Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 30, 2012

Mengeteh bersama perempuan gedik

Hari Sabtu lepas puny cerita. Kakak-kakak aku nak gi cari baju kurung. Dulu aku kan manusia paling malas nak join, sebab Ahad tu je la masa nak rehat, atau pun nak buat pape. So memang malas gila nak pergi. Sekarang ni dah rilex sikit so boleh la nak join-join. Semua buat muka terkejut aku nak join. Hampeh betul.

Akak dengan Kak Ida kata nak gi Carrefour Wangsa Maju je, depan Wangsa Walk tu. So ke sinun la kite...
Baju memang banyak gila, tapi sebab dah pukul berapa, banyak kedai dah tutup. Kitorang jalan pun cepat-cepat, tak tau la kenapa jalan cepat sangat. hasilnya baju kurung takde, kasut aje


Semua pakat nak beli warna merah, aku taknak warna merah sebab aku dah ada kasut warna merah. Jadi amik warna hijau. Yang dorang ni kemain lagi wassap-wassap cakap yang hijau untuk anak dara...Malas nak layan..huhu! Padahal sebab Qery ada kasut jalan warna hijau..kehkehkeh!
 
Tapi warna merah tu semua saiz lain-lain la. Jemah 41. Ngeri. Kaki panjang sangat. So tak de la tertukar ke apa kan.

Lepas tu kitorang lepak kat NZ, kedai mamak yang popular tu. Mula-mula, kitorang order satu air, Kak Ida je order dua air. Semua pakat gelak nak kata Kak Ida kuat minum air la apa kan...


5 orang je, tapi ada 6 cawan. satu lagi Kak Ida punye, lepas tu tengah lepak-lepak kitorang order lagi satu cawan. Tadi mengata Kak Ida, lepas tu apa pun tak boleh...


Korang boleh kira la kalau tak caye..hehe! 

Lepas tu order pulak roti tissue

Jemah hangin je dengan aku, sebab dia duduk bertentangan dengan aku, dia pulak kena snap gambar, tiap kali aku nak nyelit. Hahaha! Dia nak crop pun tak boleh..

 Inilah muka-muka budak mengeteh pada hari tu 

Tapi bagus betul mamak NZ ni, servis cepat n cekap. Tak tunggu lama. Good =)

8 comments:

icee-yah said...

Mmg bnyk bju raya kt carrefour tu kn:-)

ceera said...

Tak berseri lgsg gambar2 korang, hewhew...

cik chinta said...

ksot cantik. bli mn?

sharifah rosidah said...

Seronok tengok orang ada ramai adik beradik lagi2 perempuan lagi ramai, tak payah tunggu nak keluar dengan orang lain keluar dengan adik beradik je pun dah best.

::cik asha:: said...

bestnya ramai kakak...

athy said...

sepet guna app ape yer untuk edit gamabr 2bawah tu..nak tu jugak..terima kasih

sepet a.k.a zack_u said...

icee-yah : Haah, banyak sangat, sampai malas nak tengok dah..hehe!

Ceera : penjeles woi woi..haha!

cik chinta : Carrefour wangsa maju RM20 tak boleh kurang walaupun beli banyak. hehe!

sharifah rosidah : Haah, aunty, saya banyak kuar dengan adik beradik je..

::cik asha:: Best!?!?!?! hahaha!

athy : Kena tanya jemah, sebab dia yang upload kat wassap

Kasih nur azie said...

eh, sepet dah pandai reply komen? tanjat gegirlllllll