Kenapa dengan Paraben?

Bunyi harus seperti kebingungan gittew, pakej dengan kerut dahi sekali.


Beberapa yang mesej wassap email dan komen tanya aku pasal paraben paraben ni. Baiklah. Aku ni tak berapa pandai. Kalau dah datang bodoh tu, benda yang aku tau pun jadi tak tau terus. Aku cerita takat mana yang aku tau, sebab masa belajar dulu pun so so je. tak pandai sangat. Marilah aku cerita pengalaman aku dengan seorang paraben. Fionee tak lawak.

Paraben ni sejenis serbuk *ko boleh bayangkan serbuk kopi* , dijadikan sebagai bahan pengawet sintetik. Masa preparation nak buat syrup, memang ada letak paraben sekali. Ubat pun ada paraben. Adakah bahaya paraben itu?

Paraben ni ko anggap je la nama keluarga, adik beradik dia ada la nama methylparaben, propylparaben butylparaben, benzylparaben, ethylparaben, isobutylparaben, punyela banyak paraben. Kalau ko bijak dalam ikatan kimia ni, memang ko dah boleh bayangkan rupa dia yang berantai dengan nama propil ester p-hydroxi benzoate (paraben) huwaaaa sudah lamaaa tidak ku tulis. Molekul-molekul bergabung meletup. Ok tak payah fikir lagi.

Korang tau tak paraben ni banyak diguna pakai dalam kosmetik, makanan, farmaseutikal (ubat pun oulls), oh deadorant sekali. Sila cek ada tak paraben kat masing-masing punya deadorant balik nanti. Takut lettew, wakakaka! Tanpa paraben, tak ada yang akan bertahan lama.

Sebab? Sebab paraben ni kuat. Dia stabil kat udara, kat kawasan panas, mahupun sejuk, mahupun sterilization u knoeeee...muehehehe.. Tiba-tiba terasa bijak bila sebut zation zation. Rasa nak lempang diri sendiri.

Lagi satu, paraben ni adalah sejenis antifungus antibakteria. Menentang bakteria, kulat da bendasing dari merebak dengan sesukahati. Ko bayangkan kosmetik takde paraben? Tengok 7 hari kejap panas kejap sejuk dia jadi apa? Lepas tu ko apply kat muke ko.

Apa yang bahayanyaaaa?? Semua benda dalam dunia ni akan bahaya kalau kita overdose. Tak gitu??? Air kosong kalau kau minum sebaldi pun boleh meninggal time tu jugak. Jadi adakah di sini maknanya air itu bahaya?? Sila fikir.

Dulu aku prepare ubat yang kena letak paraben. kuantiti paraben tu memanglaaaaa sikitnya tak payah cite. mcm nak tak nak letak je. Contoh kan. Ini contoh sahaja, sebab aku dah tak ingat formula nak dilute paraben ittew.

5g serbuk paraben, dilute dengan 20ml syrup simplex (rasa seperti gula yang manis pekat dan likat) , dan topup air suling sehingga 200ml. Kononnya la...

Baru jadi syrup paraben. Contoh aku nak buat air milo 200ml tahan 6 bulan (amboi, haha) bancuh air milo macam biasa, tuang 10ml syrup paraben tadi. Dan jadilah milo yang tahan 6 bulan.

See? Betapa sikitnya penggunaan paraben tu tadi.

Walaupun paraben sering dikaitkan kanser payudara. Seperti biasalah. Kalau kandungan dia banyak. Tak ada apa yang tak bahaya dalam dunia ni. Ekceli banyak carcinogen lain yang menyebabkan kanser. Lebih nitrate pun boleh menyebabkan kanser. Ikan bakar, segala benda yang ada bakar2 tu, habuk kesan bakar tu adalah carcinogen.

Paraben dalam Felinna Inchloss? Jangan risau. Ianya selamat. Iolls ada bagitau kan produk ni dapat lulusan KKM. Orang keje kat KKM tu semua bijak bistari. Kita yang tak berapa nak bijak ni refer sahaja KKM. Ulang sekali lagi, sedangkan ubat ada paraben. Eceh...

