Cea....'saya' 'saya'. Kalau customer atau mese/wassap/email memang aku akan bertukar sopan seperti gadis pilihan mak mertua. Ada yang kadang2 terkujat bila iolls cakap saya saya. Auw! Haha! Ngengada sangat tau nak tanjat. Saya memang sopan tau. Tak caya tanyala saya. Hihi!
Aku rasa dah jarang gila aku berbahasa aku aku aku kalau bercakap. Kalau tulis kat sini, tulis kat facebook dengan kawan2 biasa la. Sebab aku pun jarang berborak jumpa depan2 dengan kawan2. Jadi amatlah jarang aku ber aku aku aku. Dengan Qery pun tak pernah ber aku aku. Qery is mawahhh tau kalau iolls tercakap aku. Haha! Haritu haku marah protes dalam kereta, tercakap la 'sabarrrr jela aku' Dia punya ajuk ajuk ajuk sampai esok pagi. Mesej pun tacing send sampai 87 kali 'sampai hati cakap aku aku', haha! Anje hangat dia tu. Tumbuk tau la.
Aku boleh je cakap aku aku kalau mesej dengan customer, tapi apakah seperti kong ajo la kan. Kadang2 ada customer bukan pembaca blog. Dorang dapat no fon aku dari orang lain, takkan la aku sebegitu rude cakap aku dengan customer. Dulu sekolah agama kite belajar akhlak hokey, kena cakap saya saya. Tapi kalau berdoa dengan Allah cakap 'aku' seperti 'Ya Allah kau ampunkanlah dosa-dosa aku' Haha!
Sebenarnya 'aku' tu bukan la kong ajo ke apa kan. Tapi macam nak menunjukkan yang hubungan tu rapat. Iye la kot. Tapi macam awkward gila bila doa 'Ya Allah, awak ampunkanlah dosa-dosa saya' Boleh la kot. Hentam sajalah. Asalkan niat. Hehe!
Sekarang ni aku selalu nampak orang eja perkataan In Sha Allah. In Sya Allah. Dan aku seperti, oih kenapa tetiba eja macam ni?? Apakah ini? Hehe! Sekali aku tengok ada yang cakap kalau dalam bahasa Arab dia seperate kan ejaan tu, so kite pun mesti jarakkan sikit word2 tu. Erk? Sebenarnya takde masalah kot. Ejaan macam mana pun. Asalkan sebutan kite betul.
Ok, dia macam ni tau, ejaan Arab jangan disamakan langsung dengan tulisan rumi. Kerana letakkan huruf apa pun untuk nak samakan bunyi dengan bacaan Al-Quran, tetap ada certain part tak boleh nak eja dalam bahasa Rumi. Tapi asalkan cara kite sebut tu betul. Dah ok. Tak kisah jugak macam Muhammad, MOHD, still kite sebut Muhammad, sama macam Nur, Nor, still maksud dia cahaya kan. Kecuali kite pergi ubah tulisan jawi. Once you ubah tulisan jawi, bacaan/maksud dia akan terus jadi lain.
Sebutan pulak, bukan semua orang Arab mempunyai sebutan yang sama. Dorang macam kita. Ada dialag masing2. Macam dulu masa Al-Quran sedang dibukukan. Ramai penghafaz Al-Quran menghafal Al-Quran dengan dialag masing-masing. Tapi aku tak ingat siapala pulak. Ada sorang ni cakap tak boleh macam ni. Tak kan Al-Quran boleh ada banyak versi kan. Satu versi Kelate, satu versi Neghori Sombilan, uih cannot, sebab takut maksud dia berubah. Jadi dorang bakar balik semua Al-Quran ni, dan ikut dialag yang Nabi Muhammad SAW sampaikan. Sebab tu kalau korang pernah pergi Arab atau Mekah. Korang akan dengar pelbagai dialag.. Bila kite dengar kita akan cakap 'hello salah la sebutan awak' tapi kite sebenarnya tak tau..aku pun tak tau, haha!
Wallahualam, cerita ni aku dengar dari Ustaz Don, jadi dah lupa sikit2, haha! Kalau korang nak tau pergi tengok sendiri la. Aku tak tau episode berapa punya. Tak kisahlah awak awak nak tulis insyaallah, In Sha Allah, In Sya Allah, asalkan sebutan awak betul. dengan niat yang betul. Dah mencukupi. Jangan dibimbangkan sangat kalau salah eja ke apa. Asalkan sebutan tu betul.
Ewah dah macam 30 minit bersama Ustazah Sepet kenn?? haha! Tak lawak..
Tengok, haku nak cite lain sebenarnya, tetiba tercerita benda lain. Nak cite ni ada yang budak facebook yang fren dengan aku dah tau la. Sebab aku dah tulis kat facebook. Keke! Semalam lepas pos barang, aku gi makan. Sebelum makan tu termenung la kejap, sebab mengenangkan ulcer dalam mulut ada dua tempat tau. sob sob.
satu kat belakang bibir, bila nak ketap gigi je boleh rasa tau. tsk tsk. Satu lagi kat bawah lidah. Bukan bawah lidah. Bawah lidah yang kalau kite tekan tu keras. Kan atas lelangit kan. Dia yang belah bawah tu. Aku pun menagih simpati kat Qery sebelum makan.
S : Tau tak, lidah kita ada ulcer tau. Ada dua, Tapi ada satu tempat tu tak pernah kena kat situ.
Q : Kat mana?
S : Bawah lidah kat tempat yang keras tu. kalau atas kita panggil lelangit kan, kalau bawah kite panggil apa?
Q : Tetanah *muka stok nak kena lempang*
^_^
Terima kasih la dengan jawapan tu. Kenapa la tak cakap bebumi je. Pfttttttt
Terus aku makan, sakit pun dah tak rasa sebab rasa sakit hati je. Huhu!
7 comments:
sepet..bila akak baca blog ko nie,dgn hakak2 nak ngada2 skali..hoh..help me!!...hikhikhikhik
Hihi, ustazah sepet.. dialaq to aper??
haha lawak la qery ni...
Tu lah ramai sangat jadi kak nam kan, kita eja insyaallah dia betul kan kita pulak....bila ustaz Don dah cakap lega aunty rasa.
Tetanah ke bebumi kei ok lah tu janji dah dekat dengan lelangit kan.
Dialek kot sepet hagsgs
hu3... qery lawak.
akak setiap bulan ulser dtg bertamu
banyak minum air tp tetap jugak dtg
doc kata 'itu stress'huhu
Post a Comment