Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 12, 2012

Ceera pun ada?

Aku sebenarnya malas nak cite pasal wedding kawan Qery ni, yela kawan dia bukan kawan aku. Mana tau nak cite apa pun kan. Tapi tadi la baca blog Ceera, tengok dia pun pergi. Eh aku tak tau pun dia pergi wedding Adi ni. Tengok pelamin macam ku kenal. Rupanya dia pun pergi, tapi dia tingkat atas, aku tingkat bawah. Kalau tak boleh geng2 gosip..

Yang kawen ni kawan Qery, pramugara tak silap aku. Qery la beriye sangat nak pergi. Dia kata kawan baik dia nak kawen. aku macam was-was, bila masa pulak Adi ni kawan baik ko? Bukan kawan baik ko Jepp je ke? Takpun cikgu-cikgu kat sekolah tu. Entah bila tak pernah cite pasal Adi tetiba nak cakap kawan baik. Eleh ingat aku tak tau dia nak pergi sangat sebab ramai pramugari. *mata ke atas*

Lelaki itu....


Aku tengok memang ramai lelaki hensem, tapi aku kan tak berapa minat sangat lelaki hensem ni, bila nampak dorang sengih-sengih kat aku *ewah bajet hot sangat nih orang nak sengih kat ko..puiii* aku sengih balik la, tapi lepas tu pegang tangan Qery kuat-kuat. Motif? Hahaha!

Tapi ramai jugak la perempuan cantik. Aku tengok semua orang cantik-cantik, tetiba malu pulak nak tunjukkan muka. Jadi kite berselindung saja di sebalik badan Qery yang besar tu..huhu!

 Sampai-sampai sana kitorang tulis la kat buku ni, Mesti aku jugak yang nak kena tulis. Padahal kawan dia. Dia ni bajet tulisan aku cantik sangat ke? Tulisan anak buah aku lagi cantik.

PICTURE HAS BEEN REMOVED

Lepas tulis je terus Adi dengan wife masuk. Kelam kabut kitorang cari meja nak duduk.

Cantik gila kan pasangan ni. Sweet je. Aku suka tengok wife dia, cute.

Pelamin pun cantik, Jepp (kawan Qery a.k.a adik ipar Ceera) kan jadi pengapit lelaki. Dia muka bahagia kat atas pelamin tu, sebab ada 3 orang pengapit perempuan yang cantik-cantik. Phewwwww
 
Meja kitorang sebelah meja budak2 ni, macam penyambut tetamu la, dorang ni duduk kat depan lif, tiap kali orang keluar dorang akan tunjuk jalan kemana-kemana la, muka pun comel. Qery kuang ajo..

S : Comel kan dorang ni
Q : Biasa je, dorang pakai mekap
S : Tak kisah la pakai ke tak, tapi kan cantik ni
Q : Tak nak, tak suka. Kamu tak tengok ke dorang amik makanan.
S : Kenapa?
Q : Pinggan penuh okey, makan banyak
S : Teruk betul la kamu ni, dorang lapar kot dari tadi tak makan, kamu apa tau?
Q : Ye la kot.

Teruk okey, tengok pompuan makan banyak je tak suka, Abis aku makan banyak jugak. Ha cane? Cuma aku kalau kat rumah orang kawen takde la makan banyak. Sebab malu..hahaha!


Itu la Jepp, seronok dia. Turun pelamin terus jumpa Qery muka bersinar-sinar. Happy sangat lettew

Kitorang kejap je. Habis makan terus berambus. Sebab Qery memang jenis tak boleh lama. Dia cepat bosan. Lagipun lelaki kan memang macam tu. Dia bukan ada benda sangat nak gosip macam orang pompuan. Dia pepoyo tengok kawan-kawan dia, ada yang dah gemok ke, yang dah kawen ke. Usha dari jauh, lepas tu bisik-bisik dengan aku..

'kamu tau kawan kite tu dulu bla bla bla bla, kamu tengok dia sekarang bla bla bla bla'

Amboiiiiii, kemain lagi perangai Qery, hahaha! Dia kalau ngumpat dengan aku je la. Depan kawan-kawan terus jadi pendiam. Susah bawak majlis ni... Tak mesra alam.. *cea macam la aku mesra alam*

Tu je, tapi bagus jugak malam tu aku dapat cuci mata. Alhamdulillah, hahaha!

4 comments:

Irfa said...

pramugara airlines apa?
intai jugak tapi cam tak kenal
hehe

lawa perantin pompuan tu kan?
kamu pun lawa jugak
suka la tu ;)

::cik asha:: said...

cantik nya baju pengantin perempuan tu....

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

akak bile plak nk nek plamin...

ceera said...

Jep ada ckp qery kat bwh. Tp takde pulak dia ckp ko ada. Atam pun mls nak tanya. Hahahaha... Eleh qery, tak kawin pun dah gemuk, lepas kawin mesti lagi gemuk. Kahkahkah... Harap dia bc komen ni, amin