Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 27, 2012

Juadah berbuka Puasa ke 6

Dah ke 6 kan, rasa cepat sangat ni. Apa pun tak prepare lagi untuk raya. Habislah aku... Semalam tolong mak aku masak. Tolong je eh.....pelis la aku masak. Selalu mak aku tanya..

'Na buat sambal belacan'
'Na masak gulai ni'
'Na masak itu masa ini'

Aku senang je, aku jawab

'Tak tau' a.k.a pemalas, hahaha!

Mak aku bengang je dengan anak dia ni. Semua pun cakap tak tau. Padahal pemalas kan. Tapi kuang aja la aku tak tolong mak masak. Kalau setakat simple-simple boleh la. Kalau kau suruh aku masak susah-susah seperti buat kek ke, maaf lah. Beli je tak payah susah-susah. Hehe! So semalam kami membuat.....

 Sambal untuk kerabu, lepas tu ada jugak buat sambal belacan, tapi tak snap gambar sebab malas.

 Bahan-bahan untuk kerabu..

 Bahan-bahan masak sayur

 Aku malas betul kalau masak gulai lemak ni, masak dia senang je. Tapi sebab kena kacau setiap masa. Kalau tak kacau nanti dia akan berbiji-biji. Tak sedap. Kalau 30 minit baru masak, 30 minit la ko kena kacau. Nak buat kerja lain tak boleh. Lenguh tangan i.

 Gulai rebung perut. 

 Sayur sama macam haritu je. hehe!

 Kerabu

 Ikan bakar beli

Ayam percik eh? Entah la...hahaha! Parah kan aku ni..semua pun tak tau. Tau makan je.

Banyak lagi tak snap, sebab aku dah cop-cop tempat duduk. Ada yang jauh dari aku, kang kalau aku bangun ateh curi tempat duduk aku tu. Tempat duduk aku tu memang ngam-ngam depan tv. So semua orang nak duk situ. Hehe!

Air, kuih semua tak snap.

Harini berbuka dengan Qery. Mesti Qery nak makan KFC, heee, boring betul.

3 comments:

laskar pelangi said...

kerabu tu buat terliur...uwaaaa~

sharifah rosidah said...

Eh aunty perasan mak awak suka buat kerabu eh, baca entry lama2 pun ada tunjuk lauk2 kerabu, aunty pun suka kerabu.

sepet a.k.a zack_u said...

laskar pelangi : Sedappppp

sharifah : Haah la aunty, suka makan kerabu. ulam ulam ni suka.. hehe!