Jul 15, 2012

Kenapa anda perlu datang ke Pameran Pengantin Malaysia 13-15 Julai di SACC Convention Centre

Aku baruuuu je pergi Pameran Pengantin Malaysia (PPM) kat Shah Alam Convention Centre Jumaat lepas,ekceli dari 13 Julai sampai 15 Julai (Ahad ni last day, so cecepat sikit before jam 9 malam ni). Sebenarnya nak habiskan part video yang last tu, nanti la aku upload video tu eh. Sebenarnya malu sangat nak upload sebab suara macam cartoon. Tapi takpe aku redha je. Hehe!

Kali ni PPM buat kat SACC, bukan mall dia tau. Kalau korang lalu PKNS, dia sebalah je. Memang nampak la kat bangunan tu besar-besar tulis Shah Alam Convention Centre. So jangan ragu-ragu terus je masuk. Tapi before masuk sana, pastikan korang dapatkan sticker kat kaunter belah kanan. Okey kan ada pintu masuk, Kiri kanan kaunter ada booth, tapi takut korang keliru sebab kat situ ada tempat reception jugak, bukan kat situ. Nampak je pintu gerbang, so toleh belah kanan sekali, ha kat situ lah ye.


Aku dengan Qery datang memang atas urusan nak buat video je. Tapi sebab dah alang-alang datang. Kitorang sapu jugak pamplet dari catering, kad kawin, baju pengantin, photographer, videographer, conopy, pelamin, mekap artis, bersungguh-sungguh jugak la, kalau orang tu tak bagi kitorang mintak, haha! Tak malu betul, tapi kalau korang pergi, memang kompom setiap wakil yang jaga booth akan bagi pamplet tu untuk rujukan harga, promosi, pakej semua lah. Tapi kalau korang masih ragu-ragu boleh tanya terus tuan punya booth. Yela mana tau korang berminat, tapi macam dalam pamplet tak clear. Dont worry, dorang memang akan bagi layanan yang SUPERB.


Salah satu booth kat sana. Muka semua ada sinyum. Korang cakap je nak survey dulu. Tak amik time tu pun takpe. Dorang pun paham. Kita datang nak survey harga. Kalau rasa mampu dan puas hati dengan pakej yang dorang tawarkan, kita sendiri akan cari dorang ni. Konsepnya bagitu. Korang survey, fikir dulu, dan buat keputusan. Dorang takkan paksa korang amik time tu jugak. Kalau dorang paksa-paksa korang, sila bagitau pihak penganjur. Ewah, hahaha! Okey tak yah la. Tak kan ada sapa-sapa pun akan paksa korang. Semua pilihan di tangan korang. 


Kalau korang yang plan nak kawin agak-agak awal tahun depan ke, hujung tahun ni ke, boleh la tanya-tanya harga dulu. Selalunya kat sini la dorang akan buat prmotion, harga runtuh, durian runtuh *tetiba, sekarang musim durian kan*  Semuanya runtuh. Jadi amik peluang ni, guna sebaik mungkin. Mungkin pelamin + baju + mekap + barang hiasan = ribu. Tetiba kat PPM dapat ratus???? Manaaaa laaaa tau kan. hahaha!


Lepas tu, aku tengok banyak betul nama-nama besar pun join PPM ni, satu je la contoh. Rizalman *eja aku tak ingat tapi aku selalu dengar*, tak silap aku dia selalu buat baju untuk artis. Aku kan bab-bab artis memang tahap slow macam siput. Tapi aku tau la sikit-sikit, itu pun Qery bagitau, kahkahkah! Jadi kalau korang nak tau berapaaaa laaa harga nye kan. sila lah datang ke PPM harini! Lepas tu abang Irene Marcello tu, si Aizul Marcello, dua beradik popular ni, ada bukak booth kat situ, Irene aku tak sure ada ke tak, mana tau nasib korang baik nampak la dia, tapi Aizul ada la. Aizul korang tau kan dorang pun buat bisnes photographer grapher-grapher semua ni. Boleh cari sana ye. Nak minta sign pun boleh. Eceh

PICTURE HAS BEEN REMOVED

Bermain dengan anak Puan Nadia (Adam), tapi Adam tak layan aku. Sentap i, mungkin sebab i tak mekap kot. Atau Adam tengah bizi edarkan sticker? Huhu!

