Jul 25, 2012

Berbuka Untuk 4 Orang

Selalunya kalau hari Isnin sampai Jumaat kitorang berbuka anak beranak je. Yang bujang-bujang tinggal la 4 orang tambah emak abah. So yang ni lauk berbuka untuk 4 orang semalam.

 Ikan goreng tumis. Ada ke nama macam ni. Hehe! Aku hentam je la memandangkan aku memang fail nama-nama masakan.

 Jantung masak lemak. ke santan? paham kan...huhu!

 Kerabu paling lazat. Habis okey

 Gulai nangka

 Kuih badan berendam aku beli

 Kuih jala aku beli

 Kuih tepung pelita abah beli

 Pengat pisang mak aku masak

 Air tebu aku beli

 Kambing golek ateh beli

 Kuih telinga ateh, haha! Ni ateh beli

Punye la banyak. Sekali mak aku amik gelas besar gila. Dia tuang air tebu dia. Korang tengok betapa tamaknya mak aku ni. Haus sangat ke? Over sungguh

 Sebelah tu cawan aku, gelas biasa. Yang sebelah tu dia punya. Kebetulan abah aku pun beli air kelapa untuk dia sorang. Laki bini tamak.

Air kelapa abah punye.

Lepas tu aku tegur la.

'Mak dengan abah ni haus sangat ke? Kite letak kat blog mak dengan abah punye perangai macam anak buah kite je'

Lepas tu dua-dua gelak tutup mulut. Der???

Anak buah aku, kalau pergi param. Beli air sendiri. Nyorok kat sebelah. Air yang aku beli pun dia minum. Air yang dia beli, dia tunggu semua air habis baru dia minum. Sama la perangai ngan mak abah aku ni. Mak aku cakap

'Bang, Ana letak gambar dalam belog dia, habislah kite'

Takut pun...hihihi!

7 comments:

nfr said...

Sepet, tu bukan badak berendam ke? Sepet tukar nama baru jadi badan berendam terus ehh.. Ekekekeke

ceera said...

Ala, petang ni atam tak buka rumah mak. Masih berbuka kat rumah mertua. Bgtau mak k. Besok baru buka kat rumah mak, suh mak masak kerabu lagi. Wahhhh demand, haha....

viruspadu said...

hahaha kelakar la mak abah ni. Adoiyai. terus andak terbayang2 abah gelak tutup mulut masa belum buat gigi tu hahahaha

Riena Haiqal said...

bukan badak berandam eh? hehehehh (^_^)
semua makanan macam nak buat knduri jer

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

mesti lah macam tu, sebab masa zaman anak2 kecik mak ngan abah tak dapat merasa air banyak macam tu.. sebab nak dulu kan anak2. sekarang anak2 dah besar ..

Unknown said...

baca niyh . . hehe

http://sukasukimystory.blogspot.com/2012/07/i-love-you-beribu-kali.html

sharifah rosidah said...

Sampai hati awak bagi tahu satu dunia yang mak dengan abah awak minum pakai gelas gergasi. Malu weiiiii mereka berdua tu tapi memang lawak lah.