Showing posts with label Myracles Beauty. Show all posts
Showing posts with label Myracles Beauty. Show all posts

Jan 10, 2013

Yeay!! Dah banyak balik!!

Stok yang ada kat aku ni, kadang2 tak tentu tau penjualannya. Kadang2 minggu ni barang ni laju, kadang2 minggu depan barang lain laju. Aku pun tak tau mana yang tetiba customer nak kan. jadi aku selalu akan make sure aku simpan stok banyak. Walaupun takde orang pun beli. Haha! Yela, kot kot la kalau customer tanya..kak sepet, lotion ada. TAKDE. Kak sepet vit c ada. TAKDE. Kak sepet Vcoa ada. TAKDE. Abis apa yang ada. HAKAK ko je yang ada dik. Hehe! Terus kena blacklist. 

Semalam Myracles Beauty memang laju pulak orang beli, agaknya sebab ramai dah tau kot. Tapi nasib baiklah stok tinggal ngam-ngam untuk semalam. Malam tu terus restock lagi. Nasib baik jugak kenal owner kan. Kot kalau terdesak nak stok haritu jugak, boleh la Qery pergi amik je barangnya. Jadi barang takde la tersekat tersedak semua.


Sukeeee =)


Kepada sapa-sapa yang nak beli, boleh terus sms/wassap/email aku tau. Aku terus pos dengan free git *bekas sabun* sekali. Aku kalau boleh malas nak pos Jumaat tau. Sebab kebanyakkannya bila aku pos jumaat. Abang pos laju gi hantar hari Sabtu. Lepas tu sapa yang tak kerja hari Sabtu tu tak dapat la barangnya. Tak pasal-pasal kena amik sendiri kat Pusat Pos Laju.

Aku dipahamkan, sekarang ni Pos Laju Malaysia dia ada problem sikit. Staff dia tak cukup untuk hantar parcel yang begituuuu banyaaaaak. Hehe! Jadi kadang2 ada kelewatan sikit. Dan jugak, sekarang ni dorang bagitau banyak sangat new staff. New staff ni pulak tak familiar dengan alamat-alamat. Kot yang dia tak tau tempat, dia tak hantar. Boleh?? Aku kadang2 bengang jugak. Tetiba pulak ko kata tak cover tempat tu kan. Kadang2 dorang terlepas pandang parcel tu. Seminggu duduk dalam stor tak berhantar. Aku ni kesian la dengan customer. Ada certain customer yang first time beli. Tak tau sangat pasal benda2 ni. Tak baik tau. First impression dia beli barang online dah tak best, kompom la dia akan rasa tak best sampai bila2 kan. Huhu!

Kadang2 aku tak boleh nak tolong pun, sebab aku pun tak kerja bahagian pos laju. Ramai customer tanya aku balik kenapa abang pos laju tak nak hantar gi rumah dia. Aku tak boleh nak jawab, sebab bukan bidang kuasa aku kan. Apa yang aku boleh buat, bagi tracking number, suruh dorang cek online. Kadang2 ada yang tak tau nak cek pun. Sobs..pun aku tak kisah nak cek kan. Kalau aku ada depan komputer aku cek la, kalau aku kat luar, lambat sikit la aku cek kan. Hihi! I is kesian tau dengan customer. 

Tapi dalam 100 parcel yang aku pos, mungkin la 2 3 je yang jadi macam tu. Hihi! Kire okey la. Yang tak okey, 100 parcel pos, 51 masalah, itu memang akan di maki terus, hihi. Aku rasa mana-mana pun sama. Skynet ke, Gdex ke, kalau barang dah terlalu banyak, masalah2 macam ni mesti akan terjadi punya. Kannn..

Aku buat pengeposan setiah hari Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat *kecuali cuti umum* Jadi, kalau nak barang cepat, korang bayar sebelum pukul 2 petang. Kompom akan di pos pada hari yang sama. Kalau korang bank in selepas pukul 2, akan di pos pada keesokan harinya. Ok bebeh.

Yang penting, iolss ada semua stok. Bgtau je nak apa.. =P

Jan 2, 2013

Entry campur-campur yang kompom korang baca bosan gila. Lepas tu nyesal. Huhu!

Aku tak tidur lagi dari semalam. Setelkan semua kerja. Itupun banyaaaaak tak siap lagi. Ni update pun saja la poyo-poyo.

