Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 24, 2012

Sepet - Umrah Year 2000

Sebagaimana yang korang tahu, aku kan pernah pergi umrah masa darjah 6. 12 tahun lepas la punya cerita ni. Hehehe! Masa tu pertengahan tahun. Tapi baru lepas exam la. Kiranya aku sempat amik exam pertengahan tahun then baru pergi umrah. Pergi umrah ni dalam lebih kurang 3 minggu jugak. Mak aku lah sponser. Takkan la aku ada duit pulak. Masa tu pergi 5 orang. Mak, Abah, Opah, Ateh dengan Aku. So Mak sponser semua sebab dia kata first dia pergi umrah dulu, dia dah berjanji depan kaabah nak bawak kami ni ha....

Nak dijadikan cerita, perjalanan aku pergi umrah tu alhamdulillah. Sebab aku kecik lagi. Jadi aku tak mengerti kenapa orang nak kena nangis-nangis depan kaabah, kepada dorang nangis masa nak tinggal Masjid Nabawi. Setiap kali melawat makan dorang nangis. Aku memang tak mengerti. Tapi sekarang aku dah tau la kenapa. 

Ada beberapa keping gambar yang aku nak share.. gambar kabur sikit sebab aku snap thru handfon je.


But u know im gojes kan,...hahaha!

Ini kat apa eh orang panggil tu, tempat bertemu jodoh. Ofcoz la masa ni aku takde doa apa-apa. sebab darjah 6 pun tak ada pakwe. Kalau orang tengok muka aku masa darjah 6 ni pun takde maknanya nak ngorat. Sobs..

 

Tapi Ateh aku tak tau la kot-kot dia ada doa pape. Time ni dia form 3. tapi dia tak hensem mungkin takde gf kot.


Melawat tempat orang nak melontar. Besar sangat tempat ni rupanya. Tapi mengikut agent travel kami, tempat ni penuh dan sesak masa haji nanti. Ofkos laaa... *mata ke atas*


Bersama abah ni dalam hotel. Hehe! Kitorang dapat bilik anak beranak. Aku suka pergi umrah dengan DAKNA. Dorang ni memang bagus gila. Service memang TIP TOP. Mak dengan abah aku sampai sekarang ni mesti travel dengan DAKNA. Haritu adik mak aku pun travel dengan DAKNA. Even kampung kau kat Perak, dorang akan pergi Perak sana untuk advice and ajar apa yang perlu apa yang tak perlu. Bagus kan... So kepada yang first time nak pegi tu takde la cuak sangat.


Bersama emak tercinta.
 

Opah, Emak, dan aku. Aku makan lollipop. ~Darjah 6~
hew hew hew
 

Melawat pokok anggur yang dorang nak buat kismis. Kat Malaysia kan jarang ada pokok anggur. Masa ni first time la tengok. Aku kan kampung
 

Berhenti kejap kat tepi ni, ini bukan air terjun. Aku tak ingat air apa


Depan hotel. Tunggu kawan-kawan (makcik-makcik) turun sebab kite nak gi jalan-jalan melawat.


Salah satu kedai kat Jordan. Abah bangga gila la dapat pegang pedang tu...
 

Amboi duduk macam big bos. Haha!


Tengah makan kat bawah hotel. 

Ada banyak sangat lah gambar, dont worry aku memang hot gila time ni. huhu!

Balik dari umrah, kawan-kawan cikgu-cikgu memang semua tau la aku pergi umrah. Masa tu berapa kerat sangat orang pergi umrah kan. Bila sorang pergi satu sekolah kecoh. Sampai semua mintak kurma, air zam-zam, kacang-kacang, tasbih. Der? Ingat aku ada duit nak belikan untuk dorang?

Sekarang ni memang ada niat nak pergi lagi. Ingat nak tunggu kawin dulu baru pergi. 
*angan-angan harus ada*

Sebelum ada anak baik ko pergi, kang ada anak dah susah. Kalau ada peluang, ada rezeki lebih, pergi je k.
lalalalalala~~~

8 comments:

Puteri Satu said...

ALAHAI... kamu memang seorang kanak2 yang sangat comel :)

Yunus Badawi said...

Bestnya kecik2 dah pergi umrah. Semoga dapat pergi lagi lepas kahwin nanti. Nak honeymoon kat sana pun ok jugak .... hehehe

Irfa said...

mmg kamu comel sejak azali ke?
kembang la tu.hehe
insya Allah pjg umur boleh pegi lagi dengan suami ye

sharifah rosidah said...

Muka tetap cute gitu, tapi sekarang lagi lah comel lote.

bvlgarigirl @ Arianna said...

alala comel sgt kau masa ni. innocent gile la muka tu hehe.
selamat berpuasa ye comel

CikFi said...

cik sepet comel huhuhu

RieNa said...

betul, pegilah kalau ada rezeki dan kelapangan. sbb nak tunggu pegi haji tunggu turn lama sgt (melainkan pegi ikut pakejlah.)

ia pengalaman yg takkan lupa.ia tempat yg panas, susah,tp org takkan serik nak pegi. :)

Haryati Hamzah said...

beshnye sepet dah pun smpi sana, sy taktau bila lagi....InsyaAllah 1 ari nanti teringin nak smpai jugak....