Mengimbau kembali

Harini Jumaat. Semua orang happy  la kan?? Untung laaaaa hari Sabtu tak yah kerja. Haha! Sapa yang kerja Sabtu tu, mesti takde perasaan kan bila hari Jumaat. Takpe, redha je okey. Jangan sedih-sedih. Nanti hari Sabtu iolls update *motif sangat* haha!

Meh nak cerita sikit masa aku pertama kali berjauhan dengan family. Korang mesti nak tau sangat kan. *muahahaha, mata ke atas sangat*

Aku kan masa sekolah rendah. Aku tak tau apa itu sekolah asrama. Mungkin sebab aku tak ambik pusing pun. Satu lagi maybe sebab kakak-kakak aku tak pernah sebut pun pasal asrama-asrama ni. Satu lagi parent aku pun tak pernah nak suruh masuk mana-mana. Jadi aku pun tak tau langsung pasal borang nak masuk asrama ke hape. yang aku tau kakak-kakak aku semua sekolah kat sekolah biasa. Jadi aku pun mesti akan masuk sekolah biasa jugak. 

Aku dengan adik beradik dulu masa sekolah, takde la dapat keluar dengan kawan-kawan. Duduk je rumah main dengan anak buah. Ada orang yang sekolah menengah dah hang out dengan kawan2 tiap2 sabtu ahad kan. Family aku bukan kaya ok. Mak pun tak kerja. jadi kalau nak keluar tu macam paham-paham la. Ko nak mintak duit kat mak ke? Sorry naik lori. Hihi!

Paling bernas pun nak keluar, setahun sekali je kot mintak. Nak gi perpustakaan. Kahhhhhhhhhhh!!! Perpustakaan sangat okey. Ulat buku berulat-ulat la katakan. Kekekeke! Mak aku masa tu dalam hati mesti cakap 'jangan nak poyo', huhu! Rajin sangat ke anak aku ni sampai ke perpustakaan kan. Phew. Nasib mak buat-buat paham je bila aku cakap macam tu. Belanja nak keluar pun mak bagi RM10. Kire cukup la tambang naik bas. Sebab masa sekolah ada kumpul duit sikit. Ada la kot RM10, lepas nak makan la. Jadi la dari tade kan. Masa tu kawan2 aku semua lebih kurang aku. jadi takde la aku rasa nak sedih ke apa. Yang penting kite ENJOY!!

Pun takde nak memberontak ke apa. Sebab aku paham. Aku bukan keluarga senang. Paham ye. Jangan kau nak mengada-ngada nak makan kat KFC. KFC pun dapat rasa bila kakak-kakak beli. Tapi yang kadang2 dapat makan tu memang rasa nikmat lain macam kan. Haha! Cer sekarang? KFC?? Je?? Boringgg....hahaaa! Kong ajo sungguh manusia sekarang ni.

Jadi kesimpulan kat atas ni aku nak bagitau, yang aku ni memang jarang keluar. Bukan tak nak keluar, tapi sebab masa tu kecik lagi, duit takde, boifren takde *eh?*, nak naik bas pun tak tau, bila kawan2 ajak keluar, 1001 alasan aku kena fikir untuk bagitau mak aku. Susah tau nak lepas. Huhu!

Tetiba, masa aku form 3. Mak tanya nak masuk ASRAMA  ke tak. Wow!!! Tanpa berfikir panjang. Nak laaaa!! First time dapat keluar dari rumah ni. Perkara yang dah lama gila aku idamkan. bagaikan di sorong-sorong bantal kan.Haha! Masa ni Jemah la banyak tolong. Dia isikan borang. Jemah memang banyak tolong aku bab-bab masuk sekolah. Masa kat kolej pun Jemah jugak yang banyak tolong. Sebab dia tak nak adik dia rasa apa dia rasa kot. Jemah kesian okey. Sebab dulu dia nak masuk asrama kot. Tapi takde sapa tolong ajar dia macam mana semua. Masa masuk U, pun dia usaha sendiri. Jadi dia kompom la tak nak adik-adik dia rasa macam dia. So sweet. Haha!

