Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 4, 2012

Hadiah dari Emak Qery

Ewah, ni kalau kakak-kakak baca ni kompom sampai ke emak aku cerita ni, kahkahkah! Takpe, sampai pun sampai lah. Aku redha je. Cam gini cite dia.

Haritu kan emak ayah Qery buat umrah, tak silap aku awal bulan 6 kot. 2 minggu dia pergi, tapi bukan 2 minggu la, dalam 10 hari macam tu. Jadi Qery dia ada rasa tanggungjawab sikit la kat rumah tu. Selama ni bawak diri keluar rumah, kalau nak makan balik, kalau nak tidur balik. Dua sebab tu je la kot dia balik. Kalau tak , tak tau la mana hilang. Aku memang harini perangai sedikit mokcik-mokcik. Kuikuikui! 

Selama mak ayah dia gi umrah, sikit-sikit telofon Syah. Tanya Syah dah makan ke belum, balik pukul berapa. Esok kerja ke tak. Lepas tu call Cepul, tanya Cepul harini buat apa, pergi mana. Aku rasa macam....apakah? Tak best okey dapat abang macam ni, semua pun nak tau. Nasib akak-akak aku tak macam tu, kalau tak...mintak nyawa..huhu!

Tapi biasalah, abang sulung ni dia macam ayah-ayah sikit, mungkin la ayah dia pesan suruh jaga adik-adik ke apa kan. Watever la. Memang selama ni pun perangai dia macam ayah-ayah, apa pun tak boleh *jelinglapanplohkali*

Hari yang emak ayah dia balik, Qery gi jemput kat KLIA. Ye la kau kan abang sulung, mesti la kau kena jemput ayah kau. Qery kan 3 beradik je. Jadi mak ayah nya nak semua ada la time jemput nanti. Cepul tu sepanjang mak ayah dia gi Umrah, Bibit yang jaga. Bibit ni adik mak Qery. Cepul suka la duduk umah Bibit sebab Bibit orang kaya. CEO Jusco *mata ke atas* , Qery la selalu cite Bibit kaya Bibit kaya. Kat rumah Bibit siap ada yang kita main tembak-tembak tu, yang kena pakai baju kebal tu. Aku tak tau la nama dia, sebab tak pernah main. Aku kan miskin je. Main batu seremban tau la. Huhu!

Ni bukan nak cite pasal Bibit dia kaya ke apa, ni nak cite pasal Cepul tak nak ikut gi jemput mak ayah dia, hahaha! Kuang ajo betul, mentang-mentang dah bersenang lenang kat sana. mak apak balik ko tak nak jemput. Hangin la Qery, lalu telah menggunakan kuasa veto dia. Dia cakap kat Syah.

'Syah, abang nak kau gi amik jugak Cepul malam ni, dia nak balik ke tak nak balik ke ko gi jemput dia sekarang'

Auw! Takut hokey, hahaha! Dalam hati aku. Eleh rilex la, biasa la budak kan. Dia dah suka main, kat sana ada kawan, lepas tu kau suruh balik. Dah la ko pun bukan lekat kat rumah. Tengah malam baru nampak muka, budak tu nak main Play Station pun takde geng. Adik beradik 3 orang, semua lelaki, kompom la bosan. Kalau ada perempuan boleh la gedik-gedik kat rumah tu, eh patut la Qery suka aku. Sebab aku gedik *cea kompom je Qery suka aku, agaknya dia terpaksa sebab tengok aku frust dulu, hahaha*

Seminggu lepas mak dia balik. Qery mesej aku. Masa ni aku kat tempat kerja. Tengan buat kerja. Hari Sabtu kan bizi. Aku memang tak pandang fon. Tetiba dengar bunyi fon. Tengok Qery kol. 

Q : Hello, dah baca mesej?
 S : Tak sempat la, kenapa eh?
Q : Baca sekarang. K bye

Ewah, Kbye je? Ko ingat aku sekarang kat tepi pantai ke? boleh tengok fon sesuka hati. Oh lupa memang bapak aku ada syer dengan hospital ni *nangis CEO baca*

Takpe, tengah bizi-bizi pun sebelah tangan pegang ubat, sebelah tangan pegang fon. Ni kalau salah bagi ubat memang berenti serta merta. Aku bukak la mesej dia

Q : Mak kita nak jumpa kamu
Q : Ada benda nak bincang
Q : Mak nak kamu tau pasal family kita

Shit! Aku memang la raya datang rumah Qery, tapi time raya kan bizi, mak dia buat hal mak dia, aku buat hal aku, rajin sikit aku tolong la cuci pinggan, kalau tak berapa rajin duduk melangut sampai rasa nak balik, hahaha! Aku memang keji sikit. Bukan aku tak nak tolong, mak dia tak bagi. Dia cakap aku tetamu, jangan kotorkan baju. Kang kalau aku buat jugak katanya degil, kalau tak buat pulak nanti orang kata malas, walaupun...hahaha! Before gi rumah dia dah praktis salam cium tangan, senyuman manis menusuk kalbu, jalan perempuan melayu terakhir. Semua tu dah praktis okey, tapi bila sampai, semua fail. Maafkan saya...haha!

