa bukak payung tu.
S : Eksekiusme! Payung hello kitty ni kalau tak hujan pun kite boleh pakai la. Fesyen..
Q : Kamu jangan malukan kite eh..tutup balik payung tu, tak hujan lagi ni.

Boringgg......huhu! Asik nak mawaaaahhhh je..Tak fun betul

Korang mesti nak tengok kan..


Tadaaaaaaa!!

Homeiii kan..Hahahaha! Aku pun tak paham kenapa aku beli payung ni. Aku rasa motif utama nak menjeleskan Qery je. Sekali tengok dia macam tak jeles pun. huhu!


Sayaaaaaaaang sangat kat payung tu tau..kekekeke!!

Masuk dalam kereta. Start enjin. Suasana diam seketika. Aku campakkan payung dalam beg.

Q : Erm, nak cakap sesuatu boleh?
S : Apa dia?
Q : Janji cakap boleh dulu.
S : Cakap je la. Baru boleh janji.
Q : Alaaaa..cakap laaa boleh dulu. Cepat laaaaaa
S : Eii mengade la dia ni...
Q : Janji boleh duluuuu, kalau tak kite tak nak jalan.
S : Iyelaaa..!!
Q : Nanti kite ada sukan kat sekolah, kite nak pinjam payung tu boleh? Hikhik!!

(___________________________________)

Tolonggggggggg!!!!

12 comments:

Zurina Hj.Zainal said...

tolonggggggg!! apakah??...:)

shentalvent said...

aarrggghh!!! i is tak boleh terimaa...tak sanggup ahkak bygkn rupa Qery pkai payung tu...hiks...bajet nak jd guru terkiut miut lettew...haha!! sepet bg pinjam ke?LIMITED EDITION tuu..... jgn bg Qery pinjam tau! *Makhluk lain tak sheshuaiii pakai payung tu KECUALI Cik Sepet Noh...(hasutan syaitonnn)*HAHAHA!

shentalvent said...

aarrggghh!!! i is tak boleh terimaa...tak sanggup ahkak bygkn rupa Qery pkai payung tu...hiks...bajet nak jd guru terkiut miut lettew...haha!! sepet bg pinjam ke?LIMITED EDITION tuu..... jgn bg Qery pinjam tau! *Makhluk lain tak sheshuaiii pakai payung tu KECUALI Cik Sepet Noh...(hasutan syaitonnn)*HAHAHA!

ishiko said...

comelnyaaaaaaaaa..
oh sama la xminat pun pink bagai ni.. yp baru2 ni TERbeli beg hp hello kitty yg fluffy lg comel... *pengsan

wan echa said...

hahaha...anak aku yang pompuan pun tak suke pink...dasar sangat qery

WILD CAT LADY said...

Love to read ur entry sepet.. kalau tak silap dulu sepet free hair kan? anyway, tahniah atas penghijarahan yg lebih baik ye, take care =)

Saya dapat peluk DAVID BECKAM

sharifah rosidah said...

Cik Zu ni pandai je buat aunty ketawa tau.....kalau sayang takut payung tu rosak pergi soh Qery beli lagi satu....habis cerita.

sabby said...

Hi there, kalau boleh tau berapa harga payung n kat kedai mana beli? Adik kecik saya suka sgt benda2 pink n hello kitty...nak beli utk si kecik ni :)

mrs kayrul said...

klu qery pakai payung tue..mesti ramai cikgu pompuan dan student pompuan nak tumpang berteduh sekali...hehhee

Nurhayati Mohd said...

Hehe..lucu bangat kamu berdua ni..cepat2 kawin tauu ;)

Shahada Fauzi said...

bersembur air liur kite yg part last tu..hahahaha..

Hunny Kitty said...

hehehhehee..suke hello kitty