Perli nampak Bang

Aku kan pernah bagitau aku suka sangat minum soya sekarang, aku pernah upload gambar tu, jap aku copy balik

PICTURE HAS BEEN REMOVED

Kalau haus mesti pesan kat Qery beli air soya, sekarang ice lemon tea jatuh no dua. Booo Booooo...
Okey tak yah nak boo sangat, Walaupun tak keluar dengan Qery, tapi Qery hari-hari datang rumah nak bagi beg la, nak bagi duit la, nak hantar barang la eleh cakap je la nak tengok muka aku kan, memalu la tu.. Dah tu before dia nak datang tu selalu la aku pesan kat dia 
'Soya kurang manis satu anne'
Menyirap je dia sebab tak pasal-pasal kena singgah stesen minyak, kuikuikui! Tapi apa nak kata, beli saja lah ye. Dah dua minggu, begitula nasib dia sampai bila-bila, hahaha! Sukeee =)
Tapi, tadi aku telah berkecil hati dengan Qery, kerana dia telah memerli aku dalam diam...
Dia beli aku soya ni.....


Besar okey!!! Nanak!!

Mesti dia malas nak beli esok ni! Tu yang beli yang besar-besar boleh minum 2 hari. Tsk tsk tsk!
Takpe, esok aku mintak ice lemon tea, apa nak jadi, jadi lah! Kena jugak belikan untuk aku air hari-hari. 

Tadi aku mesej dia

S : Nape belikan kita air besar-besar? Mulut kite kecik je la!
Q : Hehe, nanti kamu haus, kamu kan cepat haus.
S : Kamu tak nak beli untuk kite esok kan, cakap je laaaaaaa muslihat kamu tuuuu
Q : Eh tak la, nape fikir macam tu?
S : Iye, kamu mesti fikir kita tak dapat habiskan, jadi esok boleh minum lagi
Q : Hikhik! Mana ada la
S : Sekarang ni kita nak habiskan juga, suruh emak, abah minum sekali..
Q : Boleh habis ke?
S : Kalau tak boleh kita suruh la kucing jiran tu minum. Lantak!

Eiiiii!

Siap la Qery kalau tak nak layan aku esok, aku tak nak tengok wayang cite Spiderman dia tu. Tak kire.

*amarah ni*

Comments

Mooniqueen said…
Hhahha....takpelah sepet, lebih jimat n menguntungkan bila beli yg besar terus...
mila said…
haha adoi lucu sungguh..ade je point
RieNa said…
lagi bagus tu hana. hari2 suruh dia belikan kotak besar. kalau nanti dia beli kotak kecik @ tin kecik,terus merajuk. ok? hahaha
A.R said…
korang ni ade2 aje haha
sila kawin cepat. tak sabar nak nengok:P
Kesian Qery jangan lah buli dia sampai macam tu, ahaks.
Hahaha aunty pun macam awak juga ada group, group kami semua lawa lawa so yang tak lawa tak berani nak campur kami yang perasan lawa ni selalu pergi sekolah pakai uniform sekolah yang gown biru tu, uniform tu kami pakai paras peha je baju kurung langsung tak pandang ok.

Group yang havoc2 ni memang di gilai oleh budak2 English College(maktab sultan abu bakar) yang berjiran dengan kami.
mannira said…
dear..nak bgtau..kalau boleh avoid minum soya ya..soya pemangkin kanser..serious..ni DR kat SJMC bgtau DR Delaila..sila avoid..my opismate ambik herbalife..dia mmg kurusla..tapi lps tu whole ovari dia kena buang..sbb Dr detect something weird dlm ovari dia..

so knowledge unuk semua ya..
Sepet said…
Mooniqueen : nak kecikkkk jugak..tak kireee...huhu!

Cik Cammy Lia : qery tu..dia yang bersalah...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P : Saya je sweet, qery tak..eh? Huhu!

RieNa : Tapi suka kecik, tak suke besar...kotak tak sedap...huhu!

rerehalim : okey kite cecepat kawen k..hikhik!

pAri-ParI tErbAng tiNgGi : itu yg penting...lalalalala~~~

sharifah rosidah : Aunty, saya tak boleh la, mesti nak buli dia. tapi dalam blog cakap dia je buli saya..boleh? huhu!

yeke? Dia carcinogen jugak meh? Itu kalau dah ada cancer baru avoid kan? hikhik! lepas ni kena kurangkan lah kalau macam tu =P
Unknown said…
Huhu..comel la kamu 2 ni..=)