First of all, meh aku bagitau dulu. Handfon Qery yang aku pinjam untuk bisnes ni adalah handfon samsung ace sahaja. Masa Qery pakai handfon ni, dia still dalam english. Pastu masa aku nak pakai, tetiba dia jadi bahasa melayu pulak. Aku dah la tak reti macam mana nak tukar ke english balik. Try gi tengok kat setting semua, adui la. Dengan ayat dia bahasa melayu lagi. Bukan la haku tak paham, tapi macam konfius tau..huhu!
Mula-mula pakai, rasa lawak jugak bila baca, meh aku share sikit.
1. Play Store = Gedung Play
2. Calculator = Mesin hitung
3. Setting = Aturan
4. News Feed (facebook) = Suapan berita
5. Update = Kemas Kini
6. Uninstall = Nyah pasang
Adui, kadang2 rasa nak gelak je pun ada. Tapi sekarang takde hal. Sebab dah biasa. Haritu Ceera nak install Instagram untuk aku, dia macam pelik-pelik. Aku rilex je cakap 'Klik kat Muat turun la instagram tu' hahaha!
Ok dah habis cerita pasal handfon qery yang melayu sangat tu. Aku kan dah lama tak bukak instagram. Sekali sekala bukak.
4 photo
551 Pengikut
16 Mengikuti
Sedih..haha!
Erm. Takpela. Kite tunggu handfon note 2 jatuh dari langit. baru kite snap gambar feeling beyonce sikit. Ok bebeh.
Comments
yang menggoda dan seksi tu dimelayukan jugak ke?