Memandangkan aku bagitau haritu sapa beli MYRACLES BEAUTY akan dapat free gift comel kan. Berpusinggg aku dengan Qery area KL Ampang nak cari bekas sabun yang homei. Nasib jumpa. Comel la kat mata aku. Habis sampai licin bekas sabun yang bertutup aku beli. Hahaha! Stress je casher dia masa nak tag harga satu satu satu. Nasib laaa...mana aku tau ramai beli myracles beauty. Oh memang ramaaaiiinyaaa yang beli. Tapi memang best kot produk ni. Aku pakai tau. Qery pakai. Kakak-kakak aku pun pakai. Sabun dia bau amatlah wangi. Bila bau kan, rasa macam aroma therapy sikit. Haha! Ke haku yang hover. Takpe, nanti korang pakai, sila bau. Sama tak macam aku rasa.

Ini lah free giftnya..


Aku terpaksa beli macam-macam sebab ini je yang ada kat kedai tu tau..


Dan aku beli semua. Hahaha! Separuh dah ada orang punya. Jangan pilih2 tau. Terima je aku bagi apa. Muahaha! 


Yang paling comel ofkos la aku punya. Yang 3 segi tu. Satu aku punya satu Qery punya. Auwww so sweet..haha! Geli pulak haku...Aku kan potong 4. Yang aku guna aku letak dalam bekas comel. Yang tak guna still dalam bekas plastik dia.


Sapa beli produk ni akan dapat macam ni la lebih kurang.

Siapa nak beli lagi silakan. Baca dulu detail kat entry MYRACLES BEAUTY ni k =)

Pasal VCOA pulak. Pun ramainyeee yang beli. Aku sampai tak boleh blaaaa okey. Hahaha! Tapi aku suka je. Malam tu Qery tau aku banyak kerja. Dia belikan air ni.


Ermmmm...sajaa je tau beli air ni. Muahahaha. Ok takde papa. saja cakap camtu. *mata ke atas*

Tulis alamat pun dah sejam setengah. Apakah??

Sekali masa susun-susun, amboi rupanyaaa banyak nak kena balut. Takpe, aku kan kuat, kan baru lepas minum air kacip fatimah

(________________)


Tarik napas dalam-dalam. Tawaf 7 pusingan. Ambik mood dulu..hahaha! Termenung kejap. Duduk bersila, tengok fon kejap, mesej Qery mengadu. hahaha! Apaaaa pun tak boleh.

Balut punya balut, akhirnya setel jugak. Kaki krem tak tau bape kali. Pinggang toksah cite la. Tengok jam pukul 6.30. Apakah??


Yeay!!!!

harini kalau ada orang bank in sebelum pukul 2. Aku akan pos harini. Kalau pos pukul 2.01 minit. Haku tak kira. Esokkk jugak baru pos. Hahaha! Kasihanilah sayaaaa yang berumur 25 tahun ini. *tetiba*

Oh kejap-kejap. Nak bagitau. Stok PMVCV aku dah habis!! Jadi sapa bank in jugak. Alamatnya tunggu lah sampai stok ada. Tapi losyen ada je. Boleh beli anytime. Stok VCOA pun banyaaaak. Stok Myracles Beauty pun banyaaaak. Dan dan dan. Aku tak jual BE SNE Excel TEA dah. Banyak sangat hoi..aku tak boleh aaa.. Aku kan kelam kabut. Sikit-sikit pening. Sikit-sikit konfius. Huhu!

Sapa nak macam biasa sms/wassap 012-2678134 (Sepet) atau email sepetsshop@gmail.com

Tapi, aku dah ngantuk ni. Seharian tak tidur lagi. Boleh tak aku tidur kejap. Nanti pukul berapaaa eh nak bangun? Huhu! Entah la..dah bangun aku reply laju-laju.

Jap dah lama tak upload gambar syok sendiri.

 Baju dari Pretty Chase

Gambar ni dah upload kat facebook. Lantakkan. Aku sekarang dan tak tau sampai bila, mempunyai simptom pemalas gila nak snap gambar. Sia-sia sign up Instagram. Hahaha!

Eh dah la...

Dec 31, 2012

Produk Myracles Beauty penyelesaian wajah bermasalah.

