Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 17, 2012

Sinopsis Sepet & Qery

Memandangkan aku malas gila nak update Qeryana Lover tu. Dan aku tau bukan semua orang nak baca pun. Jadi aku tulis kan sini je jalan cerita, macam mana kenal sampaila sekarang.

PICTURE HAS BEEN REMOVED
First yang korang patut tau adalah 'Dulu aku menyampah gila dengan Qery'

Macam mana tahap menyampah tu? Macam ni lah ye. Sebagaimana yang dah baca since Qeryana Lover 1, aku kenal Qery thru Ceera, start Ceera kenalkan aku dengan Qery memang aku dah menyampah. Sebab dia banyak cakap, lepas tu dah la tak kenal, sukati je tak bagi aku duduk asrama. Oh masa tu tahun 2002, so Ceera cite kat Qery lepas aku PMR nak apply masuk asrama. Qery beriye-iye tak bagi, katanya tak elok perempuan duduk asrama, nanti kena buli. Kolot okey, ingat semua orang masuk asrama kena buli ke? Tsk tsk tsk. First time jumpa dah tak suka.

Kali ke dua jumpa pun tak suka. Tak suka la sebab dia macam bajet tau. Aku kan tak suka laki bajet macam ni. Yang konfiden sangat ni i dont loike! Sampailah aku masuk asrama pun. Sebab start masuk asrama aku dah ada fon. So entah macam mana Qery dah ada no aku la. Dari dia kat maktab dulu pun dia bosan dia mesej aku. Tapi selalunya dulu dia mesej aku mesti dia kena maki la. Asik kena maki je tapi pun dia tahan. Dia macam takde perasaan. Tak paham haku.

Sampai aku cakap kat dia 'Kamu ni lelaki yang paling tak guna kite pernah jumpa!' Time ni amarah sangat la kan, kata jiwa muda. haha! Tapi dia buat bodoh je. 

Masa aku ada pakwe, pakwe pertama la. Dia tak puas hati. Siap nak lepak dengan aku, bawa Fuad sekali. Nganjing aku sebab ada pakwe hitam. Kutuk pakwe aku semua. Suruh aku clash, dia cakap nanti ada anak kulit anak aku tak cantik. Kuang aja. Perangai Qery ni, bila dia clash, mesti nak cari aku. Tiap kali clash mesti nak mesej aku. Lepas tu tanya aku ada pakwe ke tak. Selalunya aku cakap ada, takde pun aku cakap ada. Kuikuikui!

Dia bengang la sebab aku asik ada pakwe je. Biasalah i kan hot, kadang2 je hok oloh...huhu! Jadi dia komplot dengan Jepp (adik ipar Ceera), suruh Jepp cite kat aku dengan Ceera, yang dia dah bertunang. Fak gila kan. Bertunang boleh buat main. Cam good good je perangai dia time tu. Aku tak kisah pun kalau betul dia dah bertunang. Siap aku ajak dia lepak bawak tunang sekali, ko tau apa jawapan dia 'Tunang kite jenis duduk rumah, dia tak liar macam kamu'

Der? Menyirap aku dengar, korang tau kan macam mana tahap menyampah aku tu. Macam bagus je Qery. Lepas tu aku masuk kolej. Aku memang kompom2 malas layan dia. Dia mesej suruh aku carikkan dia girlfren. Menyusahkan betul. Dah la memenyampahkan aku, lepas tu nak menyusahkan aku. Siap paksa aku cari yang cun-cun muka macam cina. Dah la suruh aku cari, memilih pulak. Aku perhatiii je prangai dia time tu. Aku kenalkan dengan lecturer aku pun dia taknak. Sampai aku dah give up malas nak layan dia. Aku pun delete no dia, Siap cakap jangan kacau aku lagi. Wah hebat kan aku boleh cakap macam tu. Lalalalala~~

Lepas delete tu hidup tenteram sikit. Sebab kitorang ada gaduh sikit, So Qery pun dia tak contact aku. Aku agak dia ada makwe baru. Baguslah. Pergi la berhidup dengan makwe ko, jangan kacau hidup aku. Masa praktikal, aku baru clash. Sedih ni. haha! Tetiba dapat mesej keluar nombor-nombor, Nombor seperti ku kenal, tapi aku tak sure. Last-last aku tau la tu Qery, tapi sebab marah kat dia dah hilang, jadi aku layakan jugak. Aku pun tanya dia baru clash ke, sebab bila dia mesej aku mesti dia clash. Rupanya betul. hahaha! Perangai celah bulu hidung aku je.

