Barang-barang Mekap yang kasihan

Kerana dah tak ada idea, jadi aku ingat nak share barang-barang mekap aku yang kasihan ni kat korang semua..Kenapa kasihan? Marilah kite rungkaikan..ewahh..haha!

Aku ada 3 beg mekap, bunyi macam banyak, tapi sebenarnya sikit je. Meh aku tunjukkan beg-begnya


Biru tu belikat Jusco 4 tahun lepas kot. Sebenarnya dia warna biru pekat yang sekata, tapi aku cuci dengan clorox. Sebab anak buah aku main.*semua kalau menangis bagi mekap terus diam, habis mekap maksu dia kena cungkil-cungkil, belum ada anak mekap dah berlubang-lubang, tak paham betul*, habis pemerah pipi tu terabur lalu melekat-lekat warna dia kat luar dan dalam. Gincu pulak tetiba ada yang patah. Tetiba beg pakai gincu jugak. Nak marah tak boleh sebab aku yang bagi main. Lepas tu muke comel sangat. Takpelah sambungla main...sobsss

Masa aku cuci beg ni. Aku beli beg warna emas tu. Itu kalau tak silap beli 2 tahun lepas. Sebenarnya bag mekap tukar-tukar, tapi ini yang masih ada la. Kirenya pernah je beli yang macam lain, tapi beg tu tetiba aku buat isi ubat la, isi pen la. 

Yang warna pink coklat tu baru sangat guna, haritu beli barang kemas dapat beg ni. Bagus jugak beg ni tak besar sangat tak kecik sangat. Jadi beg ni boleh la jadi beg makap aku. Sebab barang mekap aku yang aku biasa pakai tak banyak.


Beg mekap pink ni memang dalam beg aku tiap masa
 

Ini lah barang-barang wajib itu. Foundation tu dari Silky Girl, so biasanya aku pakai kalau ada jerawat je. Nak cover jerawat punye pasal. Kalau tak aku pakai bedak kompek tu je, dari Pixy. Lepas tu pakai eyebrow dari Silky Girl jugak. Sebab kening aku tak lebat macam korang. Lipstick tu aku pakai dua-dua. Sebab kalau combine dua-dua warna ni jadi cantik. Tapi selalunya aku pakai yang warna pink tu je.

Cukup la. Itu pun dah kira bagus aku nak pakai. 

 

Beg ni la untuk mainan budak-budak. Kalau dorang nangis je dalam bilik aku. Aku campak depan muka dorang, cewah macam bagus je campak campak. Haha! Hadapkan dorang mekap. Terus senyap. Lepas tu berangan princess ingat dah cantik sangat mekap pakai lipstick comot2. Lantak kan. Asalkan ko diam sudah.
 

Nampak tak berterabur. Pedulik, bukan aku pakai pun.
 

Ini lipstick, yang aku tak pakai. Pakai sekali lepas tu terperap dalam beg ni. Ini antara yang okey, yang dah tak okey aku dah buang. Kang berlipstik lagi beg aku.Dah la beg ni tak boleh basuh. Jenama takyah tau la k, bukan mahal pun macam korang punye


Pemerah pipi tu beli sebab Qery paksa, aku paling tak suka pakai pemerah pipi. Sebab aku tak reti pakai kot. Lepas tu nampak tak neutral la muka kalau ada pemerah pipi. Mungkin la kat muka korang cantik. bila aku pakai macam badut. Tapi Qery suka. Malas aku nak melayan dia. Yang kanan sekali tu aku tak pernah pakai. sebab tak reti. Dapat free masa kat beli barang kat airport hongkong dulu. Aku beli banyak barang BodyShop, dapat la free ni. Tapi tak pakai. Sapa nak? Yang warna-warna kat mata tu beli masa mekap anak murid Qery, bukan sebab aku nak pakai. Aku memang tak reti pakai.
 

Maskara, avon la maybeline la, in2it la. Pakai kalau ingat. Hehe! Yang bawah sekali tu eye liner. Tapi aku tak reti pakai. Jadi simpankan aje. Sebelah eye liner tu untuk warna-warna mata. Hahaha! Sorry la aku memang fail la bab-bab nama mekap ni. Selalu aku panggil warna mata je. Korang paham kan... Itu sejak 4 tahun lepas. Memang aku pakai sampai sekarang. Sebab senang. Dia macam stick, sapu je, senang. Lepas tu amik warna selamat. Warna gold kan macam warna kulit sikit. Kalau comot sikit pun orang tak perasan. Hehe!


