Followers

nuffnang

Jul 16, 2012

Nak Biskut!

Aku ni suka terpengaruh dengan benda-benda yang nampak best. Contohnya, contest Ceera, dia nak bagi set pemenda entah namanya. Aku ni jarang join contest okey. Even hadiah kereta pun aku tak join. Sebab aku tau aku tak menang. Kuikui! 

Kalau contest hadiah seratus dua pun aku malas nak layan *sebab berlagak sangat dan tau memang takkan menang, kuikui. Tapi kalau orang bagi alhamdulillah lah* Aku masuk contest kalau aku rasa aku nak sangat benda tu. Contoh kan, aku nak sangat handphone LG yang panjang tu. Aku nampak satu contest, aku masuk. Tapi tak menang jugak. Stress. Lepas tu sentap sebab tak menang.

Jadi bila masuk contest yang Ceera buat tu, dah hantar kemain excited, tetiba Ceera kata aku jawab salah. Sentap iols, nak hantar lagi tapi macam dah terlambat, Mesti ramai yang dah reply dengan betul. I kan cepat sentap. lalalalalala~~~

Bila dah sentap dengan Ceera mula lah masuk blog Jemah, tetiba nampak biskut yang sedap dan ohsem ni. Ohdem!


Tertekan aku. Nampak lazat gila kan. Aku pernah makan biskut ni dulu. Kawan aku bagi. Tapi lepas tu lupa nak tanya dia beli kat mana. Tetiba nampak pulak kat blog Jemah. terus aku mesej dia

Aku : Orderkan kita biskut kat blog andak
Jemah : Berapa?
Aku : 5 balang
Jemah : Ok bereh

Senang okey ada kakak...lalalala~~~

Beberapa minit lepas tu dapat mesej.

'Hi Sepet, saya yang jual biskut tu, esok free tak, husbnd saya boleh hantarkan biskut tu kat rumah u'

OMG, bagus okey. Terus hantar sampai rumah. Lagi hebat dari abang pos laju. Hikhik! Aku dah la macam mengidam pulak. Tak sabar nak gigit biskut tu. Dah la murah. RM17 je sebalang. Aku beli 5 pun tak sampai seratus lagi. Nanti masa tengok cite korea dengan mak aku boleh la kite kunyah-kunyah biskut.

Kalau korang nak boleh order jugak eh. Masuk blog Jemah. Semua info ada dalam tu..


Ok klik link yang aku highlight tu...

Yang paling penting, aku tak sabar nak esok. Tu je. Bye

4 comments:

sharifah rosidah said...

Aunty pun ada baca kat blog peeja, aunty ingat nak order untuk hari raya lah. Nak pickup sendiri sebab telok panglima garang dengan bukit jelutong tu bukan nya jauh sangat pun.

sepet a.k.a zack_u said...

sharifah rosidah : Aunty, memang sedap sangat! Rugi tak beli

zira said...

nak order macam mana?

sepet a.k.a zack_u said...

zira : Mesej no ni 010-209 5807