First time jejak kaki kat sekolah asrama, Jemah, abangndak, dengan abah yang hantar. Mak aku takde sebab dia pergi umrah. Ok takde sedih ke apa. Mula-mula sampai aku tengok besar jugak sekolah ni. Aku tak boleh hafal tempat dia. Sobs. Korang tau la kan aku ni lemah bab hafal jalan. Sekolah sendiri pun pening aku nak hafal. Masuk sini keluar sini, keluar sana tembus sini. Apakah ni??? Haha!

2 3 jam lepas tu, aku suruh jemah abangndak dengan Abah balik. Kesian pulak dorang mesti kebosanan. Aku dah besar kot. Takkan la nak nangis. Haha! Tapi ramai je kot kawan2 aku nangis masa mak ayah dorang balik. Lol!!?? Balik jugak kan 3 minggu lagi. Jumpa la. Perlu nangis ke? Haha! haku memang tak paham. Ada yang anak rilex, mak ayah yang hover nangis. Pun ada? Muahaha! Macam-macam perangai tau. Lawak gila.

Seminggu orentasi. Perghh...Mengantuk tahap gaban. Seminggu dengar ceramah. Tersengguk-sengguk aku tahan ngantuk. Bukan aku je la. Semua orang macam tu. Ada yang bawah mata hitam, bengkak. Aku tak pasti la bengkak sebab ngantuk atau malam semalam nangis nak balik kan. Home sick sangat. Haha! Kawan-kawan aku kebanyakkannya tabah la. Semua bertahan walaupun kena marah2. Sebab kitorang tak biasa kehidupan macam ni. Kitorang tak biasa pakai tudung bawal kena jahit tengah. Mula-mula pakai tudung selimpang, kena marah dengan senior tau. Sobs... Balik terus jahit. Senget2 haku jahit. Jari halus macam ni la. Kekeke!

Tak biasa kena pakai kain dalam. Tak biasa kena pakai baju lengan panjang. Tak biasa basuh baju sendiri. Tak biasa nak makan kena beratur panjang gila. Tak biasa sembahyang berjemaah kat surau. Tak boleh solat dalam dorm okey. Kena jugak turun surau. Tak biasa makan sehari 5 kali. Tak biasa setiap petang kena beriadah. Tak biasa nak jalan masuk toilet pun kena pakai tudung atau towel untuk tutup rambut. Erghhhh!!

Mula-mula agak tension jugak la. Sebab asik kena marah sebab asik buat silap. Ofkos, kalau kita tak buat silap, senior takkan marah. Betul? Asalkan dia marah bersebab, aku terima je. Kalau tak bersebab tu yang macam annoying sikit. Haha! Sabtu Ahad adalah hari yang kite boleh call parent. Guna la public fon. Ada 2 je pun public pun kat situ. Beratur la kemain panjang. Aku kalau call mesti nak mintak duit je. Haha! Masa beratur, tengok kawan yang tengah call tu nangis2 cakap rindu la, nak balik la. Erk?? Hello best okey tinggal sini!! Kite tak yah tolong potong bawang tau kalau nak makan. Kite boleh makan terusss!! ish awak ni! (______________________)

Tapi aku happy. Sebab tu semua pengalaman pertama aku. Aku rindu dengan kawan-kawan sekolah teknik. Rindu nak dorang nganjing aku. Sebab aku ni lembut. Haha! Bila cakap orang akan kata aku mengada2 dan gedik tahap pat ploh. Rindu nak kena buli dengan kawan2 sendiri. Iolls dulu walaupun ketua dorm, sering sahaja dibuli tau. Hahaha! Stress betul.

Rindu nak bangun pukul 5 pagi semata-mata nak gi mandi. sebab kompom pukul 5.30 dah ramai. Tapi lepas tu tidur balik. Rindu nak lepak dalam bilik PREP sambil buat kerja sekolah. Rindu nak kena denda jalan itik keliling asrama, lepas tu esok pagi kaki krem, siap pakej ngilu masa nak naik turun tangga. Haha!

Rindu masakan makcik dewan makan, masak ikan tongkol stok baling pecah dinding. Rindu nak tengok dia masak telur hancur tetiba ada lalat mati dalam tu. Hahaha! Adoi la..Rindu nak main pocong2 balut pakai selimut aku, selimut aku warna putih tau. Memang stok dorang main hantu2 la. Pastu malam tu hakuuu jugak kena kacau. Asbestos sungguh.