Sticky Mode : Entry baru kat bawah =)

Selama aku menjual supplement  ni, ada jugak orang sms/wassap/email tanya takde ke jual pencuci muka collagen sebab dorang jenis yang tak boleh telan pil-pil. Aku pun sebenarnya jenis yang macam tu. Aku tak suka makan pil, ko bayangkan yeah. Demam panas sampai 40 darjah celcius pun aku still pemalas nak makan panadol. Padahal aku bukan jenis yang tak reti telan tablet. Tapi kerana aku mempunyai peragai yang tak suka telan pil pil ni.

Jadinya, bila dah makin ramai tanya and suruh aku suggest produk apa yang bagus. Aku terus laaaa google punya google. Carikan untuk korang. Macam-macam produk aku teliti. Kalau boleh aku taknak produk yang kulit muka mengelupas. taknak produk yang ada campuran kimia. Sebab kesian kulit muka kita kalau dah berlambak bahan kimia. Kan tak elok.....Seperti biasa, bila tengok ingrediant, mesti ada jeeeee bahan-bahan kimia. But but but...sehinggalaaaaahhh aku terdiam dan tersukaaa kat satu produk ni...

MYRACLES BEAUTY!!



INGREDIENT 100% KOLAGEN MARIN
TAK ADA BAHAN KIMIA
DIIKTIRAF FAMA

FAMA??? Seriusss?? bagussss okey!! Aku pun apa lagi, terusss laaa cek semua. Apa yang aku boleh explain kat sini...


Produk ni mengandungi

1. OXYGEN WATER (masa kerja farmasi, kitorang hanya gunakan oxygen water untuk patient okey, sebagai fungsi penyerapan yang bagus untuk kulit)
2. ALOE VERA (bagus untuk seluruh badan dari hujung rambut sampai hujung kaki)
3. BUAH DELIMA (semua orang tau kot, hehe! memang bagus untuk kulit)
4. SARANG BURUNG WALIT (membantu merangsang sel dan penghasilan semula struktur sel badan, serta dikatakan menjadi punca utama penghasilan kulit yang muda, lembut, licin dan halus.)
5. RUMPAI LAUT (masyarakat china selalu guna ni tau, sebab tu kulit dorang cantik)

Semua bahan kat atas tu tak dinafikan kebagusan dia. Function yang kedebabom untuk kulit. Hihi!

Myracles Beauty ni korang kena pakai satu set. Dalam satu set tu ada dua barang SAHAJA. Tak payah korang nak pakai banyak-banyak untuk kulit jadi cantik. 2 barang je dah boleh jelita habis. 

1. Myracles Collagen Soap

Sabun ni, korang kena guna 2 kali sehari. (pagi dan malam). Mula-mula basahkan muka korang dengan air. Lepas tu cuci dengan sabun kolagen myracles. Biarkan ia di muka seketika dan lepas tu bilas. Sabun ni ada wangian semula jadi tau. Bau dia sangatlaaaahhh wangi. Aku pakai rasa tak nak basuh pun ada. Haha! Lepas tu buih dia banyak. I liokeeeee. Buih banyak baru la yakin sabun tu kena semua tempat. Tak gitu mak jemah??

PESANAN PENTING!! Oleh kerana tiada bahan kimia dalam sabun ni. jadi sabun ni sedikit sensitif. Korang kena pastikan lepas guna, basuh sabun ni , dan letak dalam bekas yang bersih. Dont worry, bekas sabun aku akan berikan sebagai free gift kat korang semua k. Produk baru memerlukan bekas sabun yang baru supaya semangat sikit nak pakai. Kekeke! =)

Penggunaan sabun terpulang kepada individu sama ada nak kerat 4 atau kerat 2. Ikut kepada keselesaan pengguna.

Kalau ikut aku, aku suka potong 4. Bukan sebab nak jimat ke apa. Sebab sabun ni sensitif. Kalau pakai sekali, nanti kalau terdedah dengan kerosakkan, habis satu sabun tak boleh pakai. Jadi pakai sikit-sikit. Kalau portion tu rosak. I ada backup. Kekeke!!


Macam ni la rupanya bila dah dikerat 4.

Jangan risau, benda ni boleh lekat balik. Jadi tak tercemar pun. Simpan baik-baik dalam almari.

