Perasan gila

Sejak dah meningkat dewasa *ayat*, dah takde nafsu sangat nak usha lelaki. Korang tau kan Qery tak fun. Mula-mula kapel dengan dia, terus kena tukar nombor fon. Babai semua lelaki hot. OMG dulu aku ada beberapa list lelaki hot tau. Siap ada yang muka sebijik Aaron Aziz *tipu*

Ada yang kaya, ada yang hot, ada yang perasan kaya dan perasan hot juga. Hahaha! Takpe, asalkan kau hensem, aku biarkan nombor ko duduk diam-diam di situ. Eh bukan aku tak suka ke lelaki hensem. Tapi tadi bunyi macam suka je kan. Wakakakaka!

Ok motif kita simpan nombor tepon lelaki hensem ni adalah untuk mengenakan dia. Iolls dah bagitau dulu perangai ada sedikit keji. Suka mempermainkan lelaki. Hello? Lelaki hensem adalah sangat perasan okey. Dia ingat dia nak mainkan perasan aku, sorry naik lori. *wah dah lama tak sebut ni, haha*

Bila dia dah suka sikit-sikit kat aku, masa tu la aku akan tinggalkan dia tanpa perasaan.

Haaaaaaaaaaaaaaaaaa...cite macam wajah aku sebijik Nora Danish tak? Jelita habis engkau ni. Hahaha! Ok perasan cantik perlu bagi semua perempuan. *mata ke atas sangat-sangat*

Itu masa muda okey, perangai macam tu adalah perangai budak 20 tahun ke bawah sahaja. Pleaseeeee. Yang dah berumur jangan la buat perangai macam tu, dah tak comel dah. Bila start 21 ke atas. Dah kurang nafsu nak main mesej layan-layan jantans lagi. Padahal sebab dah tukar no baru, no lelaki dah hilang. Looser sangat.

Tu takpe la. Aku memang rasa dah tak remaja sangat. Sebab kawan pun ramai makcik. Anak buah pun tak nak kawan dengan iolls lagi. Semua rasa maksu dia tak fun.. macam ni la budak-budak sekarang. Tak hormat orang tua. *tetiba, hihi*

Punya la panjang mukadimah. Sebenarnya aku nak cite...

Haritu jalan kat Jusco, semata-mata nak makan Tepanyaki. Masa dah duduk, brader dah setel ambik order. Aku cakap dengan Qery nak gi toilet kejap.

S : Ucuk ite nk gi toilet
Q : *jeling*

Holoh nak anjeee pun tak boleh, asik kena jeling je..huhu!

Aku pun jalan la penuh gaya cover habis la. Jalan sorang-sorang memang macam tu. Ko akan ada perasaan orang pandang kau jalan. Padahal takde sapa kesah pun kan. Hahaha! Aku memang ada perasaan tu setiap kali jalan sorang. Mesti jalan nak cover. Bila jalan dengan Qery takde pulak nak jalan cover-cover kan.

Masa jalan tu lalu la kat eskelator ni. Nampak ada sepasang kekasih. Aku rasa budak lagi kot. maybe 19 20 gitu la. Yang lelaki hensem. Sebab lelaki ni mengadap ke arah aku, jadi aku nampak la dia. Tapi tinggi so so je. Kalau aku pakai kasut tinggi mungkin sama tinggi dah.Yang awek dia hot. Rambut perang kerinting yang cantik tu. Pakai baju takde lengan. Memang hot habis la. Sesuai la pakwe hensem makwe cantik.

Tapi aku tak nampak la muka perempuan tu, aku nampak dari belakang je. Dia tak mengadap aku. Tapi yang lelaki tu mengadap aku. Aku bukan nak sangat pandang laki tu. *tolooong la percaya* tapi ko pernah tak, tetiba terpandang. sekilas je la. Tapi ko tau la dia hensem. Gittew.