Dia tanya aku ada pakwe ke tak, aku cakap ada. Stress dia. Padahal aku dah clash kan. Terkantoinya tak ada boifren bila dia tanya Ciput *husband Ceera*, Ciput pulak cakap takde. Konfiden gila Qery nak mengorat i *ceaa Qery yang ngorat aku* apakah?

U know i tengah sedih kan, lepas tu Qery pun baru clash. So kitorang selalu la lepak sesama. Cite itu ini itu ini. Kihkihkih! Time tu dia dah matang sikit. Dan dia dah jadi pemalu sikit. Kalau tak dulu memang muka tak malu. Dan ada sedikit sweet, hehe! Dia je la yang matang pun. Aku samaaaa je. Hehe! Cuma dah kurangkan maki-maki dia. Maki pun dalam hati je la. =P

Sebab tu bila dah terbiasa sangat dengan dia, sebab dari dulu pun macam tak berapa nak malu dengan Qery, yela macam dah terbiasa. korek idung sebelah Qery, kentot sebelah Qery, okey tipu kentot takde la. Tapi Qery la suka kentot dalam kereta, Nak pitam aku, dah la kentot lepas tu lock cermin. Sakit hati.

Aku tak kisah pun, kalau ada jodoh ada la. Takde jodoh nak buat macam mana kan. Selalu doa mintak ada jodoh la, hahaha! Sampai sekarang ni biasa la, ada gaduh ada happy ada sentap ada merajuk, semua ada. Tapi buat tak tau, sebeb perasaan tu kejap je. Harini gaduh esok dah ok. Harini sentap 5 minit je pun. Harini happy esok gaduh balik. Normal kan. Gaduh sikit ugut nak clash *tu aku la, hahaha* 

Kenal memang dah lama, sejak dari form 2, tapi tak rapat sangat. Gitu-gitu je. Lepas tu kite kawan-kawan rapat sikit lepas aku SPM. Lepas tu kite ehem-ehem masa umur aku 20 kot, ke 21. Sampailah sekarang ni tak kawin lagi. Ok tu je la sinopsis aku dengan Qery. Takde yang menarik pun. Macam korang jugak. Ada macam-macam dugaan, sekejap je tetiba dah 4 tahun.

Kalau nak tau cerita versi Qery  korang boleh tanya dia, sebab aku tak tau dulu dia menyampah ke tak dengan aku. Atau niat saja nak memain ke apa kan. Tapi kalau dia menyampah dengan aku dulu memang patut pun, haha! Sebab aku ni poyo sangat, bajet macam hot sangat sampai tak layan dia. 

Sekarang? Melayannnnn ajeee laaaa...lalalalalalala~~~

Itu je, takyah susah2 baca qeryana lover tu k. bye!

8 comments:

ceritera-chinta said...

bab kentot dalm keta tuu mcm selalu jek kena hahah siap lock cermin lagi bau hanya yang merasa jek tahu sampai pucat muka balik dating mak tegur, bagi tahu jek lah dia kentot dalam keta, tapi alhamdulillah jodoh ada, kawen jugak berkat bau kentot kot kakakkaka.....

::cik asha:: said...

dh boleh jadikan novel dah..hihihi..

sharifah rosidah said...

Hahaha seronok baca, walaupun ada yang dah baca kat qeryana tu. Adat lah kalau bercinta mesti ada gaduh, sayang, benci dan macam macam lagi kan.

Aunty dulu kenal dengan uncle 8 bulan je terus kawin sebab dia tak percaya kan aunty, dia cakap aunty banyak boyfriend padahal dia lupa dia tu lagi teruk, dia tunang orang ok bila dah kenal aunty terus suruh mak dia putus kan pertunangan tu. Dah kawin lama baru aunty tahu itupun arwah mertua yang bagitau.

Irfa said...

oh gitu..ha'ah la..macam citer novel
buatlah tajuk 'benci tapi suka'hehe

sepet a.k.a zack_u said...

ceritera-chinta : Bab kentot tu memang memainkan perasaan betul. Balik tu siap fikir adakah tepat pilihan ini? Hahaha!

::cik asha:: Eh takde la, kompom boring gila cite dia..hehe!

sharifah rosidah : Aunty baca semua, pening tak kepala aunty? hehe!

Irfa : Kompom takde orang beli..huhu!

ainun m said...

entri ni menarik...teruskan menulis. boleh jadi novelis ni...

ainun m said...

entri ni menarik...boleh jadi novelis ni...teruskan menulis.

NinaAz said...

Pasni dah nk kawin dah. Cepat ms berlalu ;)