2. Facial Collagen Spray.

Macam mana nak guna?? Lepas cuci muka pakai sabun tadi, semburkan Spray muka kolagen myracles kat bahagian wajah korang terutama bahagian dahi, mata (pejam mata masa spray), pipi, dan dagu (kemamkan bibir masa nak spray tu). Nak spray kat leher pun boleh. 5-6 spray la untuk seluruh wajah. Lepas tu tepukkan dengan jari secara lembut. Bahagian mata (eye bag) pulak urut sebanyak 3 kali. Lepas tu biarkan je dia kering sendiri. Dalam masa 3-5 minit, korang dah boleh rasa perbezaan dan kesegaran dia. Seriussssss... Aku kan tak tidur malam, tak cukup tidur pun. Eye bag tak boleh bla la hoiii. Bila pakaiii....memang eye bag berkurangan terus. Apakah ini tidak best??? Syukur sangat tauuuu...eye bag sangatlah menjengkelkan..

KESAN SEGERA (3-5 MINIT)

Korang boleh rasa dan nampak kulit muka akan jadi lebih tegang, lebih runcing, lembab, rasa segar, lebih cerah, serta eye bag akan berkurang ataupun hilang. Sekejap kan???

KESAN JANGKAMASA PANJANG (1-2 MINGGU)

Kulit akan lebih cerah (whitening) dan pencerahan dalaman (lightening). Nampak lebih muda (anti-aging) dan bentuk muka akan lebih runcing (facial up lift)

Sekali lagi, kerana Produk Myracles Beauty ni TIADA BAHAN KIMIA. Jadi dia tak mengelupas, kerana dia merawat semua sel-sel dalam kulit kita. Malah menghidupkan semua semua sel-sel mati. Good sangat!

PENTING!!

1. Sekiranya korang nak pakai foudation selepas spray kolagen kat muka. Dinasihatkan.....sapu foundation selepas muka korang betul betul betul betul betul kering!! Ok????? Sampai dah kering sangat. baru apply foundation. Keranaaaa???? Kalau korang sapu foundation ketika muka lembab (kolagen tak habis meresap kat dalam kulit), nanti foundation tu pun aku masuk ke dalam kulit korang. Sebab macam korang tengok ingredient tadi ada oxygen kan, dia meresap masuk ke dalam kulit sekali. Kerana itulah muka korang akan jadi gelap. Sebab dengan foundation tu masuk sekali dalam kulit.

2. Minum 3 liter sehari. Kalau kat rumah takde botol air 3 liter takpe. Minum 8 gelas air satu jam selepas bangun tidur. bangun pukul 6. Minum segelas air pukul 7 pagi, 9 pagi, 11 pagi, 1 tengah hari, 3 petang, 5 petang, 7 malam, 9 malam. Cukup..Hehe! Dan boleh tidur dah pukul 10. Nak minum lebih silakan..lagi bagus. Kalau korang tak minum air dengan cukup, mungkin akan rasa pedih sikit kat muka (biasalah, semua produk pun sama, kalau tak cukup air, kulit kering, bila cuci muka memang akan rasa kesat and pedih, jadi sila minum air secukupnya kalau nak kulit cantik)

3. Jerawat akan kecut, jadi sesiapa mempunyai masalah jerawat boleh cuba produk ni. Kerana kulit muka menegang. Juga mengecilkan liang pori dan jika liang pori mengecil, jeragat jugak akan berkurangan.. Serius tak tipu. hehe!

TESTIMONI PENGGUNA






Harga satu set RM170 Semenanjung, RM185 Sabah/Sarawak
Harga Myracles Collagen Soap : RM50 Semenanjung, RM55 Sabah Sarawak
Harga Myracles Collagen Spray : RM120 Semenanjung, RM130 Sabah Sarawak

Cepat SMS/Wassap ke 0122678134 (sepet)
atau email detail ke sepetsshop@gmail.com

Detail diperlukan.
Nama :
Alamat :
Produk :
Kuantiti :
No telefon :

Tambahan RM6 postage untuk ke semenanjung dan RM9 ke sabah sarawak.

Kalau korang order harini, aku akan pos esok insyaallah. Aku ada ready stock, tapi kerana aku nak cari bekas sabun yang proper sikit untuk korang. hehe! BEKAS SABUN AS A FREE GIFT. Tapi kalau korang tak nak dan nak cepat. bagitau. Aku akan pos without bekas sabun. Kekeke!!

Ready stock.

Azam baru aku untuk tahun depan, nak cantik dengan myracles beauty. Korang jom cantik cantik jugak!

Segala pertanyaan tentang produk ni sila komen di sini. Terima kasih. =)