Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 7, 2012

Bising Abang Ko

Aku ni malas nak update sebenarnya, sebab kalau nak ikutkan memang takde masa nak update. Tapi tak nak la jadi keji sangat. Aku baru ingat nak bersenang lenang lepas berenti kerja. Tak dapat ye. Bisnes tak kencang manaa. Saja la nak up-up cite. Konon-konon ramai sangat orang order beg telekung semua kan. Padahal sehari sorang dua je beli. Hahaha!

Semalam kan gi beli stok lagi. Aku ni pegang je la fon sebab nak reply SMS dengan customer. Habis abang ko bising. Dia cakap aku dah takde masa untuk dia...*olololo manja sangat dia tu, sambil mata ke atas*

PICTURE HAS BEEN REMOVED

 Sorry korang, aku tak angkat kol, hanya layan sms. So kalau korang kol aku tak angkat jangan sentap eh. Aku malu suara aku macam nobita.

PICTURE HAS BEEN REMOVED

Time makan pun aku tak layan dia, aku cek email, reply email.

Bila aku tak layan dia sambil berpura-pura bizi. masuk kereta dia amik fon aku, dua-dua fon dia rampas okey, seram gegirl. Dia amik simpan dalam poket dia lalu berkata dengan nada yang keras.

'Lepas ni buat time table, buat jadual waktu kerja. Dari pukul berapa sampai pukul berapa. Ini sampai tengah malam pun nak kerja. Bukan tak boleh reply, kamu bukan robot, bla bla bla bla bla'

Kejadian ini berlaku di dalam kereta sambil dia pegang tangan aku kuat-kuat. Hahaha! Motif pegang tangan kuat-kuat? Da la cakap sambil kerut-kerut dahi. Tatot lah...... =P

Malas aku nak layan, biasalah bisnes online kan memang macam ni. So balik tu aku cakap nak snap gambar semua, sebab nak masuk blog nanti senang. Baru 5 minit duduk dapat mesej dari Qery

"Ingat, jadual waktu, esok kita nak tengok. Jadual waktu tu update sekali kat blog. Takkan Sabtu Ahad pun kamu nak kerja, kamu kena rehat jugak, esok kita tau mesti siap, paham?"

OMG! Aku baca sambil gigil-gigil ni, hahaha! Malas nya nak kena fikir jadual waktu bagai. Boleh tak esok subuh je baru buat atau before jumpa dia baru buat... Aku tak reply sebab baru lepas gi toilet. Tengok fon ada mesej

Q : Kita tanya paham ke tak!?!?!
S : Paham

*Eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!*

7 comments:

Riena Haiqal said...

hahahahaha.. macam budak sekolah pula kena ada time table..
marah nya dia yer.. tatott jugala.. :)

ceritera-chinta said...

kah kah kah dapt pakwe cikgu arahan pun mcm bagi budak2 suh buat kerja rumah heehhe....eh hsbnd sy pun ckgu gak lupa kekekeke

sepet a.k.a zack_u said...

Riena Haiqal : Tu la, seram sangat nih...hehe!

ceritera-chinta : Macam ni la nasib dapat pasangan cikgu. Kenaaaa ikutttt je cakap diaaaa...menyampahhh..haha!

Sofia Karim said...

kalu xwat, kena denda......... memang berjiwa guru hingga ke luar sekolah...hehehe

Puteri Satu said...

hehehehe.. sengih2 akak baca... time bercinta memang sikit2 nak sentap kan...

mengimbau memori time akak bercinta dulu... comel!!

Tracey said...

so sweet =), he loves you more than anything ;P

sepet a.k.a zack_u said...

Sofia Karim : BErjiwa sangat ni...susah betul..huhu!

Puteri Satu : Qery kak suka nau sentap, entah tak de apa pun tetiba nak sentap. sajaaaaaa jeeee nak memanjaaaa lettew. Auw! Hahaha!

Tracey : Kalau dia baca ni mungkin akan pitam..hahaha!