Kawan-kawan zaman sekolah

Semua orang ada barang yang bersentimental value kan, aku pun ada jugak la. Kotak kat bawah ni adalah kotak gambar-gambar kenangan aku. Eceh, kenangan lah sangat. Dalam ni gambar pakwe lama pun ada, boleh? Takpe tak kawin lagi, dah kawen kite bagi buang semuanya ye.


Mari bukak tengok apa yang ada


Simkad maxis punya buku pun ada lagi, masa ni no pertama yang aku beli sendiri. So simpan la kan. 
Yang paper bag kat atas sekali tu pun paper bag pertama yang Qery bagi kat aku *phew*

Dalam ni semua gambar-gambar masa sekolah Teknik
 
 
Tak boleh bla kan, aku rasa nak lempang je buat macam tu, dengan muka hitam melekit-lekit, euw!
Budak-budak perempuan ni semua budak Letrik, aku kan budak Mechy, tempat Prep kat sebelah. Sebab warden tak ada, jadi aku merayau ke bilik prep budak letrik lalu snap gambar banyak-banyak. Kitorang prep tak campur lelaki. so tu yang ada yang bukak tudung, lepas tu semua muka sedih, cer ada laki, aku ingat turun prep siap pakai bulu mata pelsu...kuikui!


Ya Ampun, nasib la Qery dapat awek tak semenggah macam ni, tapi aku mempunyai cahaya kebenaran kan, apsal kat aku cahaya lebih? fokus over sangat nih
 

Kan? Cahaya keimanan la aku rasa... *mata ke atas*
 

Kat atas ni malam kemerdekaan, kitorang dibenarkan melaram, nak pakai tudung jenis apa pun sukati, kalau tak kitorang kena pakai tudung jahit tengah okey, tak boleh selimpang-selimpang. Masing2 muka calon ustazah pilihan....Der? Nak pakai mekap pun boleh, time ni semua la keluarkan eye shadow, lipstick. entah mana datang stok dorang tu. Kan tak boleh bawak. aku ni takde la pakai pape. Kuar-kuar dorm tengok kawan-kawan memasing berlipstik, bermaskara. Apakah? Korang sorok mekap dalam sabun basuh baju eh?


Tudung pun ini la yang paling cantik aku ada. kesian betul. Orang lain semua meriah. Takpe, asalkan hot *sedapkanhati* Time ni aku ada pakwe tau, bukan Qery la. Masa ni dapat jeling dari jauh pun jadi. Lepas tu dalam hati nak pakwe kite cakap kite cantik. Hok oloh? Bila tengok balik gambar ni sekarang, macam ni cantik? Kesian pakwe lama aku terpaksa berbohong, hahahaha!

Malam tu aku, Ros (baju biru) berlakon theater (ewah teater, kelas ko...) bukan teater la sebenarnya, tapi berlakon zaman penjajahan zaman dulu, time Jepun datang Malaysia, Ros berlakon jadi perempuan kena rogol, aku berlakon jadi orang kampung cangkul-cangkul kebun kena tanam padi. Okey la pakai tudung gitu kena berlakon jadi pekebun, Ros pakai cantik-cantik berlakon kena rogol. Apa pun tak boleh la kan..huhu!

Lepas habis semua lakonan, ada la cabutan bertuah. Ewah aku mungkin bertuah malam tu sebab tak pakai mekap...Kuikui!


So bergambar dengan Cikgu Amin *cikgu mechy kesayangan* Hello, dulu Paper Mechy i mesti markah paling tinggi okey, haruslah cikgu sayang lebih *Ya Allah berlagak gila, tinggi la sangat, pui*

Okey dah habis sesi berlagak, marilah kite lihat barisan perempuan gedik yang tetiba ada separuh yang gedik tu dapat jadi pengawas. Bagus, boleh cover line tiap kali kuku i panjang, atau tiap kali i pergi sekolah tak pakai kain dalam..lalalalala~~



Tak nampak sangat kan..kabur-kabur, semua cantik sebab tu la semua gedik. Lelaki kat sekolah aku tu bukan boleh tengok geng kitorang ni, kitorang kan cantik, lalu tak layan lelaki. Jadi dorang tak suka la, terus tubuhkan Fuck Girl Community, macam harem je. Padahal orang tak layan, tetiba nak mencarut-carut tak tentu pasal. Tak dapat terima kenyataan. Bukan batch aku la, ada la senior aku tu. Kan aku dah perasan cantik, takbur sangat dah ni..huhu!