Lagipun Fellina Inchloss ni korang bukan guna seumur hidup. Guna bila gemuk sahaja. Bila dah kurus stop. Jadi jangan takut-takut. Sila gunakan Fellina Inchloss dengan hati yang tenang. Hehehe!

Itu sahaja maklumat dari saya sepet.

p/s : Kalau ada yang bijak tentang kimia nak komen silakan. Aku cerita simple sebab tak nak beratkan kepala mereka semua.

Jap. Tapi kalau korang suka beratkan kepala. Sila google cari apa itu paraben di wikipedia. Ekekeke!

Gunakan Felinna Inchloss tanpa was-was!! =P

Comments

Shahada Fauzi said…
good explanation in simple way..hehehe..

betul kata sepet..kalau sesuatu benda tu digunakan secara oberdos mmg boleh mendatangkan bahaya..
anna hashim said…
fuhhhh....aku baca kamu punya entry, tetiba rasa otak aku bijak gak nak adapt pe yg kamu tulis..tetiba rasa sepet ni bijak bistari..aku digest satu persatu dalam otak aku..aku xde hal sgt sebab b4 this aku bekerja dgn 1 company yg membuat bahan mentah utk buat kek..so, raw material mengarut mmg bahaya klu guna berlebihan..oh, jgn terkejut klu bahan makanan ringan korang tu sama ngan bahan membuat plastik..hahahahahaaaa
Cayalah sepet...
gaya seorang Doktor member penerangan dah ada dah tu...

thumbs up!...

* segan dgn budak2 medic ni...boleh ingat term2 medical pergh...hihi

ibh_sue said…
Ok paham..sesuei la penerangan tu utk akk yg kureng ilmu ni..hihihihih
edrina said…
terbaiklah penerangan sepet neh.. senang nak paham!
Ooooo baru lah aunty tau apa itu paraben.....macam hidrokinon lah...kalau letak banyak2 dalam pencuci muka dan mekap boleh jadi nipis kulit kita..yang bagi tau aunty tokeh mekap citra ayu, Kak Nonon.
fiqkbe said…
owh itu ke fungsi paraben tu. ingatkan apa mende. tq for the info ;)
Fuh! Mcm prof la sepet... .:)
Unknown said…
tq for the info :)
Anonymous said…
betoi...tapi yg xseronok ye nape iklan tulis lain

seperti :
tiada bahan kimia
100% herba semulajadi

pada hakikat nya paraben adalah sejenis bahan kimia..dan apa salah
cerita benda yang betul..suma ada lah tuk kebaikan semua.Sebab saya ada asma yang teruk mmg alah dengan paraben...

Lady D'yot said…
ooooohhhh...baru paham! thanks sepet dan anna hashim! pasni leh guna fellina tanpa was was..hehee..
Unknown said…
http://majalahkesehatan.com/waspadai-paraben-dalam-produk-kosmetik/..
Unknown said…
http://majalahkesehatan.com/waspadai-paraben-dalam-produk-kosmetik/
Sepet said…
misteri sangat : there is a lot of cacinogens dalam pemakanan seharian kite. Yang kite sedar atau yang kite tak sedar. Yang mana rokok, puntung rokok, asap rokok, abu atau arang dalam ikan bakar, kerang bakar, kalau nak difikirkan terlalu banyak punca cancer dalam dunia ni. Adakah nak pakai losyen tu seumur hidup?? Kosmetik saya percaya kite akan pakai seumur hidup, kalau tak seumur hidup pun, kite akan kerap pakai. Tapi apakah losyen seperti ini kite akan pakai dalam jangka masa setahun?? =) Dan senang cerite, kalau rasa was-was, jangan pakai. Tapi sehingga kini,belum ada mana2 scientist pun dapat membuktikan yang paraben tu betul2 punca cancer payudara. Sebab tu paraben masih diguna pakai. Cuma dorang mengatakan ianya ada sikit-sikit sama fuction dengan hormon estrogen. =) But TQ for the info.
Qastalani® said…
Our body bole terima up to 25% paraben. Dan ada regulation cakap dalam each product dibenarkan ada parabens up to 0.19% sahaja. Yang mana akak prefer ada label % parabens dlm botol Felinna.So that lebih telus.

