Kesian. Muka aku ni boleh pakai shawl je. Huhu!
Semalam aku pakai shawl warna pink. Lupa snap gambar. Qery dia ada perangai yang entah apa-apa. Bila dia nak puji, dia akan puji. Sampai aku sendiri rasa nak muntah.
Q: Kamu cantik pakai shawl ni. Hari-hari pakai shawl ni pun takpe. Cantik
Kalau korang nak tau, Qery ni dia suka beberapa shawl yang aku pakai. Dia kata shawl tu kena dengan muka aku la, sesuai dengan warna kulit la. Padahal aku tengok sama je. Sebenarnya Qery memang suka pink. Jadi apa sahaja shawl warna pink yang aku pakai, dia akan suka.
*tariknapasdalamdalamtakdapatterimaokeyqerysukapink*
Disebabkan aku rasa aku pakai apa pun cantik, takde la aku turutkan sangat kemahuan Qery tu. Aku takde la beli semua shawl aku warna pink. Gila mamat tu. Lelaki cannot suka pink okey. Sesuatu sangat.
Korang perasankan aku ada beberapa helai shawl macam ni. Sebab aku beli borong, semua aku pakai. Qery tak suka sangat sebab shawl ni tebal. Nampak macam big head. Tapi aku suka shawl ni. Sebab dia shining. baru la feeling hisdustan. Tetiba.
Lapik meja yang aku pakai ni *serios okey ini lapik meja, haha* pun rasa okey la kalau nak pakai. Aku tak kisah kalau nak pakai shawl jenis licin. Tapi harus pastikan ianya berat. Lapik meja kan berat. Sebab selalunya kalau shawl licin ni mesti ringan. tsk. Maybe sebab aku beli yang sepuluh ringgit kot. Tu sebab la ringan. Ringan asik nak terbang-terbang la pulok. Sekarang Malaysia kan winter. *mata ke atas*
Shawl jarang. Aku memang amat jaraaaang sekali pakai. Ini pun pakai kat rumah je. Sebab aku jenis tak pakai anak tudung. Apakah ertinyaaaaaa pakai tudung tetapi jarang. Huhu! Pakai kat rumah sahaja lah sebab dalam gambar tak berapaaaa nak nampak ken..kekeke!
Siapa tau kat mana ada jual shawl yang cantik, panjang, lebar, murah *kalau boleh*, dan tak mengarut. Aku tak nak la shawl yang ada kerawang bagai tu. Mengarut sangat bunga atas kepala. Ohoi...hahahaha! Corak bunga kat kain shawl tu boleh terima jugak la. Tapi kalau dah setepek bunga hidup di atas kepala ku, terasa diri ini seperti pokok yang segar pulak..huhu!
p/s : Sapa nak kurus KLIK SINI, sapa nak kulit cantik KLIK SINI, sapa nak tengok tracking no KLIK SINI.
8 comments:
http://www.theheadscarfcontroversy.com/
kak,ce tengok situ.Hehe nak promote cousin kita.Hehe murah tu tak tahu nk cakap.
lapik meja pn bleh wat shawl?
kreatif..
comel.
kawai~
hi sepet..
nk bgtau adik sy ada jual shawl cntik,pnjg,lebar n murah (dan xmngarut!)..baru lg bsnz dia..bole check sini http://www.facebook.com/pages/Qhaleef-Collection/300812363286435
thankiu ;)
hello sepet, we got some nice shawl for you. Do check our FB page http://www.facebook.com/fashionableMEbutik under the shawl album. Our shawl is big and comfortable ^_^
Kalau dah sayang tu...pakai apa semua nya cantik cik zu.
Aunty belikan anak aunty kat pasar geylang, singapore...cantik2 dan murah siap dah convert duit pun murah lagi...ya lah anak aunty free hair tapi dah kata nya belajar di UIA kena lah ikut cara berpakaian nya.
kat India kan, banyak shawl cantik! lebar, tebal dan cantik! kalau nak kite bole belikan (belikan as in hadiahkan) hehe sebab kite suke bace blog sepet :)
btw kite belajar kt India :)
oh lupa ckp, kalau nak, boleh emel kite didieyzakaria@yahoo.com :)
http://shawlism.wordpress.com/
I love the shawl. Great cutting and length. You should try. They are oval / rounded ends.
Post a Comment