Selalunya kalau hari Isnin sampai Jumaat kitorang berbuka anak beranak je. Yang bujang-bujang tinggal la 4 orang tambah emak abah. So yang ni lauk berbuka untuk 4 orang semalam.
Ikan goreng tumis. Ada ke nama macam ni. Hehe! Aku hentam je la memandangkan aku memang fail nama-nama masakan.
Jantung masak lemak. ke santan? paham kan...huhu!
Kerabu paling lazat. Habis okey
Gulai nangka
Kuih badan berendam aku beli
Kuih jala aku beli
Kuih tepung pelita abah beli
Pengat pisang mak aku masak
Air tebu aku beli
Kambing golek ateh beli
Kuih telinga ateh, haha! Ni ateh beli
Punye la banyak. Sekali mak aku amik gelas besar gila. Dia tuang air tebu dia. Korang tengok betapa tamaknya mak aku ni. Haus sangat ke? Over sungguh
Sebelah tu cawan aku, gelas biasa. Yang sebelah tu dia punya. Kebetulan abah aku pun beli air kelapa untuk dia sorang. Laki bini tamak.
Air kelapa abah punye.
Lepas tu aku tegur la.
'Mak dengan abah ni haus sangat ke? Kite letak kat blog mak dengan abah punye perangai macam anak buah kite je'
Lepas tu dua-dua gelak tutup mulut. Der???
Anak buah aku, kalau pergi param. Beli air sendiri. Nyorok kat sebelah. Air yang aku beli pun dia minum. Air yang dia beli, dia tunggu semua air habis baru dia minum. Sama la perangai ngan mak abah aku ni. Mak aku cakap
'Bang, Ana letak gambar dalam belog dia, habislah kite'
Takut pun...hihihi!
Comments
semua makanan macam nak buat knduri jer
http://sukasukimystory.blogspot.com/2012/07/i-love-you-beribu-kali.html