Aku memang suka beli foundation ni banyak-banyak. Simpan sana simpan sini. Sebelah dia tu pun beli masa kat bodyshop hk. Biasalah perempuan, tengok itu tengok ini nampak macam best terus beli. Lepas tu tak pakai. Sebab yang ni dia jadikan kulit kita gelap. Bila aku pakai jadi gelap sangat. Macam dayang senandung dah. Jadi aku terus tak nak pakai. Sapa nak?


Ohoooo, aku tak tau kenapa bulu mata pelesu ni ada dalam bilik aku. Aku syak ni mesti Jemah punya. Dia kan kaya sukati je tinggalkan barang-barang dia. Rumah aku ni merata barang dia. Kalau dia balik la. AKu simpankan aje. Tu perfume Dhia, budak tempat kerja jual. Wangi sangat. Aku beli banyak-banyak. Qery habiskan. Kuang aja Qery ni. Lepas tu order je kat aku suruh belikan. Pandai... Satu botol tu memang la kecik, tapi jenis yang calit2 je, bukan spray. Dia boleh habiskan seminggu. Sampai kaki kot pakai perfume. Huhu!


Beg ni takde apa. Beg ni aku bawak kalau nak gi jalan satu hari suntuk. Contoh gi Melaka ke, gi Genting ke. Kerana?
 

Why like this?


Yang love-love tu beli kat kawan aku. Kenapa aku perlu bawak pin? Sebab kalau aku keluar, Qery tu suka dengki. Dia suka suruh aku pin sana tutup sini. Jadi sebelum dia tarik muka dan merajuk sebab aku tak pin pin pin. Jadi aku bawak je. Getah rambut wajib.
 

Perhiasan diri. Sebab aku ni jenis suka lupa dan kelam kabut nak pakai perhiasan. Sebab aku rimas. Qery suka. Benda ni dah lama ada dalam bag ni, Qery kan suka i jadi gegirl2. 


Inai? hahaha! Korang tau kan aku suka pakai inai. Jadi aku mesti simpan inai ni dalam bag ni. Senang aku nak pakai lagi.
 

Bedak ubat mata semua aku bawak. Incase la tetiba mata pedih ke. Tapi tak pernah pun. 
 

Tapi kan, baru perasan dah nak expired. Ada 10 hari je lagi sebelum expired. Tak pedih pun kena pakai.

Okey tu je setakat ni barang yang ada dalam beg mekap aku. Kesian aku, takde pun mekap jenama MAC. Sebab tu la mekap-mekap aku kasihan...tak mampu nak beli. Sobs... Kalau ada kompom hari-hari mekap. Mesti i bertambah jelita..

Mesti punye.....

Kompom!

Okey dah tu. Bye!

Comments

Riena Haiqal said…
banyak juga tu.. daripada saya ni memang benda penting cuma bedak pixy, foundation, eyeliner dan blusher.. itu jer.. lain2 tak der.. hehehehehe..
meh la sini bagi saya satu.. hehehehehe.. (^_^)
Syamimi Saad said…
bnyk juga tu..dari sy ni,sthun skli pun xtntu beli..yng pkai pun lipstik je..sebab bila jmpa tunang hrus pkai..tuk mta ke bnda2 lain sume xde..xreti nak pkai..
bila pkai makeup trasa muka mcm hntu..sob..sob..
julie"anne said…
Yang mcm dayang senandung tu bukan foundation. Kan dia tulis bronzer tu. Mmg bukan utk pakai seluruh muka. Pakai kat tempat2 tertentu bagi nampak sun kiss je. Cube try tgk youtube cane dorg apply bronzer. Pasti pasni rajin mekap. Hihi.
Unknown said…
sepet kalau tak make up pun cantik dah. kulit flawlesss
Irfa said…
emm banyak la jugak w,pun banyak yg tak pakai.hehe

akak punya ada lisptik sebatang,lip liner sbb takut pakai lipstik sememeh.pastu bedak pixy mcm kamu.dah tu je.ops lupa,baru je beli sepapan eyeshadow tp pakai satu kaler je//nak pakai mcm2 kaler takut jd badut
Zaqyah Razak said…
sepet, nak bronzer tu! kite macam kamu gak, mempunyai mekap-mekap yang kasihan perghh baik guna duit gi makan dari beli mekap :D
Tu dah kira banyak lah nak banyak macam mana lagi, aunty yang dah tua ni pun tak banyak barang2 mekap, malas nak mekap beria ia aunty selalu nya suka pakai eye liner dan lipstick la.
Kak hana said…
Bronzer tu utk shading..hehe..pki kt satu.muka mmg cm dayang senandung.hihi