Whitesoot pilihan Sepet =)

Aku ada beberapa list shopping online baju yang aku suka, contohnya kalau nak beli baju jalan-jalan nak beli kat mana, nak beli baju casual kat mana, nak beli baju untuk kerja kat mana. Sebab selalunya beli kat shopping mall adalah malas. Malas nak belek, malas nak try, malas nak beratur panjang nak bayar. Korang tau kan aku suka sangat dengan baju-baju dari Whitesoot.

Semalam aku tengok baju-baju dari Whitesoot =) Perasaan menyampah sebab baju Whitesoot ni memang kena je dengan selera aku. Semua baju cantik! Erghhh! Tertekan.. Mula-mula sekali tengok top dia..


Nak buat baju raya ke 3 pun boleh je kan. Hehe! Aku selalunya, baju raya hari pertama dengan kedua je baju kurung. Lepas tu semua baju omputih. Kelas kau jah...hehe! Korang jangan beli ni eh, kalau aku tengok SOLD kejap lagi, sentap tak nak update sebulan. Kuikui! *macam la korang kisah sangatkan..lalala~~*

Biru dia cantik sangat. Geram aku..ada jugak warna putih, tapi sebab jarang jadi usha biru lebih sikit.. Tapi macam baju biru dah ada banyak jugak. Jadi kite tengok gambar bawah ni pulak.
Yang ni pun cantikkan? Semua aku tengok stok yang lengan panjang, senang tak payah pakai inner, lagipun takde la berbelang tangan aku ni. Almaklumlah, nak kekal putih seperti britney *mata ke atas*


Lembut je warna dia pokodot pokodot..tapi sekarang ni Qery suruh aku cari baju warna pink menyala-nyala tu. Sebab dia ada baju warna pink macam kat bawah ni.


Nak pakai sama-sama la tu kan. Heeee, poyo nak sama-sama. Geli aku tapi aku suka je. Hiks! Lepas tu tengok pulak dress dia. Aku suka pakai dress sebab boleh cover peha besar. Hehe!

Banyak lagi baju untuk TOP korang klik kat SINI


Pakai dengan cardigan pun cantik. yang ni pun ada dua warna, warna pink cair dia pun menawan. Hadeh...Kenapa semua cantik-cantik?


Adui, baju ni memang aku suka gila, dah la baru beli kasut lebih kurang warna ni jugak. Sakit hati la banyak betul baju cantik-cantik. Korang sekali lagi jangan beli yang ni. Awas eh... *jeling sikit*


Maxi dress dia pun aku suka. Rasa nak satu. Sebab aku jarang ada maxi dress. Tak pernah ada la sebenarnya, bukan jarang, kahkahkah!

Untuk maxi dress boleh KLIK SINI

Okey, kalau sapa-sapa yang sukakan baju casual dan bergaya. boleh ke Whitesoot, kualiti baju dia memang takkan menghampakan korang. Aku ada koleksi baju dari Whitesoot ni 5 pasang dah. Semuanya Tip Top!

Gi beli baju kat Whitesoot untuk pakai raya ke 3 dan seterusnya seperti aku. Hikhik!

Comments

saya dh grab 2 helai dr whitesoot....heeheh...thanks sepet!
Wah wah banyak nya borong baju raya.
Sepet said…
Zurina Hj.Zainal : Beli baju yang saya suka siap la...grrr...hahaha!

Sharifah : aunty, tak borong la. tengok tengok sambil telan air liur je. hikhik!