BTW, ada research study menunjukkan paraben exist dalam air kencing adults dan children below 6thn, yg mana akak fikir melalui situ dia keluar semula dr body.
panda montel said…
hmm nice info. actually i am an anti user for product with paraben... skng ni pharmacist suggest pakai product khas untuk jerawat dan seem works on me tp berparaben!!! huhuhu
Thank you for the info. Senang nak faham
Unknown said…
simple, but quiet clear explaination.

---------------------------------
KEkal sihat dan bertenaga Di Bulan Ramadhan ini dengan Minuman Berkhasiat, Mineral Coffee.
Membantu:-

Kopi yang TERBUKTI membantu menyelesaikan masalah kesihatan.Antaranya termasuklah :-

✔ Sesuai untuk pesakit Gastrik- garam buluh bersifat alkali, meneutralkan asid di dalam perut
✔ Migrain
✔ Menurunkan tekanan darah (Recommended untuk pesakit darah tinggi)
✔ Menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai utk pesakit kencing manis)
✔ Menambah tenaga
✔ Masalah sendi
✔ Mengurang / melegakan simptom asma.
✔ Menyahtoksid ( Terdapat Garam Buluh bersifat alkali)

Dan banyak lagi

Info lanjut sila klik MESSAGE kami segera! --> https://www.facebook.com/messages/kaylyacollectionsz

Atau Hubungi:
017-632 5633
016-414 7644 (WhatsApp)
Unknown said…
Simpel dan mudah difahami. Terima Kaish.

----------------------------
Kekal Sihat dan Bertenaga Sepanjang RAMADHAN ini dengan Mineral Coffee aka Kopi Garam Buluh.

Kopi yang TERBUKTI membantu menyelesaikan masalah kesihatan.Antaranya termasuklah :-

✔ Sesuai untuk pesakit Gastrik- garam buluh bersifat alkali, meneutralkan asid di dalam perut
✔ Migrain
✔ Menurunkan tekanan darah (Recommended untuk pesakit darah tinggi)
✔ Menurunkan kadar gula dalam darah (sesuai utk pesakit kencing manis)
✔ Menambah tenaga
✔ Masalah sendi
✔ Mengurang / melegakan simptom asma.
✔ Menyahtoksid ( Terdapat Garam Buluh bersifat alkali)

Dan banyak lagi

Info lanjut sila klik MESSAGE kami segera! --> https://www.facebook.com/messages/kaylyacollectionsz

Atau Hubungi:
017-632 5633
016-414 7644 (WhatsApp)
Salam, kalau pregnant pakai kosmetik ada paraben ni xpe
Salam, kalau pregnant pakai skincare ada pareben ni xpe ke? Bahaya x?
AllAboutLife said…
tq utk explanation yang bersahaja dan menyebakna daku tergelak membacanya...ok..dpt faham fungsi paraben dah..tq.

sila ke blog saya...do follow me too!!!

www.zairulakmaldaylife.blogspot.com
fatimah said…
perkongsian yang sangat menarik. Simple tapi sempoi. mudah faham.. hehe..

Sekarang saya dah pilih produk Free Parabens untuk vitamin pilihan seisi keluarga, iaitu produk Shaklee. hehe
Aliaa said…
Pharmacist pon suggest cleanser yg ade paraben time muke penuh jerawat dlu.which is 'cetaphil'
Unknown said…
Maaf nak tanya, kalau dlm kosmetik tu ada methylparaben & propylparaben tapi produk tu sesuai ngn kulit muka then kita teruskan pakai dlm jngka masa yg lama, bole membawa kanser ke??