Pages

Followers

nuffnang

Jul 16, 2012

Tekak Jepun

Aku dengan Qery kan selalu gi Jusco Balakong. Jadinya kat situ apa je yang ada tempat makan, dari kiri MacD, KFC, Pizza, Secret Resepi, Teppanyaki, Icchiban Ramen, Johny stemboat, Kenny rogers, sebelah hujung tu macam mamak yang upgrade la aku tak ingat nama. Semua yang kat atas ni aku cuma suka Teppanyaki, takpun SR, tapi yang aku menyampah dekat SR ni, kite pergi sana memang nak makan nasi dia, tetiba dah duduk dia cakap nasi dah habis. Takkan la ko nak bangun dan bla kan. Jadi terpaksa jugak la layan tomyam dia. 

Qery pulak dia suka pergi Kenny, lepas tu KFC, tapi paling feveret dia Icchiban Ramen la, sebab bila masuk je dia suka dengar *masumashi* keluar pulak *sumimasen* Hoih aku dah hafal dah. Aku bukan la tekak jepun sangat, tapi aku boleh la makan. Yang aku suka sup dia je. Sup dia ada yang rumpai laut eh? Apa eh nama dia, aku tau makan je. Tapi sedap la makan panas-panas


Ini aku punye, set apa entah. Yang qery dia suka makan nasi goreng bersama ikan salmon tu, lepas tu suka ayam goreng dia. Tapi kalau masuk sini mesti dia bizi online.
 

Wireless free kan. Pantang la ada, Cecepat bukak fon. Download game baru. Entah pape. Aku suruh makan, dia buat tak tau. Aku makan je dulu, tak kose nak tunggu dia. Aku dah makan separuh, baru dia start makan. Tapi dia habis dulu. Tak tau la kunyah ke tak. Aku membebel lah

S : Boleh tak kunyah tu 44 kali baru telan?
Q : Tak sempat la, 10 kali dah tertelan
S : Banyak la tertelan, entah baca bismillah ke tak
Q : Baca la
S : Tak dengar pun
Q : Dalam hati

Der?? Ingat ko baca dalam hati setan dengar? Hoih! Lepas tu bising badan cepat naik. Iye la dah tu ko kunyah 10 kali je, tu pun syukur 10 kali. Entah2 5 kali je. kuikuikui!

*******************************************************************

Nak beli kain, singgah la SINI
Kain cotton yang super cute!

4 comments:

sharifah rosidah said...

Aunty makanan jepun yang mentah2 semua tak suka, tapi kalau tempura memang favourite. Masa mengandung anak sulung hari2 pergi makan teppanyaki sampai nak muntah.

sepet a.k.a zack_u said...

sharifah rosidah : Teppanyaki sedap kannn...saya pun suka

sepet a.k.a zack_u said...

sharifah rosidah : Teppanyaki sedap kannn...saya pun suka

Udez said...

bukan "irasshaimase" eh diorg ckp masa masuk?hihi