Do u hate your ex boyfriend?

Aku rasa korang dah tau cerita pasal exboifren i, bukan sorang. Malah beribu lemon sebab iolls jelita habis. 

pftttttt

Ada readers yang kenal exboifren aku, sebab ada antaranya di kalangan rakan sebaya, kakak senior, teman sekolej, kawan sebilik. Begitu. ada 3 orang ex.. maafkan daku kerana terlalu player ketika dulu, muahahaha! Alah takde makna player pun. Saja nak sedapkan cerita je.

Ex boifren pertama. Kita panggil dia A la. Mula-mula putus. Takde rasa benci pun. Rasa biasa je dengan dia. Kira boleh jumpa lagi la. Borak macam biasa. Tapi sejak kejadian dot dot dot, aku ada menyampah gila dengan dia. Apakah kejadian dot dot dot ittew?

Masa aku dengan boifren B, muahaha. Tetiba B. Nak dijadikan cite, kawan sekolah teknik aku kawin. Jadi Si A ni ada sekali. Si A ni boleh plan baik punya. Dia datang kat aku. Borak sikit. Sorang kawan Si A snap dari jauh. Gambar tu memang mesra habis la. Macam kitorang ni ada apa-apa gitu. Lepas tu, gambar tu dia boleh bagi Si B. 

Dia siap cakap dengan Si B

'ko tengok apa girlfren kau buat kat belakang kau'

Perghhh!! Terbaik perangai Si A ni. Konon-konon aku curang dengan Si B. Sebijik jahat macam dalam tv tu okey. Aku macam tak percaya dia boleh buat macam tu. Sebab memang tak sangka dia ada perangai jahat gila. 3 tahun aku kapel dengan dia, perangai dia tak macam tu. Tanjat iolls.

Bila terjadi kejadian itu, terus gaduh dengan Si B. Si B ni kemain la marah aku, cakap aku curang bla bla bla bla. Aku pasrah. Haha! Gambar tu memang terbaik habis. Siap aku tengah gelak dengan Si A. Nampak macam kitorang berdua je kat situ, padahal sebelah aku jarak 50cm *cepat ukur* ada je kawan-kawan lain. Dia crop memang terbaik. Tak terkata aku masa tu. Aku tengok gambar tu terus terdiam. Tak sangka gila. Ye aku tau Si A ni buat macam tu sebab dia nak dapat aku balik. Tapi kau hagak-hagak la sikit. Elok aku takde benci ko sangat. terus aku rasa meluat sampai sekarang. Erghh..tak dapat terima.

Clash dengan Si B sebab aku suka si C, muahahahaha! Perasaan kat B tak ada apa, tak marah tak apa. Cuma tak nak kawan dengan B kerana???? Si B ajak naik genting tido sana. Apakah ini? Terus clash la woi. Apekebendeeee la pun naik genting tidur sana pulak. Ko ingat sana tak sejuk ke ha? Muahahaha! Aku adalah tak dapat terima lelaki macam ni. Apa ni?? Mengadu kat C, C suruh clash lalu kapel dengan dia. baiklah..hahaha!

Clash dengan C, perasaan dengan C adalah ada sedih sikit. kalau boleh tak nak ingat dah si C ni. Sebab dia la aku frust tak hingat punya. Kong ajo sungguh. Dalam banyak-banyak exboifren, aku paling frust dengan C ni la. Ala masa iolls mula-mula buat blog, iolls kan kapel dengan C ni. Sapa baca dari tahun 2008 tau la. Sekarang semua entry dengan C dah delete. Nanti Qery majuk. Haku jugak nak memujuknya. Perasaan? Takde la benci ke apa, menyampah pun takda sebab dia okey je. Tapi kalau boleh tak nak jumpa dah.

Aku tanya la Qery dia benci tak exgirfren dia. Jawapan dia lebih kurang aku jugak. Ada yang benci gila tahap nak libas dengan rotan. Ada yang takde perasaan, boleh jadi kawan. Ada yang kalau boleh tak nak jumpa. Gittew.

Tapi Qery terkejut yang Si A ni boleh buat macam tu, snap gambar dari jauh. Main kotor okey. Pernah kan, masa aku dengan Si C, kawan teknik kawin. Si A pun ada jugak. Okey la, Si A ni adalah kawan masa sekolah teknik. Jadi siapa je kawan teknik kawin, mesti dia ada la. 

Kan aku dah clash dengan A lama dah. Dan tau dia pernah main kotor macam tu kan. Masa aku kapel dengan Si C pun dia datang kat aku nak borak. Hello? Aku dah bijak sikit. Kang ko suruh kawan ko snap dari jauh. Ko nak hantar gambar aku lagi kat Si C. Boleh bla. 

Masa tu Si A berdiri sebeleh kerusi aku. Panggil-panggil nama aku..

'zack-u, zack-u'
'please..kite borak sekejap je'
'jangan buat A macam ni please'
'tolong la sekejap pun jadi'
'A nak mintak maaf je'

Aku buat bodohhhhh je tak pandang pun. kawan-kawan kata aku kejam. Haha! Lantak la. Aku pernah terkena dengan plan bangang dia tu. tak kuasa nak layan.

Sapa yang kenal siapa A B dan C , buat-buat tak tau je hokeyh. Family ofkos la tau. Gedik sangat la kalau tak tau kan. 


Qery setakat ni dalam piawaian lagi perangainya. Kot la yang gawang-gawang tu aku tahan je. kalau dia membebel pun aku pekakkan je telinga. Kalau dia gedik aku layan je. Yang paling penting, dia tak psycho. Qery ni gedik je, anje hangat. Kalau dah sampai mengada dia. Aku rasa nak nangis dalam hati je. Sebab kan..dia akan mengada-ngada seperti.

