Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 17, 2012

Malas nak update

PICTURE HAS BEEN REMOVED

Sebenarnya malas gila nak update, rasa nak tidur je satu hari ni. Penyakit lama dah kembali. Ni aku rasa sebab cari CD Mann tak jumpa. Stress betul. Lepas tu beli cite 3 idiot sebab ada Amir Khan.

Sukaaaaaaaaaaaa, apa-apa je yang Amir Khan berlakon aku sukaaaaa. First time nak tengok, selama ni orang cakap best-best kan. Tapi masa tu takde perasaan nak tengok. Aku ni memang category perempuan yang slow sikit tau. Orang lain dah bertahun tau, aku sekarang baru nak tau. Hehe!

Yang paling malas nak melayan aku macam biasa si Qery tu. Contohnya kan, aku cite la pasal satu lagu ni, aku baru dengar. Sebab aku jarang dengar radio. Memang jarang sangat-sangat la. Radio banyak iklan okeyh, menyampah. Lepas tu dapat pulak time aku bukak tu DJ entah pape. Lagi semak otak aku. Nak buat lawak tapi ko gelak sendiri. Acane? Jadi baik aku takyah dengar. Jiwa raga tak tenteram okey.

Lagu apa eh aku tak ingat la tajuk, tapi Ramlah Ram la (tetiba minat Ramlah Ram, sangat sesuatu) aku cakap kat dia tolong download lagu tu. Dia cakap lagu tu takde la baru sangat, dia malu nak download lagu tak berapa nak baru ni, lepas tu dia selamber cakap kat aku 'kamu ni zaman jeffry din ke apa'. Oh tergamak betul dia cakap camtu...Sobs

So berbalik kepada cite hindustan tu, best! patutla menang banyak award. Sapa tak tengok cite 3 idiot tu pergi beli sekarang. Kalau malas download je. Comel je Amir Khan *taksub sangat ni, hewhewhew*. Tapi memang dia comel *mata ke atas*

Semalam aku mimpi hantu. aku dengan Qery baru daftar masuk kolej yang sama *tetibe i sebaya Qery, apakah?*, kebetulan lepas register tu ada sorang ni kata course yang kami mintak tu esoknya ada kem. Kirenya kitorang kena follow sekali la. Tapi kitorang tak dapat baju free sebab lambat register. Tak kisah pun. So esoknya aku dengan Qery pun siap-siap, bertolak la pergi mana entah, tapi satu rumah ni ada 4 orang. Qery serumah dengan iols, hebat! tapi jangan risau, saya tak sempat apa-apa kan dia. hahaha!

Nak dijadikan cerita, kitorang berempat ni call la parent masing-masing cakap dah sampai semua. Kebetulan masa tengah call, kitorang punye ketua, bukan ketua la, orang yang registerkan aku tu, yang cakap aku ada kem tu, orang tu la yang macam ketua, sebab dia yang uruskan penginapan, aktiviti semua. Dia nyorok-nyorok tepi tingkap rakamkan kitorang call parent masing-masing. So aku tak puas hati la apahal plak nak rakam-rakam.

Jadi aku pun tanya la ketua tu tak boleh ke call parent? Tapi ketua tu masuk rumah kitorang dan dia suruh tengok apa yang sebenarnya dia rakam.. Aku dengan kawan-kawan yang lain pun tengok la dengan excitednya. Masa dia tengah rakam. Ada 3 foto kat dinding tu gerak sendiri. lepas tu terjatuh kat lantai. tapi tak pecah sebab foto tu yang macam kertas korang tampal kat dinding dengan plaster tu. macam photo artis gitu. Semua terjatuh tapi kita 4 orang tak perasan sebab memasing sibuk kolling2.

Ketua tu suruh hati-hati, kalau ada apa-apa time tengah malam jangan bangun, jangan bukak mata. Katil kat sana ada 4, tapi kitorang tido satu katil 4 orang. Hahaha! Sebab memasing penakot. Qery sebelah aku ke? Tak ingat,rasanya bukan kot. sebelah aku macam perempuan, tapi dalam keadaan takut tu aku cop tidur sebelah dinding. Masa kitorang tengah nak tidur, ni belum tidur lagi la. Tapi dah baring kat tempat masing2, sempit takyah cite. Tetiba Qery jerit. lepas tu dia lari. Aku macam why why. Rupanya orang yang baring sebelah dia tu, muka dia hitam sebelah, mata pun hitam. Kan dalam rumah tu ada 4 orang, aku qery dan dua orang lagi kan. Rupanya 2 orang tu hantu. OMG. Tapi aku ikut cakap ketua tu dia cakap jangan bukak mata, tutup je.

Bukak-bukak mata terus terjaga. Eh dah terjaga? Tak fun!

Tak takut pun sebenarnya mimpi ni, tapi tetiba teringat. Malam tadi before aku tidur memang aku dengar suara perempuan bercakap-cakap, tapi aku cakap dalam hati mungkin tv kot. tapi suara tu kat arah dapur. Bila malas nak layan. aku buat-buat tak tau. terus tido. Lepas tu mimpi. Syabas! Malam ni boleh mimpi lagi. mungkin ada sambungan ke kan..kuikui!

Aku harap sambungannya Qery masih serumah dengan i. Motif? hahaha!

6 comments:

Mooniqueen said...

Ske jugak tengok 3 idiot tu... Kelakar la.. Hehe..

Irfa said...

hahaha..amboi,cepat kawen la dik oi.
dah mimpi serumah tu petanda nak duk
serumah kot ;)

nalsweet said...

haha..lawakla awak ni sepet!!!!!!!!!!
akak baca mimpi tu mcm nk gelak..
tp kt opis ni..haha

RieNa said...

3 idiot bestt gilaaaa!
akak siap nangis lg masa kakak kareena tu bersalin, yg baby dia diam x menangis tu. skali bila dgr 'all iz well' terus bergerak. menangis akak sbb touching sgttt. huhu

sharifah rosidah said...

Wah hebat betul mimpi awak ye, yang paling best sekali sempat pulak tido sekatil, ni kalau betul betul mau pengsan mak bapak awak ate anak dara nya tido sekatil dengan bakal suami, hihihi.

sepet a.k.a zack_u said...

Mooniqueen : Kelakar gila kan, kawan saya tengok sampai 36 kali..

Irfa : Kalau saya sempat buat apa2 saya kawen dengan dia k, ahaks!

nalsweet : gelak pelan2 kak, kang ada yang tak dapat bonus raya ni..hehe!

RieNa : Saya dapat rasakan emosi akak tu..hehe!

sharifah rosidah : Tu la saya harap ayah saya tak baca...hihi!