Jul 17, 2012

Time aku takde pun


Masa jalan kat Shah Alam, nampak signboard ni, lalu sentap. *hati tissue beginilah*

S : Time kite takde pun signboard ni *sambilmuncungkanmuka*
Q : Time kamu tu tahun bile?
S : 2006 la kot, sampai 2008.
Q : Sekarang tahun berapa?
S : 2012.
 
Baiklah....

Dulu MSU mula-mula bukak, menumpang je kat PTPL, tumpang makmal, tumpang kelas. Sebab baru lagi. Siap sewa rumah kedai kat area giant seksyen 13 tu nak buat kelas. Aku la salah sorang yang tetiba kelas kat giant. Apakah? huhu! Itu kalau tahap pemalas gila nak masuk kelas.

Kesian, tapi sekarang dah ada bangunan sendiri. Time aku study bangunan tu dalam pembinaan. Jadi memang tau la tak sempat nak masuk bangunan baru. So susah-susah la kite belajar jalan kaki kat kelas situ, kelas tak tetap, pindah sana pindah sini. Dulu siap dengar dorang nak bina hospital sekali senang budak2 nak praktikal.

Dah upgrade dah. Mana taknya, kos belajar farmasi je dah berapa puluh ribu? Diploma dekat 80 ribu, kalau degree, seratus lebih. Pitam aku dengar. Itu baru course pharmacy, belum course lain. Kite susah-susah nak belajar, bayar itu bayar ini. Tapi yang dapat ipta ni belajar main-main, kerajaan kite dah bantu banyak dah. Siap taknak bayar PTPTN engko, nak tersedak aku dengar. Amboi pinjam nak bayar tak nak.

Meh aku pinjam duit ko, lepas tu aku tak nak bayar. boleh? hehe! Kalau tak nak bayar tu urusan ko nanti la dengan Allah, kalau kita orang Islam kita takkan makan duit haram, belajar pakai duit haram. Dah besar-besar dah, otak ada fikirlah sendiri ye. Tapi kalau taknak bayar, sukatilah. Cuma tak dapat honeymoon kat London la, dapat pegi Tioman je. Okey??? =P

Meh aku tunjukkan bangunan MSU yang gah itu


Pandangan hadapan.


Inilah dia MSU, sapa-sapa yang study kat sini mesti bangga gila kan. Aku pun bangga gila jadi student MSU. Masa aku study, lecturer dia semua TIP TOP. And, batch aku yang grade, semua dapat kerja senang-senang, sebulan grade semua dah kerja. Serius. Kitorang tak susah cari kerja. Sebab lecturer kitorang dah pesan, masa praktikal, tunjuk kat manager sana, kita memang berkelayakkan untuk kerja, jangan malas. jangan tunjuk bad behaviour,

So sampai sekarang ni, masa praktikal adalah masa yang terpenting sekali. Once kau dah dapat pekercayaan, kau akan bawak nama baik kolej ko. Setakat ni aku tau la kolej mana yang dorang dah blacklistkan untuk amik pekerja. Hehe! Sorang yang buat tahi, praktikal macam harem, terus kena blacklist, kan dah memburukkan nama kolej.

Jadi kalau korang rasa nak senang dapat kerja. Silalah berpraktikal dengan bagus. Jangan rosakkan maruah kolej sendiri. Result tak gempak takpe, kadang2 orang yang result gempak ni bila kerja dia jadi malas. Sebab dia minat belajar je, dia tak minat kerja. Tapi kalau ko rajin belajar dan rajin kerja. Alhamdulillah...

Ewah sangat pepoyo kan. nasihat ex-student MSU di waktu petang. Kbye!

9 comments:

Irfa said...

oh student msu rupanya

QERY HASAN said...

Nanti paksa Qery update pasal jerawat tu. Dah lama tunggu entri episod 3. Tak muncul lagi. Hahahahha.

Suhana Shuib said...

wow canteknya kampus MSU..

Suhana Shuib said...

wow canteknya kampus MSU..

Suhana Shuib said...

wow canteknya kampus MSU..

Sepet said...

Irfa : Haah hehe!

Wan Zulqhairi : okey dah bagitau dia dah...

Suhana Shuib : Cantikkan =)

sharifah rosidah said...

Anak aunty dulu masa matrikulasi pada tahun 2001 tumpang PTPL masa tu kolej matrikulasi tak banyak lagi. Rasa nya itu lah tahun terakhir matrik tumpang di situ sebab tahun berikut nya dah banyak kolej matrikulasi baru yang dah siap.

mimie kiroro said...

skrg keje katne?mimi blaja phrmacy jgak..tp blom dpt keje agy..huhu...blaja kat mahsa university...

Unknown said...

salam, apa entry requirement untuk masuk bachelor of pharmacy kat msu ? saya ada foundation in science. Kalau tak amik bio time foundation boleh ke?