How i wish... boleh pergi balik zaman tu.. First time jugak ada orang panggil aku bitch. Perempuan jelita memang macam ni la. Banyak tomahan dan tuduhan yang melampau2. Haha! First time kena ngorat dengan lelaki bukan Islam. Siap cakap kalau aku kapel dengan dia, dia akan masuk Islam dan stop minum arak. Siap buatkan aku card bentuk LOVE. Ok ni kalau budak teknik baca kompom tau sapa. Hahaha! Budak lelaki tu budak baru tau. Masa ni semua orang suka kat dia sebab dia handsome. Mix katakan. Chinese + India. Pepaham la kan. Tapi sorry la..dia ngorat i. Dan i reject bulat-bulat. Kahkahkah!! Tolong la mata ke atas sama-sama. hahaha!

Banyak benda yang best masa sekolah. Masa tu semua hati bersih. Tak ada sifat dengki sesama kita. Semua dah diterapkan sifat murni oleh senior dan guru-guru. Kite belajar pentingkan kawan-kawan. Sorang buat salah semua kena. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Bersatu kite teguh bercerai kita roboh. Kite tak ada nak bezakan sama ada orang tu datang dari negeri mana. Kita kawan dengan semua orang. Sapa susah kite tolong. Nasi kat dewan tinggal sikit, kite pun makan sorang sikit. Begitulah. 

Kebaikkan  hidup dalam asrama yang orang lain tak pernah perasan. Bila keluar kat surat kabar asrama sana sini ragging semua. Dah semua asrama pun tak bagus. Bagi aku, tengok kepada cara kite jaga diri dan sesuaikan diri la. Kalau kita sendiri yang tak bagus. Jangan salahkan orang lain. 

Jadi aku rasa, aku happy gila. Bila dapat rasa semua ni. Terima kasih banyak-banyak kat mak sebab izinkan aku pergi sekolah teknik. Terima kasih kepada Jemah kerana banyak bantu aku nak masuk mana-mana sekolah. Terima kasih kat semua yang terlibat. *tetiba kan, haha*

 masing-masing tunjuk fon, masa ni dah tingkata 5. Kira dah otai sikit la. Haha! Padahal masing2 sorok handfon bawah laci kan.

 Menangis kalau kawan2 tengok balik gambar ni. See? Tudung bawal jahit tengah. Ko ada? Haha!

 Budak kelas aku. Ramai lelaki. Tapi semua poyo. Haha!

 Aktiviti kacau dodol. Masa ni kitorang perempuan ramai tak mandi. hahaha! Takpe, takde orang tau. Muka aku spastik. Biasala tu. Asik cantik je pun susah. pftttttttt

Ok tu je untuk harini.

Lama dah tak membebel. Okbaiii!! *gambar semua dah pernah upload, tapi disebabkan entry lama dah delete. Aku upload lagi. 

Salam Jumaat semua!! =)

Comments

Unknown said…
huhu...xpnah pulak jhit tgh tdung bwl mse sek dlu..hihi....
cikeyrah said…
samalah . .qira dulu pun duduk asrama, tapi dr form 1 dah duduk asrama, mmg sendu memula masuk . .hihihi locker asrama akak sama ngn locker asrama tmpat qira dulu ke semua sama hikhik paling tak suka bila org atas tak tutup locker boleh buat kepala berdarah kalau kite nak berdiri dan locker tue terbukak heheh
Chekgu Azrine said…
Suka sgt baca cerita sepet..tenang je kpla..hehe
Syue Mustafa said…
Comel jer Sepet masa sekolah.
Chot said…
Sepet cite tringat cite lame. Best giler.hoho. Mcm nk balik zaman sekolah tu kan...
mrs.ecam said…
sonok bce cite ko ms zaman asrama...aku lps tingkt 5 br rs ddk asrama...dh la jauh gile ngan kg halaman...tp btol la sepet...besttttt walo kne ragging...hikhik
Memang seronok bila kita ingat zaman2 naif kita.......macam2 benda bodoh yang kita cuba buat kan.....happy je masa.
hu3...rindu zaman dok asrama...
cik nur said…
ye betol sama dengan nur duduk sekola asrama nie berlajar berkongsi smpi sepotong kek boleh kongsi smpi 8 org hahah cuba sekarang tak sukup ok hahaha :)
mrs kayrul said…
lepas baca entri nie rindu kat geng2 teknik gak...rindu nak makan mangga depan asrama..dan rindu nak borak2 ngan geng2 otai...