Lepas tu kan. Lelaki tu toleh 2 3 kali kat aku. Macam nak mintak no telefon aku je. *matiklah perasan gila ni, hahaha*

Masa tu aku rasa aku ada tersenyum sikit kat dia hokey. Gilaaaa lahh... Nasib Qery takde. Lepas tu dia pun senyum kat aku balik. Amboi dik, awek kat sebelah kot. Lepas tu aku dah melepasi eskelator, pasangan tu pun dah sampai atas dah. Masuk toilet dengan perasaan gumbira.

Lepas gi toilet, cepat-cepat gi kat Restoren Tepanyaki balik tengok Qery tengah main fon. Aku kan excited.. Terus cerita kat Qery

S : Kamu!! Kite hot kan!!
Q : Kenapa?
S : Tadi kan, ada sorang mamat ni, awek dia punya hot kat sebelah. Dia pandang kite 2 3 kali. Pandang tak lepas. Siap senyum macam nak goda kita. Kita cantik sangat yeah harini?

Homagad! Hahahaha! Perangai apa ni Sepet??!!?? Telan air liur Qery dengar. Mungkin hampir takde selera. Huhu!

Q : Awek dia hot sangat ke?
S : Iye la hot la. Kamu tak tengok tadi. Rugi.
Q : Laki tu pandang kamu. Kamu pun gatal melayan kan.
S : Tak. Kita pandang je. Ter la. Ter pandang kan takpe. Tak sengaja. Pastu ter senyum sekali.
Q : Lebih la ni.......
S : Hihi! Kite cantik sangat yeah sampai dia pandang 2 3 kali?

Dengan harapan nak Qery puji aku cantik ke apa kan..

Q : Agaknya dia ingat kamu makcik dia kot. Tu yang pandang 2 3 kali nak pastikan.

(___________________)

Benci Qery Benci Qery *sambil tumbuk-tumbuk bahu Qery*

Lepas ni nak telan Felinna Vit C+ Pure Collagen 10 biji sehari. Apa nak jadi, jadilah. Asik orang ingat aku makcikkkkk je... *nangis*


P/s : Still promosi Felinna Inchloss 2 botol RM120 + RM6 Postage. Beli satu RM75. Felinna Vit C + Pure Collagen Terhad. Next stok maybe Jumaat *tak janji*, Sapa nak cepat-cepat sms/wassap aku yeah. 012-2678134. Kalau nak order dan bayar harini je wassap tau, kalau rasa nak bayar esok atau minggu depan, wassap esok atau minggu depan je yeah. ok tak klaka.

Comments

Nur Abu Bakar said…
entry nk promote Felinna ke hape ni sepet??
Irfa said…
sian Qery dpt awek sengal mcm kamu
hehe
Shahada Fauzi said…
hahahaha..comel betol korang berdua ni..suke la baca belog kamu ni zuhana..buat kite terhibur..
cikji said…
hahaha sabar. makcik pun okey,makcik gojesss hihi
Puteri Satu said…
nak gelak terkekeh2 sorang2 boleh tak...??? kelako giler....
Unknown said…
hahahha..telan jgn tak telan, gerenti makin muda macam kanak2 ribena pasni :D
Terasa ai...ai kan makcik makcik...terus majok, terus rasa apakah kesalahan makcik ni berkawan dengan anak2 muda...
Khalilah said…
Sy rasa mood dah tanak usha2 org ni selalu terjadi pd org2 yg dah lama berada dlm relationship yg serius... Unless tetibe pasangan dah tak menawan hati --> ade pengalaman nih ;P

Qery sgt menawan hati awak la tu smpai tak de mood nak usha lelaki lain... :))

Kes pakwe org terusha awak tu... Be careful dear! hehe
Anne mahli said…
Homaigod! lawak gila jawapan Qery! hahaha..pandai dia menjawab kamu kan..hehehe
hahaha.. Qery suka buat kamu down kan bila dia jeles :P
hahaha.. Qery suka buat kamu down kan bila dia jeles :P