'Sunyinya...dah 5 minit kamu tak mesej kite, macam tak disayangiii je'
'Harini tak wish kita tidur pun, kamu dah tak sayang kita..ajukkkk ajukkk' *merajuk*

Kalau dah tahap macam tu. Selalu aku akan merajuk jugak, muahahaha! Sebab malas nak layan.


Aku tak tau nak cite betapa lainnya perangai dia bila dengan kawan-kawan dia. Kalau kawan2 dia baca, memang boleh pitam sepuluh kali. Mesti kawan2 dia tak percaya gila dia gedik macam tu.

Semalam aku borak la dengan dia dalam kereta tau. Saja je la sebab kan chinese yang potong rambut aku tu cakap dengan aku..

'suara you kan, lembut sangat, i tengok u pun lembut sangat'

Tak tau la dia puji ke nganjing ke kan, haha! Untuk kepastian aku pun takut-takut berani je tanya Qery..

S : Suara kita kan, maksud kite, masa kamu first time dengar, gedik sangat eh?
Q : *angguk laju-laju* Haah. Gedik gila.
S : Gedik macam mana?
Q : Cara kamu cakap macam budak darjah 1.
S : Hoi lebih aaaaaaa niiiiiiii...
Q : Ok darjah 2.

Fioneeeeeeee!!

Aku rasa, aku jadi macam ni, sebab faktor layan anak buah ramai sangat, muahahahaha! 

Lagi satu, Qery tak boleh terima kalau aku lari. Selalu kalau hujan, aku dengan Qery akan lari nak gi kereta. Sebab payung rosak tak beli baru lagi. Qery selalu suruh aku jangan lari. Takpe la kereta dia basah pun takpe. Sebab dia tak sanggup tengok aku lari. Dia kata aku lari lawak gila, macam budak 2 tahun baru nak belajar lari. Kaki terkengkang kengkang. Pernah kan, dia kejar aku. Aku lari kemainnnnn lagi ni. Aku ingat dia kejar. Pusing-pusing tengok dia gelak berdekah-dekah tahan perut. Dia memang dari dulu tak boleh tengok aku lari. Dan tak sanggup ajak aku jogging. Kong ajo betul. 

Ini pulak aku rasa, faktor selalu main kejar-kejar dengan anak buah 2 3 tahun. harus la lari bersepah kan. Kata pun main dengan budak kecik. Takkan la ko nak lari bersungguh-sungguh. Takpe aku maafkan Qery, sampaiii hati dia gelakkan aku. Siap semalam cite pung pang dengan aku.. Dia memang tau aku tak kuat lari.

Q : Kite, kalau lawan lumba lari dengan kamu ni, kalau track tu 100 meter. Kite bagi kamu lari sampai dekat 10 meter kat garisan penamat, baru kite start lari. Itupun kite menang. Kamu lari macam itik.

Grrrrrrrrrrr!!! Aku rasaaaaa...kalau aku clash dengan Qery, kompom aku benci dia sangat-sangat. Stok koyak-koyak gambar. lepas tu koyakkan baju-baju yang dia hadiahkan, pastu pos semua gambar yang dia tak sempat tahan napas kat blog. Padan mukaaaa... Itu kalau clash la...tapi kalau kawin...Auwwww!! Muahahaha. Ok dah tu. Amboiii...kemain lagi.

Comments

Shima Mazlan said…
hahaha .. ko ni kelakar la .. nway aku doa kan semoga ko kekal hingga kawen n hingga akhir hayat .. aminnnn ...
cydayf said…
ok lawak entry sepet yang ni! haih..penat tahan nafas nak ketawa kt opis ni.. hehehe
ika sulaika said…
x boleh thn nk ketawa bhahahaha
ops *tutup mulut
Anna Hashim said…
sepet, kamu buat aku gelak..
okey, aku nak gelak terbahak2 jap kt opis ni..muaaahhhhaahahaahaaa...
Irfa said…
selalu jugak terserempak dgn ex,ada yg siap lari lg sbb xnak terserempak.ada yg jumpa rasa muka jadi tukar kaler purple.huhu

semua itu hanya kenangan yg dah berlalu.redha jelah ;)
cikji said…
ajuk ajuk ajuk hahaha ketawa sensorang aku jadinya.

moga2 ko dan qery dipanjangkan jodoh,cepat2 naik pelamin,aminnn
Shahada Fauzi said…
semoga jodoh korang berdua kuat..amin..^_^
Ssan said…
lawak la, haha...
Chekgu Azrine said…
Sis..mkn lama mkin suka bCa blog sis..kelako..release tensi akak!!
Miss Lexus said…
insyaa Allah ada jodoh kau dgn qery.. korang ni sweet giler... cepat2 lah naik pelamin ! :)
ceera said…
Tetap suka a. Aaaaa canner? Hahaha...
kedinkyst said…
hahaha lari cam itik ? ok aku nak bayangkan ni..
v08 said…
Memang smua entry kak Sepet buat gelak.. Best sgt baca.. Thank u kak Sepet. Dlm dunia ni ada juga lelaki baik mcm Qery..
mila said…
hahahahahahahahahahahahahahaha lucu gile cete yg psl lari tu.. adeh..seyes lucu..ak leh bygkan cmne keadaan qery ngah gelakkan ko time ko lari..wakakaka..
iela said…
Adooyy...lawak seh bila terbayang macam mana sepet lari macam itik :P kekeke..
nalsweet said…
salam dik..akak dah bace entry ni dah lama..tp baru nak komen..A,B&C tu dah kawen blom??hehehe

tp sepet skang xsuka nak reply komen dah..ok, fine..tau bizi..IG pun x hapdet..hehe
viruspadu said…
saya vote c hahahaha