Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 31, 2012

Berhati-hati memilih makanan tambahan untuk melangsingkan badan

Tajuk macam dah cerita macam-macam kan. Sumber dari Sini --> Noorizamshah

*********************************************************************

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama wanita yang gemar mengambil sejenis produk melangsingkan badan berasaskan buah acai beri, diminta menghentikan amalan itu kerana ia disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.
Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan kesihatan.
Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun `Sibutramine Hydrochloride’ dalam produk kesihatan menggunakan buah yang kaya dengan bahan antioksida itu.
“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas arahan dan pengawasan doktor, namun pengambilan tanpa dos yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan kematian.
“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat melangsingkan badan selepas menggunakannya tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas akibat kesan sampingan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong dekat sini hari ini.
Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11 pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM) termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim.
Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan syarikat berkenaan menggunakan logo halal keluaran swasta yang kini sudah tidak dibenarkan.
Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat pengedar dan rawatan produk berkenaan di seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak hari ini.
“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa apabila mengambil produk tersebut dan hasil analisis yang dijalankan terhadap produk itu kemudian mendapati ia mengandungi `Sibutramine Hydrochloride’.
“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala serta mempercepatkan denyutan jantung,” ujarnya.
Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah pengguna mengalami keseronokan melampau, perubahan selera makan, kegagalan buah pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah tidur.
Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat mengambil produk kesihatan mengandungi bahan kimia beracun ini untuk melangsingkan badan.

*******************************************************************************

Biasanya macam tu la. Dah ada orang maut baru barangan akan di selidik semula. Hehe!

Sapa-sapa yang dah pernah amik acai beri ni tolong tengok brand dia okey, sebab bukan semua brand yang mengandungi acai beri tu kena rampas. Tolong la korang, kalau nak cantik cek dulu semua, jangan main makan je. Cek ada kelulusan dari KKM ke tak.

Tengok macam Reductil dulu, kemain lagi makan. memang kurus la. Tapi tup tup tup kena banned, sebab side effect dia kat jantung, memang kebanyakkan ubat kurus akan effect kat jantung, jantung akan jadi laju, so kita akan letih, peluh akan keluar, bila peluh keluar bla bla bla bla. So aku sarankan, kalau korang nak kurus tu boleh, jumpa pakar. Jangan main redah je beli kat orang yang pandai cakap mulut je.

Orang nak jual brand dia kompom cite yang baik-baik je. yang side effect dia? Ketahuilah, tak ada benda dalam dunia ni tak ada side effect. Sedangkan panadol yang korang makan sebijik tu pun ada side effect. Contoh la kan, buah oren, kalau ko makan vitamin C, memang bagus. Buah oren kat enak disukai ramai. Tapi kalau over dose? Kau dah la makan vitamin C sehari 2 biji. Lepas tu jiran bagi lagi buah oren, manis pulak tu. Ko pun makan 5 6 ketul. Korang sendiri tau kana apa jadi. Baca SINI

Jangan push badan korang, jangan terkejut kan badan tu. Nak diet sila lah berdiet pelan-pelan. Nak raya aku tau semua orang nak kurus. Kalau kurus sihat takpe, jangan nanti kurus lepas tu sakit masuk spital raya kat sana je.

Setakat ni kat spital lama aku ada la jual Adipex, but you know, Adipex pun ada kesan sampingan, iaitu dia menggangu emosi korang, karang kang ko moody, lepas tu terlebih happy, dia buat kau rasa haus, lepas haus ko akan minum banyak air. Kat situ la dia psycho untuk buat ko kenyang. Begitu. Aku nak cite panjang takut korang tak paham, aku tak pandai cite sangat.

Kalau nak TIP KURUS tanpa sebarang supplement atau ubat, sila klik sana, sebab aku dah pernah up entry ni. Itupun kalau korang nak buat la. Kihkih!

Biarla berisi sikit, asalkan sihat. Kalau laki bising ko gemuk, suruh dia teman ko diet. Suruh dia bagi semangat teman jogging petang-petang. atau kalau dia malas, suruh dia belikan CD je petang2 boleh joget poco-poco. Hehe! Biasalah kalau berisi sikit tu. Kurus sangat kalau dah seksa badan tu tak payah la k.

Selalunya kebanyakkan orang nak kurus ni sebab nak tayang body je. Aku selalu tengok kat sebelum selepas tu, sebelum bukan main tutup semua, selepas pulak dah macam hape je. Hehe! Lantakkan... Niat korang nak kurus tu kena baik okey. Kalau baik insyaallah dipermudahkan. Ewah..hahaha! Kla bye!

6 comments:

juelee said...

hana, akak nk tanya kalau shaklee tu oke ke?

sepet a.k.a zack_u said...

Ok kak, ada lulusan KKM, tapi sebelum amik apa-apa dan nak selamat, minta advice dietition dulu, hehe!

Siti said...

yang penting diri kita sendiri.kalau melantak tak ingat dunia, cane nak kurus..

jeles btol tgk sepet selim melim je..aihh

mami said...

sepet...yang SDII tu yang tgh pemes skarang ni ok tak? akak baru order lah....

sharifah rosidah said...

Sekarang ada macam2 produk yang meragu kan, jalan selamat tak payah ambik ubat untuk kurus kalau nak kurus kawal pemakanan dan exercise lagi bagus.

sepet a.k.a zack_u said...

Siti : Itu la kan, sendiri mau kurus sendiri mau ingat la. Mana ada kurus, lemak berlipat-lipat ni..

mami : Oh yang tu saya tak sure, hehe! Cer akak tengok dia ada lulusan KKM tak?

sharifah : Kan aunty, buat apa badan nak cantik sangat, memang la bagus, tapi jangan la sampai seksa diri kan. Pelan2 la kayuh..hehe!