Aku reply

S : Kenapa tetiba nak jumpa? Hal apa? Bila?

Tu namanya soalan pakej. Nak buat kerja pun dah tak senang duduk. 5 minit Qery tak reply, aku dah sekejap-kejap tengok fon, kejap-kejap tengok fon. Dalam hati berkata 'nasib baik abah ada syer' huhu! Okey la. Dia tak nak reply, kita kol aje. Fine.....aku memang banyaaaaaaaak masa nak kol dia

S : Hello, kenapa tak jawab mesej kita
Q : Nanti la kita jumpa kita bagitau
S : Tak boleh ke bagitau sekarang?
Q : Susah nak taip, kamu kan kerja, gi kerja dulu
S : Ermmmmmmmm

Ermmmm aku tu tandanya sakit hari, tiap kali aku cakap/reply Ermmmm tu maknanya sakit hati. Tapi tiada siapa yang peduli. Ewah drama sangat. 

Dia ingat aku boleh ke buat kerja, takpe. Sabtu sampai pukul 1 je. Aku boleh bersabar lagi. Tunggu punya tunggu, pukul 1 berdesup keluar gi punch kad semua. Masuk kereta terus tanya Qery

S : Ha cepat terangkan
Q : Hehe, nerves ke? *kuang ajo*
S : Takde la... kita nak prepare jawapan, mana tau mak kamu tanya apa nanti
Q : Entah, kita pun tak tau, Mak yang nak jumpa kamu.

Fineeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee..... tak suka aaaa, bagitau je kenapa kan...huhu! Dah la kitorang gi beli stok dulu, dalam pukul 5 baru gi rumah Qery, korang tau berapa lama aku tertanya-tanya. Aku tak kisah pun nak jumpa, tapi nak tau la kenapa kan.

Masuk-masuk parking, mak Qery tengah tunggu kat luar. Aku kan pakai tudung, baru balik kerja. Lepas mak dia jemput masuk semua...salam ayah dia, pandang Syah, Syah kuang ajo, dia saja tak nak keluar rumah, sibuk la tu nak tau apa mak dia nak cite dengan aku. Selalu petang2 dia takde rumah. Takpe Syah..ada ubi ada batas. hahaha!

Syah hidang kuih-kuih la kan...

'Makan la, ni je yang ada, biasalah orang bujang'

Ceaaaa, aku tak tau la Syah prepare ayat ni masa dia tengah susun kuih kat dapur, atau pun spontan kan. Tapi aku rasa nak gelak, macam sopan sangat kot.

Qery terus kenalkan aku dengan Syah, poyo habis, cover line depan mak ayah. Macam la aku tak pernah jumpa Syah kat luar, dah kenal kot. Kan Syah panggil aku kakak kakak kakak. Menyampah. Aku dah la muda setahun dari dia. Sampai hati panggil aku kakak. hahaha!

Qery tanya Syah

Qery : Syah, umur ko berapa?
Syah : 25.
Qery : Hana kena panggil ko abang Syah la?

Aku dah geli, abang? OMG OMG, tak payah kot. Pastu mak Qery sampuk.

Emak Qery : Eh apa pulak, kalau Hana jadi la dengan abang(QERY), Syah kena panggil dia kakak, sebab ikut pangkat kan..

Okey fine, Syah dah gelak-gelak sambil pandang TV, aku kalau dapat Syah kat sebelah ni memang aku rotankan. Huhu! Aku kan dah suruh Syah, kalau nak panggil aku kakak, sila panggil Kakak Muda Hana, feeling macam diraja sikit, macam Tuan Muda, Kakak Muda. *angkat-angkat kening*
Lepas Mak Qery buat air hidang semua, aku tak tolong pun duduk selamber kat depan. Memang betul-betul tetamu terhormat, haha! Pertanyaan pertama dia

Emak Qery : Kamu dengan Qery macam mana

Gulp? Apakah pertanyaan ini kepadaku? Aku pandang Qery sambil sengih-sengih. Qery pandang Mak dia muka terkejut, hahaha! Oh memang betul dia pun tak tau

Qery : Eh kenapa mak tanya macam tu?

Tapi mak dia tak layan..haha! Kesian tak kena layan.

Emak Qery : Kamu dah fikir masak-masak ke nak kat dia? Kamu fikir betul-betul dulu. Kalau ada pilihan lain lagi ke?

