Jul 5, 2012

Ada sajaaaaaaa Cik Salmah!

Aku kan sibuk nak mengupdate la, nak balut la, mak aku pun boleh tahan sibuk jugak. Kitorang buat kerja membelakangi, paham tak. Tempat sama, aku pandang sini, mak pandang sana. Mak sibuk la nak jahit baju raya dia, haritu Ceera kan beli kain dari bandung, dia excited la nak jahit. Lagipun nak warm up untuk jahit langsir. So dia nak jahit baju dulu. Setel baju baru bertungkus lumus jahit langsir.


Mak aku ni dia ada jahit mesin tepi. Tapi yang old school tu. Yang guna manual. Selit benang belah sini, belah sana, pusing ketatkan sampai berapa, aku tak nak tau. Pening kepala aku. Lagipun mak aku ni orang tak boleh pegang mesin jahit dia. Mesin jahit manual ni dia complicated tau. Kau salah tempat, kau main tekan-tekan, ha makannya terus kena hantar bengkel repair. So mak aku ni sangatla sensitif pasal dia punya mesin. Aku nak pegang pun tak berani, nak dekat apatah lagi. 

Mak aku dah siap-siap rangka baju dah, tinggal nak jahit tepi la. Benang semua dah setting. Entah la apa dia punya problem. Sangkut la, putus la benang dia. Sampai dia stress. Bila dia stress, aku pun stress. Sebab...kejap-kejap

"Na, ko tengok mana dia terselit"
"Na benang putus tolong masukkan lagi"
"Na kenapa benang ni ketat sangat"
"Na ko suluh sini, mak tak nampak"
"Na cuba ko tengok jap mesin mak ni, mak tak ingat la benang ni sebenarnya kat mana"

Hah!?! Aku lagi la tak tauuuuuu..Huwaaaaaaaaaaaaaa

Aku tengah balut ni, kejap-kejap lari tengok mesin jahit mak aku tu, kejap-kejap nak gi cari tempat mana yang tersimpul.

Last-last malam tu mak aku give up. Lepas tu dia mengadu kat abah. Dia cakap 

'Abang, mesin Has ni apaaaa pun tak boleh la'

Hahahaha! Aduhai, kelakar betul. Dia tak puas hati. Belek lagi...beberapa minit lepas tu..

"Ni kang ada yang mak beli mesin baru ribu-ribu ni"

Perlu ke nak cakap ribu-ribu tu kan, haha! Aku harap mak dapat la cari jalan penyelesaian dia. Kerana selagi mesin jahit tepi tu tak okey, aku pun tak kan tenteram...

Sapa yang pandai guna mesin jahit tepi manual, meh la datang rumah aku betulkan, kasihanilah kami anak beranak ini...huhu!

5 comments:

Chekgu Azrine said...

Alolo..kesiannya!!rajin mak sepet menjahit ek..walaupun mesin katanya dh pesen lama..hehe

Chot said...

hahahah..haper pom xbley..haha

Irfa said...

mak akak pun tkg jahit kt kg.dia pun pantang org sentuh @ usik mesin dia..nanti kalau mesin buat hal abisla sapa yg usik kena marah

sharifah rosidah said...

Hahaha, terkenang zaman aunty memuda belum kawin, baju kurung raya mak jahit kan, semua dia buat sendiri langsir dan sarung kusyen dengan mesin jahit old school dia tu tapi jahit tepi semua dia suruh arwah kakak aunty buat sebab arwah kakak aunty ada kedai jahit di bangunan KOMTAR JB, sekarang semua tinggal kenangan sebab mak aunty dah berumur 80 tahun menjahit pun dia dah tak boleh lima minit je jahit dia akan rasa pening, sedih pulak tengok. Sekarang dah tak dapat lagi pakai baju kurung pesak johor sebab dah tak ramai orang yang pandai buat.

fifie @fif said...

aduiiiilah lawak betul mak sepet ni....pagi2 dah buat ai gelak...