8 gambar syok sendiri terhasil angkara eye liner liquid (Pffffftttt)

Semalam aku ajak Qery keluar kejap. Nak pergi rumah Ceera. Kerana ada misi tersembunyi, hanya Qery, Ceera, aku, Keisha dan Yunnan saja yang tau. Walaupun Yunnan baby sebulan yang tidak mengerti apa-apa. Hihi!

Janji pukul 5.30 petang sebab Qery nak pergi pos barang2 dulu. Oh selingan di sini. Barang2 semua dah pos tau. Di harap menunggu abang posmen dengan penuh kesabaran di dada. 

Dah lamaaaa rasanya tak mekap *berkata aku di dalam hati* Lalu dengan rasa tak bersalah. Pakai la bedak, pemerah pipi, eye brow, dan dan dan dannnnnnnn ternampak pulak eye liner liquid yang aku beli berapa punya lamaaaa. Tak silap bulan 6 kot. Sengaja beli sebab murah. Tapi tak pakai. Sebab tak berani.

Belek 2 3 minit, okey la kita try dulu kot-kot tak sesuai kita padam la balik. Aku pun cuba. Tengok macam..

Okey kot. Belasah je la. Bukan dating pun. Nak gi jumpa Ceera je ken. Qery sampai. Aku masuk kereta. Qery tengok aku macam takde perasaan. Takpe la dia malu kot nak puji 'aku cantik harini' *pitam* haha!

Q : Kite pergi Pandan Indah dulu eh, nak beli cermin mata untuk budak tarian.
S : Okey cepat sikit Jem ni pukul berapa nak sampai rumah atam

Cermin mata tu dia beli sebab dia ada ajar anak murid dia untuk persembahan kat sekolah. Lagu Oppa Gangnan Style. Apakah?? Aku tak dapat bayangkan dia menari lagu tu, Tapi dia seakan gemuk seperti Psy. Mungkin okey kot. hihihiiii

Sementara tunggu dia beli cermin mata tu. aku pun snap la gambar syok sendiri.

 Kiri camera 360, Kanan tak edit. Tapi sebab pengcahayaan lebih. Nampak cantik. Kalau tak aku buruk je. 

Nipis gila pakai eye liner, nampak sangat tak konfiden. huhu!

 Taik lalat pujaan Qery. Auw! Hahaha!

 Terang gilos pulak camera 360 ni di kala orang ramai tengah balik dari kerja.

Lepas tu Qery masuk. Tapi tengok kat tangan dia macam takde pun cermin mata. 

Q : Takde la. Kite gi Pandan Jaya boleh? Kat sana ada jual
S : Hish dia ni laaaa... cepatttttttt. Kamu tau tak sekarang ni jem orang balik kerja bla bla bla bla bla jem bla bla bla pukul berapa nak sampai bla bla bla kesian Atam tunggu lama bla bla bla nak clash..hahaha!

Qery mendengar dalam kepasrahan..

Bila dah sampai Pandan Jaya, tunggu Qery beli, aku sambung lagi tabiat tadi. Snap gambar syok sendiri.

 Whoaaaa...mata ittew

 Sebenarnya kalau tak payah senyum pun tak pe je kan..

Tetiba teringat nak buat muka duck face. Aku sebenarnya tak reti tau. Yela umur dah nak masuk 25, jadi kena la buat duck face selagi umur tak masuk 30. Kang dah masuk 30 orang tengok pun lalu berkata di dalam hati 'astagfirullahalazim mak budak ni' ceaaaa macam kompom je ko dah kawin time tu. Ekekeke

 Dipersilakan, duck face sore eyes got 5 days mc ohmagaaaaad versi sepet memakai eye liner liquid baru

 Nak tak nak je kan mata tu. Aku punye kelopak mata sikit je. So tak boleh la nak mekap over-over sangat. Kang hilang kelopak mata aku. Sapa aku nak salahkan selain Qery? Hihuhihu!

Tengah snap gambar ni nampak bayangan Qery tengah jalan menuju ke kereta sambil pegang beg plastik.

S : Yeay! Kedai tu ada eh jual cermin mata ni. *sambil kelip-kelip mata kat Qery dengan bersungguh-sungguh*
Q : Kamu kenapa ni?
S : *Kelip mata tanpa henti*
Q : Oi..
S : Tak perasan ke? Kita pakai eye liner la. Ish!! *kembongkan pipi sambil hentakkan badan sikit pandang tingkap sebab merajuk*
Q : Olololo, perasannn la..saja tak nak cakap, nanti kita cakap kamu tu suka perasan cun..hehe
S : *sedut hingus konon2 nangis*

Sampaaaaaaaiii hatiiiiiiiiii...

Dramaaa sangat. Huhu! Qery tuuuu.. aku buat-buat nangis pun dia tak layan okey, terus start enjin kereta dan buat macam tak terjadi apa-apa. nampaknya taktik buat-buat nangis dah tak boleh digunakan lagi. hihi!

Bersambungggggg.........

Comments

Rina Ellisa said…
Hihihihi.. comillllssss :)
bella hamzah said…
hahah comel je drama sepet dgn qery eh ada sambungan pulak xsabar nih..

btw check it out this peplum yang sangat murah di pasaran!

https://www.facebook.com/nayliboutique91?fref=ts
Miss Izzati said…
amboi.sepet posing sakan..hehehe..
Anonymous said…
wow... flawless skin..bersinar2 giteww..... hihi,,
Alahai sikit sangat...letak lah lebih sikit....macam ni serupa macam tak pakai lah....tapi tak kesah lah pada aunty pakai ke tak Cik Zu tetap comel....saje je cakap sebab qery tak nak cakap kan.
Sepet said…
Rina Ellisa : Comel lagi kucing jiran ku ini. Hehe!

bella hamzah : wah, peplum memang tengah IN kan sekarang. hehe!

Miss Izzati : harus posing, kalau tak posing amatlah sesuatu. hihi!

Sue Echan : Camera360, cepat download. hehe!

sharifah rosidah : Kelopak kecik sangat la aunty, nanti letak banyak dah tak nampak kelopak. Sedih..huhu!