Assignment , Ketul-ketul dan Qery

Sepatutnya.....aku dah tak payah dengar perkataan 'assigment' ni. Sebab aku bukannya student, apatah lagi lecturer. Huhu! Tapi...kenapa beberapa minggu ni, aku asik kena dengar perkataan ni?? Kenapa??!!?? Kenapa??!!??

Semalam, lepas pos barang. Dalam pukul 6 petang gitu, aku ingat balik rumah terus. Sekali Qery singgah Paparich. Agaknya dia nak suruh aku makan dulu kot. Sebab aku memang tak makan lagi. Duduk la macam biasa lepas order semua, aku tongkat dagu sambil tunggu makanan sampai. Sekali Qery....

Q : Bukak la..
S : Bukak apa?
Q : Laptop
S : Buat apa?
Q : Tolong buatkan assignment English kite...pleaseeeee *duck face*

Ko bayangkan duck face Qery, memang ngeri sikit. Hahaha! Eii apa ni?? Apa assignment-assignment ni??

S : Eii buat la sendiriiiiiii....
Q : Pleaseeee....kamu kan terer BI

Hamboi nganjing aku kemain lagi.

5 tugasan okey!! 5!! Boleh tak??? Tak bolehhhh aaaaaa!! Kenapa aku yang menjadi mangsa ni. Jumaat ni deadline, baru sekarang hegeh-hegeh nak buat. Stress mak hincik!!

Dalam stress tu, siap jugak 4. Hahaha! Satu lagi bukan tak nak buat, akan tetapi dah kena locked. Tak boleh masuk dah. Fadan muka. Tu la sapa suruh lambat. Ekekekeke!! Takde la aku buat sorang. Qery memelayukan dia, aku meng-ohmyenglishkan dia. Buat sama-sama. Nak aku buat semua, cantik sikit?? Upah aaaa suar jeans jeep. Kekekeke!

Haritu kan aku tolong dia buat assignment sampai 7 jam kan. Jangan risau. Aku dah paw dia suar jeans. Tapi boleh tak dia beli yang dah diskaun 70%. Kedekuit..hahaha! Sebab kan, masa dia bagi aku suar jeans tu, dia dah koyakkan harga yang lepas diskaun tu. Aku nampak la kesan koyak tak habis. Ugut-ugut Qery suruh mengaku beli suar ada less. Sejam pastu baru mengaku. Ohoiiiii..Ketidakadilan...Esok nak paw lagi.Biarkan diaaa...

Pastu kan, masa tengah buat-buat kerja. Ada la sorang mamat ni, omputih ke apa. Mix kot. Sebab gepren dia cam melayu mix jugak.  Lalu sebelah meja. Badan ketul-ketul. Lately ni asik terserempak *sangat la terserempak, haha* dengan lelaki badan ketul-ketul je. Rezeki betul. hahaha! Aku pun macam terpegun lalu terus imagine dapat tidur kat lengang dia yang taff habis tu. Auw!! Tapi aku kan selalu bernasib malang. Kalau ada lelaki hot, mesti Qery kat sebelah. Memang spoil.

Qery perasan la aku tengok, mungkin sebab mata aku berkaca-kaca terharu sangat dapat tengok lelaki ohsem. Hover. Hihi! Qery macam nak marah. Tapi takuit iolls tak nak tolong dia buat assignment. Jadi dia pun tegur secara berhemah...

Q : Amboi..pandang tak lepas.
S : hehehe *sengih sebab tatut kena mawah*
Q : Suka?
S : hehe..eh takde lah.biasa je... *lap peluh*
Q : Badan ketul-ketul
S : *matiklaaaahh* eh tak la...hihi

Sekali Qery keraskan lengan dia. Bagi nak nampak taff macam lelaki hot tadi. OhEmGi!!! Pitammm iolss..hahahaha! Ini ketul pergi gym ke ketul lelemak ni?? Gegirl is serammm...

Q : Sama tak ketul-ketul?
S : Sama... *nangis dalam hati*
Q : Lain kali jangan pandang laki lain k, kita pun ada ketul-ketul ni, kalau nak tengok bagitau je

Bahiklahhhhh.....

Ketul-ketul tu ada bila dia keraskan tangan je. Pun......bolehhh la...huhu!

***************************************************

P/s : Still promosi Felinna Inchloss 2 botol RM120 + RM6 Postage. Beli satu RM75. Felinna Vit C + Pure Collagen Terhad. Next stok maybe Jumaat *tak janji*, Sapa nak cepat-cepat sms/wassap aku yeah. 012-2678134. Kalau nak order dan bayar harini je wassap tau, kalau rasa nak bayar esok atau minggu depan, wassap esok atau minggu depan je yeah. ok tak klaka.

Comments

Unknown said…
tolong menolong..tapi pau adalah harus k..heheh
Shahada Fauzi said…
hahahahaha..lucu la kamu ni! penat gelak..hadoiiiiiiii..
mrs.ecam said…
kah3 klako...ko pong nk tngk lelaki hot kaber2 la...kengkonon nk libas tdung ke ape...ha time tu la ko jeling lelaki hot ituw...hikss...
Unknown said…
hahahaha....gelak ttunggin dah ni
Meg-ct said…
"Kalau nak tengok bagitau je."

Huhuhuhuhu lawak lerr...
Pau qery barang mahal2 sikit...gelang emas ke..pastu dia dah tak suruh tolong lagi....mesti terus serik,hihihi.
Just.wanie said…
oh this is soooooooo lawak!! aherherher
eda said…
haaaaaa .. semputtttt ~~~ hehee