Followers

nuffnang

Video Iklan BB Cream By Seqy Beauty di TV9

Jul 30, 2012

Aku cuma suka apa yang aku suka

Hehehe! Orang macam aku ni sebenarnya tak bagus. Betul tak tipu. Sebab aku ni macam leceh sikit. So kat sini perangai buruk aku sepanjang ramadhan tahun. 

1. Aku tak suka orang yang jenis paksa-paksa. 

Contohnya kan, kalau aku tak nak ikut dia. Lepas tu paksa-paksa aku jugak. Pujuk la apa la. Aku tak suka. Kadang-kadang memang aku ikut, tapi aku tak suka la. Aku tak suka buat benda yang aku tak suka. Sebab tu bila lama-lama aku macam malas nak berkawan. Aku rasa Ceera pun jenis macam ni. Jemah pun..ke semua family Noh macam ni..hehe! Sampai takde kawan, kawan dengan adik beradik je. Boringgg....

2. Tak suka buat benda yang aku tak suka.

Macam lebih kurang kan. Hehe! Aku boleh buat, tapi aku tak suka. Macam tu. Macam dulu aku blaja farmasi, aku boleh belajar, tapi aku tak suka. Aku kerja farmasi, aku tak suka, tapi aku boleh buat. Konsep dia macam tu la.

3. Tak suka bila Qery tak nak dengar cakap aku

Hahaha! Okey ni selalu terjadi. Contohnya, aku tak nak tengok wayang, tapi dia paksa jugak tengok. Dah la aku tak suka. Sepanjang tengok wayang aku tidur. Lantak kau di situ. Lepas tu Qery bukan ada perasaan serba salah ke apa. Lagi dia tepuk-tepuk badan aku suruh tido. Asalkan dia dapat tengok wayang dia puas hati. Kuang aja.

4. Suka bila takde ikatan.

Maksudnya, hehe! Ikatan perkahwinan ke, atau ikatan pekerjaan ke, aku tak suka. Okey fine. Perkahwinan tu over sangat kan. Tapi memandangkan sekarang ni nak buat kerja apa pun susah. jadi aku rasa nak kawin. Susah okey, satu lagi kesian kat Qery tiap kali nak collect barang kena datang rumah aku. Tiap kali aku nak buat kerja kena datang rumah aku. Aku dah la suka pinjam laptop dia. Kahkahkah! Sebarang benda-benda yang ada berikat ni aku tak suka. Aku suka bebas buat apa yang aku nak. Aku tak suka pergi kerja pukul 9 balik pukul 5. Tak suke

5. Cepat bosan. 

Semua benda yang aku buat, lebih-lebih lagi benda yang aku tak suka, aku cepat bosan. Tak kisah la buat apa pun, bercinta pun kadang-kadang bosan. Aku banyak kali bgtau Qery aku dah bosan bercinta. Hahaha! Lepas tu dia ajak kawin tak nak pula. Kenapakah? Kalau kawin pun kena bercinta jugak kan..Hoih! Aku tak suka buat benda yang sama hari-hari. Macam tu la. Kalau first year okey, second year buat benda sama. Aduh...pening kepala.

Perangai-perangai di atas membuat muka aku cepat berkedut. Lalu terus membeli mask


Garang tak?
 

Esoknya terus rasa muka bersewi sewi

Qery tau perangai aku ni, semalam dia cakap kat aku

'Kamu ni kan, kite tengok jenis tak suka benda yang ada komitmen kan. Kamu suka kamu buat, kamu tak suka pun kamu buat, tapi mulut membebel, nanti dah kawin bla bla bla bla bla'

*nangis kena mawah*

Comel tak aku cakap mawah mawah bersewi sewi, lalalalala~~

5 comments:

Mooniqueen said...

Jeles gile dengan seflawlesan kamu itu...

Alfi Kasran said...

satu,dua dan lima,
kita sama,
inilah pantun di bulan puasa.

*tiba2..hehe

Alfi Kasran said...

satu,dua dan lima,
kita sama,
inilah pantun di bulan puasa.

*tiba2..hehe

sepet a.k.a zack_u said...

Mooniqueen : Edit edit, jangan tertipu..hehe!

Alfi Kasran : Kena sangat pantun tu..hehe!

Chikova_Airashii said...

sepet..u dah fully hijab ke??? btw look gojes in hijab.. nice =)