Nov 7, 2012

Entry Rojak Buah

Sebenarnya memang takde cerita langsung nak cerita dengan korang ni. Tapi kang korang boring pulak *wahh diva sangat kan orang nak baca cerita ko je,muahahaha! baiklah...tolong la lempang aku untuk bagi kesedaran sivik*

lempang cepat, dah tadahhh je pipi iolls ni. lempang tau bukan cucuk lubang hidung ittew

Aku kan jarang gila keluar bilik sejak wireless kena panah petir. Dah berapa lamaaa kena panah petir. aku tak tau la abang aku tu sengajaaa tak nak betulkan atau memang dah tak boleh betul lagi dah wireless tu kan. Aku jenis malas nak tanya banyak. Ada wireless aku guna, takde aku guna boradband sajok. 

Rumah aku ni, kalau wireless ada. Line dia okey kat ruang tamu je. Kalau kat bilik memang nyawa-nyawa ikan. Sebab tu aku selalu keluar gi ruang tamu online. Masa tu dapat la mak aku berbual-bual dengan aku, takpun dapat la tengok muka aku yang comel *contoh seperti di atas* 

Sekarang bila takde wireless, aku memang duduk bilik buat kerja aku. keluar bilik bila nak makan *kalau makan la*, mandi. Itu je. kalau 24 jam aku kat rumah, purata *ecehh purata engkooo* aku keluar bilik adalah paling lama 2 jam. Itu pun kalau ada cerekarama. hihiiii.. Yang lain duduk bilik buat kerja.

Satu hari, mak aku ketuk pintu.

Mak  : Naaaa....
Aku : Nape mak
Mak : Bukak la pintu ni

Iolls duduk bilik kunci pintu tak kira apa pun berlaku. wahahaha! Over. aku pun bangun gi bukak pintu. Sekali nampak mak bagi nasi goreng ni.
 
Nasi goreng kasih sayang seorang ibu terhadap anak bongsu yang pemalas gila nak ke dapur

Tanjattt tau dapat nasi goreng.

Aku : eh mak ni..kite boleh gi dapur la.. *ayat sopan padahal*
 Mak : Takpe..makan la. Banyak kerja ke? Nak air tak? Mak ambikkan..

Whoaaa...mak ambikkan air adalah sesuatu yang tak tercapai dek akal okey. Dah cukup bagus mak hantar nasi masuk bilik. Boleh pulak nak amikkan air untuk ko. Keji gila diri ini. Hihi!

Aku : Eh tak payah mak dalam bilik kita ada air.
Mak : Betul ni.
Aku : Iyeeee..tu kan botol air kita.
Mak : Ok babai...
Aku : Time kasih.. *senyuman yang paling comel*
Mak : Sama-sama.

Ok kunci pintu balik. muahahaha!

Aku tau aku anak yang sedikit keji. Tapi aku bukan sengaja nak duduk dalam bilik. Aku nak buat kerja. Nasiblahhhhh emak paham. Tapi paham tak payah la sampai hantar nasi ke apa kan. bersalahh je rasa. Huhu!

Aku kan tak kerja. jadi inilah kerja nak cari duit poket. Tak banyak pun. Tapi cukup la nak bagi duit kat mak tiap2 bulan, nak bayar ptptn, nak bayar duit maxis, nak bayar duit kasut Qery *pitam*, nak beli supplement untuk diri sendiri, nak beli barang2 keperluan. Adalah malu besar apabila dah besar bila mintak duit kat emak tauuu..kekeke!

Disebabkan mak aku hantar nasi kat bilik aku tu, aku terfikir-fikir kenapa laaaa mak buat macam tu. Dan aku rasa...aku rasaaaa laaa.. sebab takkan nak tanya mak pulak kan. Beberapa minggu ni mak masak sedap. Tom yam, sambal sotong, sambal udang. Tapi aku mesti tak dapat makan semua tu. Bila aku nak makan kan, semua habis. Aku sebenarnya tak kisah pun lauk habis. Perut aku ni sumbat apa pun masuk. 

Jadi aku selalu la makan telur *telur kawin ayie haritu, haha, elok lagi dalam peti ais* aku kopikkan. makan dengan kicap, sedap okey. aku suka je tak kisah. Akan tetapi setiap kali aku tengah makan tu la mak aku nampak. Ko bayangkan, everyday aku makan telur. Haha! Agaknya mak aku kesian ke apa. Sebab dia pernah cakap dengan aku.

'Kesian ko Na, lauk dah habis'

5 6 kali toleh kat aku tengok aku makan. 

Eh sebenarnya lauk dah habis adalah bukan satu masalah bagi aku, haha! Boleh je aku call Qery cakap 'baby amik i sekarang, i nak makan kat Bora Ombak' Selera tetiba tinggi.

Tapi sebab aku malas. Boleh je nak masak nasi goreng ke apa kan. Tapi aku malas. Jadi makan je apa ada. Tapi emak kan. Mungkin la dia rasa sedih ke apa. entah la aku pun tak tau.

Aku pulak jenis timing makan tak sama dengan orang lain. Yelah tidur pun lepas subuh. Adakah sama seperti orang lain? Haha! Bila mak panggil makan aku tak rasa lapa. Bila nak makan, lauk dah habis. Sendiri punya salah laaa kan...Selalu aku memang makan luar. Tapi sebab Qery is bizi, banyak program minggu-minggu last sekolah ni. Jadi takde la makan kat luar sangat.