Kitorang punya tahap tak melayan lelaki ni, siap orang cerita pasal lelaki paling hot kat sekolah pun kitorang tak kenal. Tak perlu kenal kot, tak dapat apa. Tapi sebab form 5 aku dah gatal sikit (OMG anak-anak jangan ikut perangai aku ye) So aku kenal boifren aku je la. *libas rambut*

Yang aku peluk sedap-sedap tu Fatin, yang bawah aku tu Raihan. Yang lain tu malas dah nak taip, haha! kitorang dulu memang rapat sangat. Makan sama-sama, mandi sama-sama, kena sound pun sama-sama, redha je la.. Hehe! Tapi paling kesian Fatin la, asik dia je kena sound, dah tu sapa suruh kau warna rambut. kahkahkah! Tapi jadi pengawas. Amboi


Masa ni hari Sabtu ke Ahad, parent boleh melawat, jarang la mak aku melawat. Setahun sekali la kot. Tiap kali kol rumah, hari Jumaat Sabtu Ahad je boleh kol, so Jumaat petang tu kol la saje je, sebab sume orang kol, takkan la ko tak kol kan. Jadi aku pun kol

Aku : Hello, abah..kita tak cuti tau minggu ni, kalau nak datang boleh la.
Abah : La abah ingat ko nak duit

Kahkahkah! Kalau nak bagi apa salahnya

Aku : Haah, memang takde duit pun dah, nanti abah masukkan Rm50 eh.
Abah : Ok
Aku : Mak tak datang ke?
Abah : Tak

Fine, tau dah jawapan tu, saja je buat-buat tanya..huhu! Ada kawan aku kol siap nangis-nangis, tak paham aku. Kang ko balik kang jumpa la kan. Siap ada yang nak balik sangat, sampai sanggup tak makan, buat-buat gastrik, so boleh balik. Manja sangat. Takpe, mungkin dorang adik beradik 3 je, boleh la buat perangai mak ayah boleh layan. Ni mak aku anak 9, ko mengada2 nak balik, tak payah la, duduk je asrama tu, balik rumah pun mengabiskan boreh yo..hahaha!


Rehat kat kantin, baju biru ni baju amali. Kalau haritu ada masuk bengkel so pakai la baju ni. Aku suka sangat la kalau ada amali, tak payah pakai baju kurung, pakai ke tshirt ni. Baju kurung dah la kena gosok kat bilik khas. aku pun tak ingat la bilik apa nama dia, lepas tu kena tunggu turn. So sayang la nak pakai. Kirenya kalau komot sikit pun esok pakai lagi. So memang duduk sopan-sopan je kat sekolah. Aku dah la tak berapa sopan. Aihhhh

Tu je gambar masa sekolah.

Form 4 - Form 5

Comments

Irfa said…
pun ada kotak sakti.surat cinta lama2 pun masih simpan..bila baca balik..
geli sampai nak muntah ;)
Puteri Satu said…
nak komen gelak jek leh tak.. kih kih kih kih (gelak sambil tutup mulut...) memang kelakar....

p/s : leh tengok tak gambar boipren lama tu na...??? ngeeee
Que said…
bile tgk gambar2 tu terus rase rindu kat smtdlm. hehe
hai kak zack-u *tetibe nak hai kannn* haha
Sepet said…
Irfa : Surat cinta simpan tempat lain..huwahuwahuwa! Tak teringin nak baca. geli nak mampos kot. hahaha!

Puteri Satu : Saya dapat bayangkan akak gelak comel sangat *mata ke atas* hahaha!

pAri-ParI tErbAng tiNgGi : Kan...best sangat2

Que : Haiiiii!!! =)