PICTURE HAS BEEN REMOVED

Kat atas ni kedudukan booth, jadi kalau ada kawan-kawan yang bukak booth, atau korang tau nama company dorang, cuma nak tau kat manaaa, boleh la cari di sini ye.

PICTURE HAS BEEN REMOVED

Abaikan dua orang makhluk di atas. 

Cuma nak bagitau pesanan ringkas, Jangan lepaskan peluang yang datang. Peluang tak datang selalu. Lagipun kat mana lagi korang nak cari semua-semua ni, kat PPM je okey. Datang sini, semua benda untuk nak kawin ada kat keliling pinggang. Eh takde la sampai keliling pinggang, maksud aku bila korang jejak je kaki. Terus belah kiri kad kawin, kanan catering, belakang conopy, depan pelamin, jalang 5 tapak kang pakej2 spa-spa before kawin, 10 tapak lagi ada photographer, 12 tapak lagi kang ada slimming centre, sebab nak muat baju pengantin. Kannnn...

Semua kat situ. Tak yah korang nak gi Damansara gi tengok baju pengantin, kang tak pauas hati harga mahal sangat, jadi pergi ke bangi pulak, rasa-rasa okey tapi nak tanya bridal butik lagi pergi ke ampang pulak. Habis pilih nak cari photographer, call sini call sana tanya pakej, buang kredit, last-last mintak adik snap kan je, kuikui! Kan buang banyak duit dan tenaga. Baik korang pergi je PPM. Berenti setiap booth yang ada kat situ. Amik semua pamplet. Tak kire la, pamplet jual jamu pun amik jugak, mana tau untuk mak korang kan, mak tetiba nak makan jamu. Amik semuanya, balik fikir. Dan buat keputusan sebaik- baiknya!

Tak rugi korang datang. Bukan selalu. Jadi korangboleh ajak tunang pergi survey harga, atau ajak boifren jalan-jalan kat situ, kalau dorang bizi takpe, ajak mak ayah pergi sekali, kalau mak ayah bizi, ajak kawan-kawan. Ajak je sapa-sapa yang free. Kalau tak free semua, datang seorang diri. Tak kire datang jugak. Mesti datang okey! Hehe!

Dan yang paling best. Untuk sapa-sapa yang baca blog aku ni la. Aku ada samting nak share dengan korang. Kalau korang nak tau, PPM ni adalah by Urban Vibe, kalau dah tau lama alhamdulillah lah. Hehe! So dorang ada buat CONTEST SO SPONTAN!

 
Syarat kelayakkannya adalah, buat entry tentang Pameran Pengantin Malaysia (macam yang aku buat ni) dari jam 10 malam (14 Julai 2012, semalam), sehinggalah jam 12 tengah hari (15 Julai 2012, harini) Berapa jam je lagi ni? Syarat-syarat dia aku uploadkan gambar yang aku copy daro Facebook Fanpage PPM ye

 
 Buat cepat okey, lepas tu boleh siap-siap gi PPM! Kalau korang rasa macma tak berapa nak reti, boleh tengok macam mana aku buat ye. ada letak banner kat tepi, porfile facebook tukar, lepas tu link kan entry korang kat fanpage dorang. Hokey?

Ini fanpage nya = Pameran Pengantin Malaysia by Urban Vibe

Jadi jomlah ke Pameran Pengantin Malaysia, masuk adalah PERCUMA!

3 comments:

Cik Ija Ahmad said...

kenapa muka sepet makin pucat sekarang..?huu..
tak sihat ke..

sharifah rosidah said...

Qery kalau bergambar suka mendongak la, jangan lah macam tun nanti tak handsome tau.

cikbedahlaser said...

owhhh rugi tak join....
tak pergi amik gmbr free kt booth depan?? hehehehe

salam kenal...