Harini adalah sangat kepenatan, bila dah habis kerja. Rasa badan lemau gila. Aku rasa aku dah lama tak letak gambar syok sendiri kan. Kalau tak, jangan harap la. Setiap entry mesti ada gambar aku. Apa nak kata, blog sendiri. Hihi!
Sebenarnya banyak gila nak cita ni. Gambar pun banyak gila kat fon, haku memang pemalas nak upload. Tak boleh ke gambar di tetiba je ada dalam draf. Kan best. Huhu!
Well, just nak inform kepada semua yang email untuk jadi agent Treenea tu, kalau korang kerja goverment. Next week dah gaji. Jadi simpan la sikit untuk buat modal yeah. Aku dah buat draf sikit-sikit pasal treenea ni. Nanti apa-apa baru publish. Buat masa sekarang, korang cuma get ready sahaja.
Segala informasi akan diberitahu kemudian hari. Sabar ye semua. Hihi! Sebab ramai yang email tanya detail info semua. Aku tak boleh la nak bgtau semua lagi, barang pun belum launching. Kang marah owner dia. Kita dan kita-kita jugak yang susah.
Lupa nak cite, haritu beli durian crepe, sebab tak tahan tengok kat dalam fesbuk, semua orang kata sedap. Aku beli siap 2 set lagi, tapi tak sanggup nak makan. Hahaha! Sebab memang aku tak makan durian sangat. Jadi beli bagi orang makan.
Esok pagi tengok dalam peti ais, dah lesap. Bagus.. Harap musim durian cepat lah berhenti. Muahaha!
4 comments:
Hope aku dpt la yer .. Tiba2 rmail ok plak bole email o .. Muahahahaha ...aku pon xbrape suke crepe tuh n aku xtaw apew yg sedap .. Org bli aku pon bli .. Tp mkn nyer x .. Aky sedekah kt member aku .. Kahkahkah .. Siot kn ayt aku ..
wah. syoknya durian crepe tu. tak sempat nak makan lagi. hehe
durian crepe sedap..tapi tak boleh makan banyak.//takot gemok// hehe
Tu la pasal...aunty ni durian kalau setakat 2-3 ulas boleh lah makan lebih2 nak muntah jugak...tapi kalau kueh mueh yang berinti durian ni minta maaf lah kalau tak bagi pun tak kecik hati sebab den tak suko.
Post a Comment