Dec 4, 2012

Disable Highlight

Kerana ada yang tak pandai mintak izin, main copy paste copy paste. Aku sedikit keji telah meng-disable untuk korang copy paste entry-entry aku. Geram tau. Bukan susah mintak izin. Lantak la. Kalau nak copy, ko taip la satu-satu. Atleast ko rasa penat sikit nak taip. Hihi!

Sikit lagi, gambar pulak kita disable kan. Dulu aku tak kisah sangat pasal benda ni. Dulu lagi keji. Ada sorang ni mintak aku iklankan blogshop dia. Aku pun iklankan la seperti biasa. Kerah idea di kala malam. Pulak malam tu idea tak mari. Tapi try jugak buat. Bila dah publish. Dia suruh blogger lain iklankan blogshop dia jugak. Blogger tu boleh tiru bulat-bulat tak ubah satu hape pun. Sakit tak hati kau. Iklan pun nak tiru. Melampau la kan.

Lepas tu terus aku delete iklan tu. Selama ini aku tak pernah delete mana-mana iklan yang aku pernah buat. Sebab macam menyampah gila, aku buang. Lantak la. Hahahaha! Dan now, bila aku buat iklan pasal Felinna ni, ramai gila pulak yang copy paste masuk dalam blog dorang, yang edit takpe aku boleh terima lagi. Yang bulat-bulat tu macam over okey. Siap copy paste masuk dalam facebook. 

Masalahnya, kalau kau nak copy paste pun, edit la babak yang aku gelak seperti 'wakakaka' 'iolls', adui la hai masalah orang sekarang. nak meniaga. tapi nak senang. Kalau boleh tak nak kerah idea sendiri. Tak nak research sendiri. Semua nak bertadah. Semua nak tiru orang je. Kita sama-sama cari rezeki. Aku bersusah payah *takde la payah sangat, hihi* research segala menatang tu, korang pulak nak senang atas kesusahan orang lain. Aku tak paham betul. Dah la copy paste, tak bagitau pulak.

Amboi, pagi-pagi aku dah emosi kan, hahahaha! Harus la. mengadu dengan Qery, dia lagi suka api-apikan aku ni. Apa pun tak boleh. huhu!

Jadi kesimpulan yang boleh diciptakan di sini. Untuk memuaskan hati sendiri, aku disable highlight je. Tak tau la kot kalau orang nak print screen ke apa kan. Buruk beno okey print screen. Rajinkan la diri tu taip balik. Jangan la nampak sangat copy je. Hihi!

Eiii gegirl gerammm tau...rasa nak kembangkan hidungggg sambil keluar asap.

Sepatutnya nak update cite lain, tapi Qery lupa nak mms gambar dalam fon dia. Jadi pagi ni aku membebel dulu. Kejap lagi baru update yang proper sikit. 

*******************************************

PROMOTION FELINNA SEHINGGA ESOK SAHAJA. BELI 2 BOTOL LOTION RM126.

17 comments:

Syamimi Saad said...

erm..betul tu..lg2 blogger glamer mcm awk ni, dorang nak tarik perhatian kan, sebab tu main copy paste je ayt orng..

bgus jgk la buat gitu..pasni dah xperlu sakit2 hati lg kan.. :)

D' Hasnie Aini said...

sy yang photographer nie..lagi naik geram...suka bin suki nak share..tak minta izin...mula sy ok lah..tp dah melampau batas..sy hangin r...malas dah nak upload gmbr customer...

Vee said...

Akak disable right click je kak. Nak highlight masih boleh tapi tetap tak boleh copy. Kalau disable right click, dengan gambar-gambar sekali tak boleh ambil. Kalau boleh, cari disable right click without alert, kalau alert, masih boleh di prevent. :)

nalsweet said...

alahai dik..terpaksala akak baca blog awak masa lunch time or kat rumah je camni..sebab salu akak akan bukak blog awak then copy paste ke word then close terus internet..supaya senang akak baca guna word jek..xdela org nmpak curi tulang sgt kan..hihi..teruk perangai..tp akak akan close without save pun ape akak copy tu..huhu..jahat la org2 yg copy entry sepet dgn tujuan tak baik ni..xpasal2 impact terkena kat akak..huhu

PUAN PIA said...

sepet cmne nk buat disable highlight ni? heeeeeeeee............

AkUFiZA™ said...

Disable je. Bior padan muke mereke2 itu.

AkUFiZA™ said...

Disable je. Bior padan muke mereke2 itu.

Anonymous said...

dik,macamana eh nak disable kan text n photo.kalo adik free email akak kat amalia_othman@yahoo.com.tq :)

Hidayah said...

alalalala..

kali nih silent reader terpanggil nak komen sikit..

sabaq nak sepet..

ala...yg klon dan cetak rompak tu tak kemana..

:)

sepet tetak the best gitu..

JijieNinie said...

sepet, mmg camtu taw perangan yg suka copy paste ni.... gigih sgt nak tiru. printscreen tak tahannye. hihi

cikji said...

susah kan jd org pemes,semua orang nak tiru. haiish,nmpk sgt orang yg tiru tu jenis yg femalasss sgt.

shafa said...

Xboleh nk bayang aper perasaan bile blog kene copy n paste....sbb blog pn picisan jr...hhheehhhee..well do whatever u feel is right ok...! Tp btl lh penat2 taip tetiba jr ada yg copy...

Miss Dally said...

salam dear..sori kalau synak tnya soalan yg tiada kaitan...

sy nak tahu kenapa ek bile kite nak upload gambar dlm blog,die ckp space utk gmbr kite dh lebih limit 1gb? kot2 u tahu...sbb pelik jgk tgk org lain upload gmbr byk2 dlm blog ok je :(

sharifah rosidah said...

Hergh...aunty yang baca ni pun geram...blog kan pusing2 orang2 dan kawan2 yang kita baca juga kan..tak malu ke kalau orang dah tahu itu iklan dari blog kamu tiba2 ada kat blog lagi satu....apa lah malaaaas sangat...kalau malas jangan berniaga online lah..cissss.

PUAN PIA said...

Sepet... nnt buat tutorial disable ni ek? hehe.. walopun i bukan blogger popular, tapi hasil karya tulisan dan perkataan kita yg penat type satu2 tu privacy...hehehe..nnt ajar ek..

-atiQah- said...

sepet promote pasal felinna tu memang sgt menarik. dalam ayat tersendiri. orang boleh paham. sebab tu la menarik perhatian dealer2 lain yang pemalas, copy paste je. sy sokong sepet disable highlight!

nor said...

typical org kite. saya nk ikutlah idea. dari memasak sampai ke hias rumah ..copy blog la golongan ni hidup...