Jul 30, 2012

Berbuka Bersama Cinta

Nak muntah, haha! Sebenarnya Qery je yang puasa. Jadi haritu ikutkan saja dia nak makan apa. Aku malas nak gi jalan jauh sebab payah nak cari tempat makan. Pukul 4 dah kena tempah. Pukul 5 mesti dah ramai. So kitorang pergi leisuremall je. Senang sebab situ ramai cina, ada la melayu. Tapi cina lagi ramai. Kebetulan hari Jumaat kat luar ada pasar malam cina. Jadi takde la sesak sangat dalam mall tu. 

Qery nak sushi, layankan je. Sushi Boy ni sebenarnya dah lama tutup sebab tempat dorang ada buat renovation. Dah la kat situ je sedap. Aku dengan Qery selalu beli situ je. Murah pulak. ada sepuluh items dalam tu harga dia RM6 je. Murahkan. Lepas tu bila dia bukak balik, kelam kabut gi beli. Qery la kelam kabut, belum sampai mall lagi dia dah jampi kat telinga aku nak sushi nak sushi. Aduyai

 Mintak tolong tauke amikkan gambar. Hehe!

Qery ni kan suka makan ayam. Ko bagi je la ayam apa pun, mesti dia suka. Haritu dia tengok lengan aku.. dia kata lengan aku nampak macam ayam KFC. Kuang aja..

 Jadi dia nak makan kat Kenny, aku tak suka sangat. Tapi memandangkan dia dah parah sangat. Kite ikutkan je la. Sentap kan aku jugak yang susah. Sapa nak pos barang? Kuikuikui!

 Tudung - Pretty Chase (shawl sebenarnya) 

Side dish aku punye pun bagi kat dia..


 

Muka orang happy side dish ada banyak, hahaha!

Okey tu je la setakat ni. Oh sapa-sapa yang order beg since hari Jumaat petang, maybe aku tak dapat pos harini, maybe la. Kalau dapat alhamdulillah. Dapat tak dapat aku bgtau malam. Kalau tak dapat pos harini esok eh. Sorry sebab masalah rumah tangga. Hahaha! Tade la. Sebab kertas mahjong tak tau mana letak ni, aku ada lagi satu gulung yang ada 50 helai kertas, baru beli kot, tak tau mana letak sebab haritu letak kat hall, lepas tu mana pergi? Kena cari. Kalau tak jumpa kena suruh Qery beli lain, Qery pulak meeting. Erghhh! 

Esok pun boleh kan kan kan...hehe! K la bye!

3 comments:

Mooniqueen said...

Sepet, kenapa kamu ni putih sangat ae? Suke tgk...

sharifah rosidah said...

Aunty tak berapa suka sushi sushi ni, tak boleh masuk kat tekak ni tapi kalau tempura tu memang lah kesukaan aunty.

Sepet said...

Mooniqueen : pengcahayaan tu...hehe!

sharifah rosidah : saya boleh la, tapi kalau kenyang apa pun tak boleh masuk.hehe!