Esok Puasa =)

Sapa yang duduk jauh dengan family tu mesti kelam kabut amik cuti harini kan, tak pun amik half day, takpun petang ni balik terus masuk kereta nangis-nangis drive cari signboard kampung halaman. Takpun malam ni lepas terawikh terus pecut balik. Eh eh korang, jangan pecut sangat. Biar lambat asalkan selamat. Fikirlah orang yang tersayang k.

Itu yang dapat balik kampung. Yang tak dapat balik tu mesti kejap lagi mesej ayat sedih-sedih kat mak. Takpun kalau malu nak mesej mak, sebab nak kontrol maco dengan family, update status kat facebook je. Time tu semua hati tissue. Sedih la, rindu la, mengidam masakan mak la. Hehe! Yang tinggal kat obersi tu takyah cite la. Kompom berjujuran air mata.

Nasib baik aku tak kawin lagi. Jadi memang hari-hari makan masakan mak. Dont worry, aku akan poskan menu mak i masak untuk bagi korang jeles. Hikhik! Dah nak masuk Ramadhan ni, macam-macam perasaan datang kan. Insaf, sedih, gembira, bengang (sebab kena buat kuih) haha! Aku memang sumpah tak reti buat kuih raya. Tapi tengok la nanti-nanti mana tau terbuka hati ni *cakap je la malas nak blaja* nak buat kuih kan. Kompom la aku war-war dalam blog, dalam facebook siap kat twitter. Mungkin akan create myspace balik semata-mata nak kencang2 aku buat kuih.. Over sangat nih..hahaha!

Sahur pulak kompom sepanjang ramadhan ni mak aku masak ikan bilis goreng. Aku suka sangat lah. Aku lagi suka ikan bilis goreng masak dengan bawang cili bawah putih je. Terus naik selera. Tapi kalau sahur makan gulai-gulai aku tak boleh la. Susah nak telan. Telur dadar boleh tahan lagi. Aku bangun makan je. Haha! Kuang aja gila kan. Mak aku la yang berpenat lelah masak. Anak-anak dia suma manja. ke pemalas? Okey manja eh. berani cakap i malas walaupun hakikatnya nampak seperti itu. Lalalalala~~~

Sapa yang period rugi la. Sebab selalunya hari pertama puasa ni kita semangat lebih sikit. Lepas seminggu tu baru lembik sikit kan. Aku ni lapar tak kisah. cuma haus tu la. Dulu masa study tak sahur pun rilex je. Lemak i banyak uols.. Yang lelaki-lelaki kat luar sana sila lah berpuasa dengan betul ye. Bukannya betul sangat orang laki ni. Kawan-kawan aku dulu, depan kite nampak macam puasa, tapi bau rokok. Apakah? Sapa-sapa nak diet time ni la k. Aku kompom tak boleh diet. Aku time puasa selalu 99% (macam korang kisah berapa peratus pun* badan akan naik. Sebab masa berbuka makan macam 10 hari tak makan.

Selalu aku salahkan mak sebab masak sedap-sedap. Heheeeeee

Jadi esok dah nak puasa. Dah beli telekung belum? Wah tetiba telekung kan. nampak sangat promote. hahaha! Kalau nak beli telekung boleh masuk blog SepetShop atau malas nak bukak blog, boleh tengok kat Facebook SepetShop okey?

Selamat Berpuasa Umat Islam Seluruh Dunia untuk yang paham bahasa Malaysia

 سعيد صيام المسلمين في جميع أنحاء العالم   Untuk yang berbangsa Arab

해피 금식 이슬람교 세계적인 Untuk orang Korea

快乐空腹全世界穆斯林 Untuk yang berbangsa Cina..

Aternya...translate kat google je la. Ko ingat aku pandai?

Comments

ibh_sue said…
Bulan puasa la ssh nak diet. Kena betul2 disiplin baru berjaya, kalau tak..Makin naik ada lg la..:)
Selamat berpuasa dik.
iela said…
Plan mmg nak diet sepanjang bulan puasa ni. Huhuhu..

SELAMAT BERPUASA JUGA ;)
nalsweet said…
setuju..nama je puasa xmakan siang..tp time berbuka makan lagi dasat pada selalu..belum amek kira sahur tu..wajib nasik!

haha
ain.ya.nun. said…
Selamat berpuasa dear. =)
Selamat Berpuasa Sepet ! :)
Selamat menyambut bulan Ramadan Al Mubarak buat awak sekeluarga, rumah aunty pun suka ikan bilis goreng campur kentang dan kacang goreng dengan sedikit cili boh dan goreng sampai kering hrmmm nyum nyum.