Hahahahaha! Aku nak gelak time ni tapi cover je. Aku kalau boleh nak jawab

"Makcik, saya boleh ada pililah lain ke?"

Tapi sebab Qery dah jeling-jeling kat aku...aku sengih je kat Mak dia tu. Ugut okey Qery, tsk tsk tsk. hahaha!

Ekceli tak de apa pun la kitorang borak kan, saja cite pompuan-pompuan. Mak dia nak bagi barang yang dia nak belikan dari Mekah haritu.


Minyak wangi, aku rasa kalau pegi sana mesti beli kan, Mak bapak aku pun kalau pegi sana, bawak balik minyak wangi macam nak jual. Oh lupa anak cucu dia 30 orang semuanya. Baiklah.

Tasbih, paling cute aku punya, ada banyak,tapi bagi kat aku yang paling cantik. TQ =)

Selendang. aku agak sebab masa gi rumah dia aku pakai tudung, tu yang dia bagi kot. kihkih! Tapi aku suka.

Beg, maybe untuk letak telekung, Cantik okey, Qery hadiahkan aku telekung, Cantik gila, dan selesa sangat, kawan dia jual. Dia beli bagi aku pakai. Dia bagi telekung yang licin tu, yang berat, bagus, takde la aku sembahyang kena kipas terangkat-terangkat. Aku dah la solat bukan la nak kata tak khusyuk, tapi manusiakan....kadang2 tu nak khusyuk, kang mak pulak panggil suh makan. Lepas tu kalau kena kipas terbang-terbang pulak. Memang menggangu betul la. Telekung yang Qery hadiah tu memang best gila.  Oh TQ Qery 

Ni semua la barang-barang yang Mak Qery hadiahkan. TQ. Tak sangka pulak dia ingat kat aku.. Masuk kereta terus terharu sambil cakap kat Qery

S : Mak kamu ingat kat kita eh..
Q : Takde la, dia beli banyak, ada lebih tu yg bagi kamu...

Ei, menyampah tau jawapan dia tu. terus aku buat-buat merajuk *cea buat-buat, percayakan je la buat-buat aku tu, haha*

beberapa saat lepass tu

Q : Hehe, takde la. Memang dia ingat, memang dia suruh kita simpan untuk kamu. 

Dah terlambat, kalau nak pujuk sila la bagi baju 5 helai. Kannnnnnn...hehe!

Tu je k bye!

*pesanan ringkas dan padat, ada pertambahan beg coach dan lv kat clearance stok tu ye, Sila clik entry CLEARANCE STOK untuk maklumat lanjut

11 comments:

Riena Haiqal said...

hahahaha. poyonya Qery.. langsung takder sikap romantik eh... hehehehehe
Emak dia suka awak la utk jadi menantu dia.. :)

sharifah rosidah said...

Oooo pergi mengadap bakal mertua ya, untung lah bakal mak mertua pun sporting jer.

Anak aunty pun 3 orang, yang sulung sebaya Qery lah.

"CT CoMeL" said...

mudah2an ke jinjang pelamin....amin tau cik sepet....

Puteri Satu said...

akak baca.. akak plak yang berdebar... kah kah kah.. yerla feeling teringat zaman dulu2 time nak jumpa bakal mak mertua.. adeeeehhh... suspen rasa mcm nak pengsan.. kah kah ...

ibh_sue said...

Hahahahaha. . Sweet ja cita sepet ni. Untung la tu bakal mak mertua baik. Heee

Irfa said...

pjg citernya dan detail sekali
suka akak baca ;)
teringat kisah silam 12 tahun nan lalu//wakakakaka

sepet a.k.a zack_u said...

Riena Haiqal : Tu la, tak menjaga hari gefrennya yang comel itu..hehe!

sharifah rosidah : Haah aunty, sporting tak sporting jugak la, biasa la emak emak. hehe!

"CT CoMeL" : Aminnnnnnnnn...haha!

Puteri Satu : Akak pun pernah melaluinya ke? Nerves kan...seram gegirl.. =P

ibh_sue : Haah, dia memang baik. tapi nanti dapat menantu pemalas macam ni tak tau la, mesti dia pitam tiap kali balik rumah dia, haha!

Irfa : Wahhhhh, berapa dah umur akak ni...kira kira kira, huhu!

Cik Cammy Lia said...

tak lama da tu sepet..bersediaaa laa hehehe

Irfa said...

kisah tu masa umur 21 tahun
campur 12 tahun maknanya bape yer?

Puteri Satu said...

pernahlaaa... tapi tak delah bakal MIL soklan kamu dah fikir masak2 ke nak kat dia.. oh soklan tu tak de la. ... hahahaha... itu nama soklan maut tu na... ahaks..

armouris said...

Bag saudari telah dipilih menjadi feature di FB Saya Sangat Obses Handbag dan Kasut. Check it out!