Ok dah habis cite pasal kasih sayang seorang ibu. Huhu!

Semalam, patah pinggang aku balut Fellina Inchloss ni. Tak sangka ramai nyaaa orang nak beli. Aku sampai krem-krem jari reply wassap. 7 jam je, dah 50 botol habis. Itu pun tak cukup. Aku kena restock lagi. Sapa-sapa yang bank in lepas jam 5 petang tu, aku pos hari Khamis eh. Sebab harini malam baru dapat stok.

Aku tak kisah buat kerja, sebab aku suka. Hehe! Tapi yang aku tak puas hati tu. Semalam gi pos BE untuk customer. Aku cite la kat Qery ramai beli Fellina Inchloss ni. Yela happy la kan..

S : Harini kita punya jari kasar dia macam jari kaki asik reply msg dengan wassap *perumpamaan yang entah pape*
Q : Yeke? Berapa dah?
S : Ramai la tak kira, nak kira pun takde masa. Pening kepala.
Q : Kita dapat 10% tak?

Amboi....dah laaa tak de kene mengena dengan hal ini. Tetiba nak 10% kan. Apakah? Mentang2 suruh dia pos. 

Q : Alaaaaa...kite kan nak isi minyak oh sebab nak gi pejabat pos takde minyak dah kereta.
S : Minyak bukan mahal pun. Kita bagi duit minyak je la, tak payah la bagi 10%.
Q : Tapi kan, kasut bola kita kene curi. sedih...

hahaha! Itu je la modal dia. Aku perhatiiii je perangai dia tu. Ada jeee auta dia.

 

TQ kepada semua pembeli Fellina Inchloss. Aku akan pos harini. Sapa nak tracking nombor boleh sms eh, sebab aku pemalas gila nak taip satu-satu korang punya tracking no ni. Sapa nak bgtau terus. Aku pos tengah hari gitu tau. Ko jangan la mintak tracking no pukul 9 pagi pulak. Sungguh tidak adil bagi diriku ini. huhu!

Eh satu lagi, tak sangkaaa ada doktor beli. Heheheeeeeeeee.. See? Doktor pun beli tau. Hai Doktor *lambai tangan* Korang kalau nak try test boleh beli satu dulu. Kalau rasa berkesan yang sangat berbaloi-baloi. Boleh la beli banyak kali. Hihiiii..

Sapa yang nak tau pasal apabenda alah Fellina Inchloss ni, boleh KLIK SINI.

Sapa nak kulit cantik bagaikan Adira, boleh KLIK SINI

Kalau nak dua-dua, boleh wassap/mesej aku eh 012-2678134, panggil aku Sepet. kalau rasa macam tak sopan nak panggil Sepet, boleh panggil Hana. Aku tak kisah mana-mana. Cuma jangan panggil Nasha Aziz. Kecik Nasha Aziz disamakan dengan aku. haha!

9 comments:

Zurina Hj.Zainal said...

saya panggil awak nasha aziz la...hahahaha!!

Shima Mazlan said...

hahahaah .. comel la pix ko yang 1st tuh .. comel sgt .. mak mne xsyg anak kn ... kita ni untung sbb mak kita hidup lg .. bole anje2 ngn mak .. hahahaha

anna hashim said...

sepet, aku pun mcm kamu jugak..bila aku balik kampung aku mmg akan terperap dalam bilik jerk..makan minum semua dlm bilik, sampai lah satu hari pas mak aku masak, dia terus hidang kt ruang tamu ajak makan, siap cakap " jom lah makan,bukannya selalu dapat makan sama2 ngan mak" buat ayat touching..aku plak yg sentap..ahahahahaa makan sambil keluar air mata...ahahahahaaaa

anna hashim said...
This comment has been removed by the author.
cydayf said...

wah, hai sepet!

hajar hazizi said...

knp tak pos guna sampul plastik yg mmg pos laju punya tu? lagi senang kot tak payah bungkus2..sbb ms sy mng inchloss dari gyhah ritu dia pos guna tu je..sm gak harga pos rm6..hihii..kita gtau sekadar ingin membantu..sian sepet kena sampul byk2..

sharifah rosidah said...

Nak menangis aunty bila awak cerita pasal mak awak tu...teringat masa aunty muda2 dulu....kalau kakak2 aunty balik Jb kami memerap duduk dalam bilik reramai pastu berborak sambil main daun terup tapi bukan berjudi lah...duduk dalam bilik tak keluar...,mak ketuk pintu hantar air lah...kueh lah...mee goring lah dan macam2 lagi lah.

Sekarang bila dah jadi ibu....kita pun buat macam tu kat anak2 kita...bila masing2 balik duduk terperap kat bilik sambil belajar mula lah kita sebagai ibu ni kesian....pastu macam2 makanan lah kita hantar kat bilik dia... Mungkin semua ibu begitu...risau kan anak2 walaupun mereka bukan kecik lagi.

reyna said...

Wahh...akak.pun jual feliina nye. produk dah

Anne mahli said...

banyaknyaa order fellina..10% boleh?hahaha..kidding! ;)