Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jan 21, 2013

Sentap dengan Qery =P

Aku dengan Qery memang selalu sentap menyentap. Mula-mula sorang merajuk, lepas tu dua2 merajuk. Haha! Sebab dua2 tak nak pujuk kan, sudahnya dua2 merajuk.

Haritu aku punya la lapar, tapi sebab merajuk punya pasal. Qery ajak makan, aku cakap taknak. pastu Qery pujuk pun tetap cakap taknak. Jawapannya memang tak makan la malam tu.

*nangis dalam hati*

Pastu esoknya, Qery ajak teman dia main bola. Mula2 malas ikut, tapi sebab tak puas hati merajuk semalam dia tak pujuk sangat kan, mengada gila aku, jadi saja buat perangai. Bawak makanan banyak2 masuk dalam kereta.


Q :Huyooo!! Banyaknya makanan!!
S : Haah, kita bawak je makanan, kamu kan dah tak nak bawak kite makan lagi

Ceaaa ayat aku kan..haha! Bajet Qery simpati la tu. 

Pastu, boleh dia singgah petronas belikan lagi aku ferrero dengan waffle. 

Q : Nah kite tambah takut tak cukup pulak nanti.

Benganggggggnyeeee akuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu!!!

Aku tak tau nak benganggg ke nak gelak. mamat ni psycho okeyh!! Bukan nak pujuk kan. Lain kali cakap la

'ala comei comei nanti kite bawak makan yea*

Takde punnnn.. Siap tambah lagi makanan dalam tu. Huhu!

I is stress tau, dia belikan aku air kacip fatimah. aku komplain

S : Ei kite taknak la air ni
Q : Kamu kan xfresh, minum air ni nanti badan fresh sikit
S : tak nak la. bape kali cakap tak suka air kacip fatimah ni!
Q : *bersabar*

hahaha! Yang tu aku memang betul2 saja cari pasal. Saja dah lama tak cari pasal. Qery bersabar je dengan aku. Memang 2 3 hari ni aku mood ke laut.Qery paham2 je la. Kuikui!

Dah sampai padang, tapi aku duduk dalam kereta je. Dia tak bagi aku ikut masuk dalam, ramai laki kan. Eleh dulu boleh je. Sekarang ni tiba2 tak boleh. Alasan Qery lelaki2 kat dalam sana tak boleh dipercayai. Dia pun tergolong dalam lelaki2 dalam sana jugak ken?? haha!

Takpela. Aku okey je duduk dalam kereta. Lagipun banyak kerja tak siap lagi. 2 jam tau dalam kereta menunggu dia. Takpe sayang punye pasal.


Jadi mari makan apa yang ada.

Balik tu singgah KFC. Aku tak nak makan KFC.  Tapi order la jugak snack plate. Qery kalau aku tak makan, dia pun tak nak makan. Ngengade tau.

Kitorang dapat peha dengan dada. Aku tukar la aku amik peha dua-dua. Qery dapat la dada dua-dua. Pastu dia taknak. Dia cakap dia nak peha satu. Aku dah bengang ni. Tetiba aku rasa bengang gila, padahal pasal ayam je kot kan, hahaha!

Aku cakap aku tak nak dada aku tak nak dada la. Apahal ko tak nak tukar dengan aku kan. Huwaaa!! Sakit hati aku. Aku letak dada tu kat tepi. Aku makan peha je sambil muka masam. Qery macam biasa pinggan licin. Tak de la nak pujuk aku supaya makan ke dada tu, cakap sori ke. 

Aku pun tak tau kenapa aku nak marah sangat kan. Rasa macam takde benda ke nak gaduh pasal ayam je. Adoila.

Balik rumah tu berlaku la drama TV3

S : Ada orang tu dah tak sayang kite
Q : Sapa?

Dia boleh tanyaaaa sapaaa!!!! huhu.. sabar sambil urut-urut dada

S : Dia dah la tak nak bagi kite peha ayam, lepas tu tak nak bagi kite makan nasi
Q : Orang tu yang tak sayang kite, 3 4 hari ni asik buat perangai je
S : Pape aa, bye
 Q : Bye

Tak bertambah kembang hidung kau tahan marah, haha!

10 minit lepas tu Qery mesej aku.

Q : Kite lapa la
S : Jadi apa masalahnya??

hikhikhik!! Padan mukeeee!!

6 comments:

Dewi Cenderawasih said...

Comel la korang :)

Mimie Najib said...

so funny..boleh pula gitu kan..tapi kan sepet, kita pun klau gram ngn en.tunang, dia boleh buat derk je.. tak pernah pujuk..last2 hati ni membara je dalam diam..hehe.. pastu hilang mood..sentap habis la kalau dah mcam tu.. hik3..

sharifah rosidah said...

Biasa lah sedang berkasih sayang jadi suka nak anje anje je.....dalam hati qery nanti kau kalau jadi bini siap kau.....hahahah gelak2 jahat aunty kan.

ceritera-chinta said...

biasa lah tu darah manis memang cepat sentap hahahha

HanNis SaNia said...

hahaha lelaki memang cm tu kan?? palinggggggggggggggg susah nk pjuk org.. adoi kadang rasa nk je terus terang tp takut kejam n dorang kecik hati kn?

Xilla Chinta said...

hihi, c0mel sepet.. nsb bek hubby kte x mcm qery.. klo mcm qery, sentap semggu kauuu...