Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 12, 2012

Antara Gedik, Comel, Sopan, Kecoh? Mana pilihan lelaki?

PICTURE HAS BEEN REMOVED
 
Aku rasa aku adalah perempuan Gedik. Kalau korang tak tau perempuan gedik tu macam mana, bolah la baca entry aku sejak tahun 2008, eh tahun 2008 dah save kat draf atas sebab-sebab tertentu. Hehe! Poyo habis la cakap macam tu, bajet berprinsip sangat ni..puiii. Jadi baca dari 2009, kalau tak paham lagi macam mana gedik tu, meh datang jumpa aku. Aku boleh tunjuk ajarkan... Der?

Perempuan comel ni macam , aku aku buat ayat so korang pepaham la eh

'Harini Nini jumpa kucing, kucing tu kiut sangat, mungkin kucing tu lapar, Nini tak sampai hati melihat perut kucing tu yang kempis. Nini terus belikan kucing comel tu whiskas. Nini risau la kesihatan kucing tu, nampak mata kucing tu tak bersinar-sinar, malah kucing tu selalu terbiyak-biyak, apa yang perlu Nini lakukan? Tolong Nini, Nini susah hati'

Okey fine, tak boleh aku menjadi perempuan seperti itu, hahaha! Kalaupun aku comel, *ehem2* mungkin aku takkan bahasakan diri aku 'Hana', OMG sangat tak boleh pegi. Selalu orang yang comel ni dia akan bahasakan diri dia 'nama sendiri', lepas tu perangai dia pun olololololoooo comei sangat. Geyammmm je... Rami je lelaki suka budak-budak yang comel macam ni.

Perempuan Sopan pulak macam ni

'Tadi saya lalu di perkarangan masjid, ternampak anak beranak yang duduk di satu ceruk di mana tiada orang lalu, saya berikan mereka makanan. Terdetik di hati saya untuk bertanya di mana keluarga mereka yang lain. Saya teringat kampung halaman'

Watever, aku tak boleh teruskan lagi...haha! Sebab perempuan sopan ni memang adalah betul-betul sopan. Selalunya perempuan sopan ni dia pendiam. Dan kompom la baik dari yang gedik (aku), lalalalala~~ Ramai je lelaki suka perempuan sopan, sebab konfiden disukai mak-mak mertua.Aku kalau nak dicomparekan dengan perempuan sopan, memang aku angkat bendera serah kalah je. Kalau masuk pertandingan pilihan mak-mak mertua memang tak tercalon la, lagi orang afundi keluar. Kesian

Perempaun Kecoh, bukan kecoh yang jahat tu, contohnya, kalau lepak dengan kawan-kawan, suara dia paling kuat..

'Ya Allah *sambil tepuk meja kuat-kuat*!! Aku dah agak dah, kelakar dowh cite kau ni! Kahkahkahkah!' Tengok aku gelak sampai terkeluar cili celah gigi aku ni! Kahkahkahkah!' *aku pun tak tau kenapa perlu gelak kah kah kah,mungkin kalau hu hu hu macam sopan sangat*

Ada jugak lelaki suka perempuan kecoh-kecoh ni. Perempuan kecoh ni selalunya walaupun kecoh tapi depan lelaki yang dia lembik habis. Paham? Aku pun tak paham..hehe! Maksudnya, bukanla kecoh macam mana, yang jenis havoc tu. Kalau ada dia baru majlis tu meriah, kalau takde mesti suram..

Taste lelaki ni macam-macam. Kite sendiri tak tau. So kalau lelaki tak suka perempuan gedik (aku), habis nak buat cane, takkan nak paksa kan. Tak suka sudah la. Habis ingat aku suka kau *sambil jeling* hahaha! jadilah diri anda sendiri. Asalkan perangai tu tak menyusahkan sesiapa... Tu jangan kite perangai orang yang suka dengki, iri hati, takbur, semua dia je betul, kalau jumpa orang macam ni, blah aje dari hidup dia. Tapi kalau tak boleh nak blah. Pejam mata pekak telinga. Atau bahasa kasar *buat bodoh*

Qery selalu cite dia suka buat bodoh....

Q : Kite ni buat bodoh je dengan perangai kamu ni
S : *cakap pelan tapi pastikan Qery dengar* Bukan memang ke *sambil pandang tempat lain*

Lepas tu kompom rasa sakit kat lengan, kena cubit, hikssss!

Pape pun, aku kompom lelaki suka perempuan Comel & Sopan. *dengan nada frust*

8 comments:

adriea said...

hakak tak tau la hakak yg mana satu.. yg comel pon yer.. yang sopan pon yer... yg gedik? kengkang kot.. haha.. yg kecoh.. huhu time raya jer bila berkumpul ngan adik beradik.. sebab adik beradik ramai pempuan... heheheheh gosip!!

violet_abbey said...

hihi...xjugak..mcm sy..kadang2 mcm pendiam..tp bila dlm group yg sgt sopan dan lebih pendiam sy akan jadi pmpuan kecoh dan buat joke mcm clown...sume gelak2 dgr joke sy..

tp bila dlm group kecoh..org nampak sy yg paling sopan..

kita berubah ikut tempat dan dgn siapa kita berada..bila depan suami sy..sy jadi xsenonoh dan kelam kabut..dia salu geleng pale dgn sy..katanya.."ntah menda2 la awak ni"

pendek kata..Allah cipta kita sesuai nanti dgn pasangan kita sb dia je leh handle kiter..:)

pAri-ParI tErbAng tiNgGi said...

kite nk share entri ni kt fb kite...lawak!

Riena Haiqal said...

heheheheh.. saya pendiam orangnya. tak la sopan sangat kan.. heheheheh.. tapi memang adakalanya dengan keluarga saya kecoh sikit.. hehehehhe.. tak tahula kan
husband saya suka jer.. hehehehehe.. (^_^)

Cik Cammy Lia said...

pndi sgt la sepet ni hihi

sharifah rosidah said...

Cik Zuhana lelaki ni penuh dengan misteri dan sukar di duga, ada yang suka perempuan gedik, ada yang suka perempuan sopan dan pendiam dan ada juga lelaki yang suka perempuan kecoh.

Kadang kadang kita rasa kita gedik tapi orang lelaki kata tu bukan gedik tapi happening dan kesimpulan nya kalau dia dah suka apa perangai yang kita ada dia terima seadanya tau.

Shahir said...

perempuan comel bagus.

Shahir said...

perempuan comel bagus.